Haris meraup wajah seketika. "Aku pun pernah sakitkan hati dia Danial. Aku bukannya layak sangat" kata Haris sayu.

"Tapi kau masih dapat peluang kan ? Kau kena ambil peluang ni Haris. Lagipun bukan salah kau sakitkan hati dia dulu. Aku punca kan ?" Soal Danial.

"Bukan salah kau Danial. Aku kena percaya Saffiya. Aku senang senang percaya orang lain dari dia. Itu yang buat dia sakit Danial dan buat aku menyesal sakitkan dia" balas Haris.

"Kau tahu masa dia belajar. Masa dia masih nak kenal hati kau, aku selalu kacau dia. Setiap hari aku cari dia dekat kolej. Merayu macam macam dengan dia tapi, salam aku pun dia tak sambut apa lagi nak dengar rayuan aku. Tapi aku tahu dia macam tu sebab hati dia tengah setia dekat kau. Sebab tu aku cari kau pula nak pisahkan korang berdua. Tapi saffiya tetap sayangkan kau juga" terang Danial panjang lebar.

"Kau selalu kacau dia masa dekat kolej ?" Soal Haris.

"Yes. Dia tak pernah cerita kan ? Hm sebab dia tak nak kau fikir lain pasal dia. Macam aku cakap tadi hati dia tengah setia dekat kau. Sampai dia tak nak hati kau semak bila tahu aku siapa. Complicated kan isteri kau tu ? Tahan jela Haris" kata Danial bersama senyuman.

"Aku tengah bertahanlah ni. Takpe nanti aku tolong kau cakap maaf dekat Saffiya, ya" balas Haris.

"Kau baik sangat Haris sebab tu Saffiya cinta mati dekat kau"

"Aku bersyukur tu Danial." Haris tersenyum. "Sekarang kau buat apa ?" Soal Haris berbasah basi.

"Sekarang aku tengah terima balasan dengan apa aku buat dekat kau dan Saffiya, Haris"

Dahi Haris berkerut. "Kau ada masalah ke ?" Tanya Haris.

"Adik aku kena buatan orang. Syarikat papa aku pula bankrupt. Sekarang aku kerja dengan orang untuk tampung aku dan adik aku"

"Sorry Danial. Kau nak aku tolong apa apa ke ?"

"Takpe Haris. Aku cuma nak kau jagakan Saffiya betul betul. Bahagia kan dia. Buat dia jadi perempuan paling bahagia dalam dunia ni. Janji ya Haris"

Haris tersenyum. "Aku janji Danial tapi kalau kau nak aku tolong apa apa. Kau cakap je okey. Kalau aku mampu aku tolong" kata Haris.

***

"Haris Hakimi"

Jeritan Saffiya terus menyedarkan Haris. Hadiff hanya memandang kosong kedua ibu bapanya itu.

"Tak perlu nak jerit jerit Saffiya. Haris Hakimi awak ni dengar" balas Haris.

"Haris tu mengelamun. Penatlah orang tanya dia. Dahlah malas nak layan awak dah" kata Saffiya sambil cuba bangun dari sofa yang di dudukinya ini, tapi tautan tangan Haris pada pinggangnya sukar untuknya bangun.

"Lepaslah" kata Saffiya sambil cuba melepaskan dirinya dari Haris.

Haris hanya tersenyum dan terus menarik Saffiya duduk di atas ribanya. Di kunci pergerakan Saffiya dari bergerak.

"Duduklah dengan bie, sayang" bisik Haris tepat di telinga Saffiya.

"Eleh, saya tanya pun tak jawab. Buat apa nak duduk dengan awak." balas Saffiya. Mukanya di tahan dari berasa malu di pelakukan mesra begini di depan Hadiff.

"Sorry sayang. Bie fikirkan benda lain tadi" balas Haris lembut.

"Fikir apa ? Mama Melina ?"

Haris tersenyum. Betulah kata Danial, Saffiya jenis tak direct luahkan isi hatinya . Cemburu cakap jela cemburu. Bisik Haris.

"Fikir kenapa eh sekarang Saffiya Aliya saya tak panggil saya bie sekarang ? Nak kena denda ke sebab tak nak panggil ?"

Saffiya buat muka selamba dan menghiraukan amaran Haris. "Sayang betul betul nak kita kissing depan Hadiff ke?" Haris berbisik tepat pada cuping telinga Saffiya. "Bie okey je. Lagi suka. Challenge accepted." sambung Haris lagi.

Masih Aku CintaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ