BAB 17

2.1K 116 4
                                    

"Azrif Hairy,Amelia,Maya,Syakir,Lukman..ni group 1"

Begitulah seterusnya Cikgu Adam memberi kumpulan dari 1 hingga 7..Amira mengeluh lega..Nasib baik dia tak dapat dengan Hairy atau Qaira..Kalau tak mahu dia frust menonggeng..

Lagipun cikgu bahagikan kumpulan adil mesti ada form1 sampai form5 dalam satu group..Tapi ada juga group yang dalam satu tingkatan ada 2 orang contohnya macam group Amira..Dua orang form2 sebab budak form3 tak ramai..Dia dan IZHAD!

Ok lah dari dapat dengan Qaira atau Hairy dia lebih rela dengan Izhad..Amira tak sedih pun tak dapat group dengan Wan sebab dia suka berlawan dengan Wan,Group siapa lagi hebat..

Sampai sahaja di tapak kem,
Kesemua 35 orang bergerak mengikut kumpulan yang telah ditetapkan..Amira kumpulan 2,Wan kumpulan 5 dan Izhar paling jauh dan paling hujung,group 7..

Mereka berbaris mengikut kumpulan..Izhad yang nampak peluang untuk mendekati Amira terus bergerak pantas untuk duduk di belakang Amira..Amira tak perasan pun..Mereka diberikan taklimat dan aktiviti yang akan diadakan selama 3 hari 2 malam..

Benda biasa je yang selalu ada dekat camping,jungle tracking,night walk dan lain lain..Tapi ada satu aktiviti yang buat Amira tak sabar nak buat,Orientering (dunno nak eja)
Tapi itu dilakukan pada hari kedua..

Mereka sampai ke tapak kem lewat dari perancangan..Sepatutnya sampai pukul 5 tapi mereka terlewat 1 jam 30 minit..jadi guru guru terus mengerahkan anak anak muridnya memasang khemah,mandi dan bersiap untuk solat Maghrib berjemaah..

Dan nasib baik untuk group khemah,Cikgu Adam bagi kebenaran untuk pilih sendiri..Amira terus tarik Wan dan beberapa rakan kelasnya kecuali Qaira..nonono dia takkan ambil perempuan itu..

Setelah berhempas pulas memasang khemah,akhirnya khemah mereka berjaya didirikan..Semua menarik nafas lega dan segera mengambil peralatan mandi dan menuju ke tandas yang disediakan.

Sewaktu pulang dari tandas,Amira perasan group Qaira masih terkial kial nak pasang khemah..Khemah tak berdiri mulut je potpetpotpet..Amira menahan gelak ketika melintasi group mereka untuk ke khemahnya..

Nasib la korang..Malam ni tidur atas pasir berbumbungkan langit..Kalau hujan lagi best dapat tengok dorang tidur atas pokok..hahaha.

"Kalau orang dalam kesusahan,tolong..bukan gelakkan",tiba tiba ada suara garau menegur Amira dari belakang..Amira tak pastilah orang tu cakap dengan siapa sebab dia bercakap sambil berjalan..Bila tengok orang sekelilingnya takda yang tengah gelak,dia yakin sindiran itu untuknya..

Dia memandang orang yang sedang menolong group Qaira memasang khemah..Hairy..Amira mencebik..

Suka hati lah dia nak gelak ke nak apa..Siapa suruh cari pasal dengan aku?kalau dia tak cari pasal,aku dah tolong dari tadi..huh

Qaira punya getik tak payah ceritalah..Sukalah tu pakwe dia tolong..Siap kipas kipas Hairy dengan tangannya..Ada angin ke tak tu..

Amira terus berjalan masuk ke dalam khemahnya..Dari khemahnya dia dapat dengar suara Qaira merungut..

Khemah panaslah,takda chalet ke,tak biasa kotor kotorlah..

WHAT THE?

P/S: Maaf,author minat Kecik hyperact tu..media takda kene mengena ye tuan puan

Playboy Junior Where stories live. Discover now