Bab 50

32.4K 794 12
                                    

Ryna memasukkan ayam yang dipotong ke dalam masakannya.Kemudian di kacau.Apabila kuah kelihatan sudah mendidih,api di tutup.

Segala makanan di hidang di atas meja makan.Dia memanjangkan kepalanya melihat apa yang dilakukan oleh dua beranak itu.Kemudian dia menggelengkan kepala.Senyuman terukir di bibirnya.

Kakinya di atur melangkah ke arah dua beranak itu.Dua-dua enak di lamun mimpi.Penat mungkin.Badan anaknya di tepuk.

"Rayyan.Sayangg..Bangun ,mama dah siap masak."

Rayyan terpisat-pisat bangun.

"Dah bangun.Pergi naik atas mandi" arah Ryna.Rayyan hanya menurut.

Izz masih senyap tidur.

"Abang.Bangun." bisik Ryna di telinga suaminya.

"Emmm,jangan la kacau abang tengah tidur" ujar Izz dalam keadaan mamai.Tangannya mula memeluk Ryna.Muka Ryna sudah memerah.

"Abang! Baik abang bangun sebelum saya bawak lari Rayyan" ugut Ryna.Itu sahaja alasan dapat membangunkan suaminya dari tidur.

Izz terus bangkit dari tidurnya."please,jangan lari"

Ryna tersenyum" Ryn takkan lari kalau abang tak buat perangai tau?" .Dia bangun dan berlalu ke dapur.

Perlahan-lahan bibir Izz mengukir senyuman.

"Dah,tak payah senyum-senyum.Pergi naik mandi.Lepastu turun makan" arah Ryna.

Senyuman Izz terus mati.Macam mana dia boleh tahu? Haih.

Usai makan,mereka solat maghrib berjemaah.Seperti kebiasaan ,selepas maghrib Rayyan akan mengaji .

"Rayyan.Ambil iqra' tu."

"Oke mama"

Rayyan membuka rehal kayu nya.Iqra' pula diletakkan di atas rehal.Satu persatu huruf di sebutnya tanpa pelat.

"Sodakallahulazim" .Serentak Rayyan dan Ryna menamatkan pembacaan.

Tangan mamanya di kucup.

"Good boy." Umbun-umbun Rayyan di kucup.

Ryna melipat telekung dan sejadahnya.Rayyan pula sudah menerkam dibo nya.

"Mama! Papa! Malam ni Rayyan nak tidur sini" ujar Rayyan.

"Boleh " serentak Izz dan Ryna menjawab.Rayyan pula sudah meloncat-loncat di atas katil.

Pada malam itu mereka tidur bertiga.Ryna berbantalkan lengan sado Izz dan berbantal peluk Rayyan.

Usai menunaikan solat dhuha.Izz sudah kembali terlelap.
Rayyan pula sudah menghadap video dibo nya .Apa nak jadi la dengan anak teruna sorang ni.Ryna pula sudah turun ke bawah untuk mengemas rumah dan membasuh baju.
Usai mengemas,jam di dinding di pandang sekilas.Lagi setengah jam! Dia berlari naik ke atas.

Dia menyarungkan skinny jeans dan kemeja putih.Gila kut kalau pergi butik pakai kain batik dengan singlet.Hesh.Lengan baju di lipat sedikit.Bawal crepe di sarungkan di kepala.Jam Boneo di pakai di tangan kirinya.Handbag nya di capai,segala keperluan asasnya seperti bedak,lips,eyeliner dan sewaktu dengannya dimasukkan kedalam handbag.

Dia menjerit memanggil Rayyan.

"Rayyan! Ahmad Rayyan Amsyar!Come hear." lantang suara Ryna.Sejibik macam komando.Adeh.

"Ya mama! Apa dia?"

"Mama dah nak pergi butik ni.Rayyan teman papa tahu? Kalau papa bangun nanti,Rayyan ajak la papa pergi jalan-jalan ke apa.Faham? Mama dah lewat ni.Take Care sayang.Kunci pintu ni" .Kedua-dua belah pipi Rayyan di cium.


Sepanjang hari itu,dia amat sibuk menguruskan butik nya.Semuanya menjadi kelam kabut apabila masa sudah hampir
untuk baju itu di pakai oleh Pengantin.Tempat majlis itu berlangsung juga belum di hias .Lagi 4 hari sebelum majlis itu berlangsung.

Tangan Ryna ligat memasukkan manik ke dalam jarum.

"Kamilia! Tolong akak jap" jerit Ryna.Kamilia yang berada di dapur terkocoh-kocoh berlari ke arah majikannya.

"Apa kak?"

"Awak tengah buat apa?"

"Tengah buat tiramisu dekat dapur.Dah siap dah pun.Why?"

"Ni,awak tolong kemaskan barang-barang yang nak decorate garden tu nanti.Letak satu tempat.Kejap lagi kita gerak." arah Ryna.Tangannya masih ligat menjahit.

" baju tu dah siap ke kak?"

"Lagi separuh belum siap.Sempat la kita bawak"

Kamilia mengangguk.Kemudian dia berlalu ke arah kain-kain meja yang di tempah oleh pelanggan. Kemudian dia berlaku ke arah stor bunga-bunga.Dikeluarkan setiap bunga yang bewarna sama.Setiap satu persatu di teliti .Cukup. Lampu di dalam kaca juga di bawa.

"Dah siap belum Kamilia?"

"Dah kak! "

"Jom! Kunci pintu tu" arah Ryna.Keretanya yang sudah penuh akan barang-barang di pandu ke arah destinasinya.

Akhirnya majlis itu berlangsung dengan jayanya..Maka hari itu juga lah hari terakhirnya menjaga butik sebelum butiknya di tutup.Mujurlah pengantin berpuas hati dengan baju terbaru yang direka khas oleh Ryna.Majlis anak dato' syarikat yang terkenal di Istambul yang berkonsepkan Taman.Baju pengantin bewarna putih dan dihiasi manik-manik bewarna merah .Simple dan mewah.

Ryna merembaskan tubuhnya di atas katil.Malas mahu bangun yang dirasakan sekarang!

Tiba-tiba dia teringatkan suaminya yang berada di Malaysia.
Nak telefon ke tak? Nak ke tak? Nak? Tak? Tak? Nak?Ryna masih bermain tarik tali.Argh,telefon aje lah.

Tidak lama kemudian talian bersambung.

"Hai sayang? "

"Waalaikumussalam abang" sindir Ryna.Kalau call tu tak bagi salam tak sah.

"Eheeee.Rindu abang eh?"

"Ada la,dalam seposen dua puluh sen macam tu"

"Eleley.What ever la.Awak sihat? Rayyan sihat?"

"Sihat,ni baru aje balik dari handle majlis client anak dato' yang terkenal dekat Istambul ni haa.Rasa macam nak tercabut semua anggota badan.Rayyan dah tidur."

"Tu la ,Abang dah cakap tutup aje kedai taknak."

"Bukan taknak tutup.Abang tahu tak sayang ?"

"Ye lah.So ? Taknak pindah Malaysia ? Nak stay sana?"

"Hmmm.Rasa nak stay balik dekat Malaysia tu ada.Tapi tu la.Butik?"

"Susah apa? Pindah lah dekat sini butik tu.Adeh,awak ni pun sayang"

"Eh,ehehe .Ye lah.Tak terfikir pulak.Emmm takpelah saya nak mandi .Mata dah mengantuk ni.Oh ya,maybe dalam esok lusa saya balik Malaysia.Tunggu tau"

"Biar betul? Yeayh! Oke sayang .Bai Gudnite.Luv you"

Ryna tersenyum.Macam-macam perangai.Anak dengan bapak sama.

"Luv you too" ,

Talian dimatikan.



Bersambungg......

Isteriku Minah StyloUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum