Prolog

6.9K 257 28
                                    

Rambut diikat kemas, tidak perlu menilik muka or what so ever, Zurin terus berlari keluar. Umur 9 tahun, takdanya nak berlama depan cermin.

Kaki disarung dengan selipar kemudian Zurin terus berlari menuju ke taman permainan yang berdekatan.

"Korang!" Zurin melambai-lambaikan tangannya ke arah rakan-rakannya.

*kring kring!

Langkah Zurin terus terhenti, bunyi itu..

"Aiskrim!" Zurin yang teruja terus mendapatkan uncle India si penjual aiskrim. Rakan-rakannya yang terdengar jeritan Zurin juga terus bergegas mendapatkan uncle India itu.

Yeah! Nasib baik bawak duit. Gumam Zurin

*****
Kawasan taman permainan dituju selepas membeli aiskrim sambil bersembang dengan teman-temannya

"Korang , jom pergi main papan jongket ramai ramai!" Kata Zurin lalu menuju ke arah permainan tersebut sambil memegang aiskrimnya. Ramai-ramai? Apa susah papan jongket tu kan panjang.

Zurin yang sudah sampai disitu terus menoleh mencari kawannya apabila tiada lagi jeritan kegirangan

"Tercegat apa lagi tu? Sini lah cepat " Ajak Zurin yang sudah pun duduk di papan jongket .

Mereka yang tiba-tiba berhenti tergamam, masing-masing mengambil langkah kebelakang dan.. "Lari!!"

Zurin kebingungan . Setahu dia siang mana ada hantu ? Dia mula berasa tidak sedap hati . Tiba tiba ada satu tangan menyentak bahunya .

Zurin terkejut dan terus berpaling ke belakang .

"Oh Geng Lisa" . Zurin tersenyum kelat . Lisa and the Geng selalu cari masalah dan membuli orang . Zurin takut ? Takut gila sebenarnya cuma berlagak berani je . Tapi disebabkan yang dia malas nak cari gaduh , dia segera bangun dan berlalu pergi tapi segera dihalang oleh Lisa and the geng .

"Nak pergi mana? Takut eh?" Lisa and the geng tersenyum sinis .

Zurin mula menggeletar , tapi dia masih berpura pura tenang .

"Dah la , saya malas nak cari gaduh"

"Okay , tapi sebelum tu bagi kau punya aiskrim" kata Lisa kemudian cuba merampas aiskrim dari tangan Zurin .

"Tak boleh la , nak beli la sendiri" Zurin masih lagi cuba berlembut dan menahan getaran di hati .

"Aku kata bagi!!" Lisa berkeras dan mencerlung tajam matanya ke arah Zurin lalu menarik aiskrim tersebut . Eh ingat dia je ke boleh buat macam tu? Takut takut Zurin pun tapi dia berani . Hm , berani ke bodoh?

"Saya kata tak boleh tak boleh la!!!"
Zurin melawan dan menarik kembali aiskrimnya .

"Kawan kawan , tolong aku" Lisa yang bengang terus mengarahkan gengnya

Geng Lisa menuju ke arah Zurin dan menolak tubuh kecil Zurin dengan kuat sehingga Zurin terjelopok di atas . Mereka tersenyum mengejek lalu membawa aiskrim Zurin pergi bersama mereka .

"Berani tapi bodoh" kata Lisa sebelum pergi .

Zurin mengetap bibir kecilnya, dia sudah tidak tahan! Dari dulu sampai sekarang Lisa suka membulinya!

Zurin bangun sambil menggenggam batu di tangan lalu dibaling ke arah kepala Lisa dengan kuat .

Pukk!!

Langkah Lisa terhenti, dia tergamam termasuk dengan gengnya . Tidak sangka yang Zurin begitu berani , selama ini Zurin selalu mengalah dengan mereka walaupun dia cuba melawan .

Bunga ImpianWhere stories live. Discover now