Bab 41

21.9K 741 32
                                    


Aina tidak senang duduk bila mengingati perkara yang diberitahu Ryna tadi.Sekilas tubuh Ryna yang asyik menangis dilihat.

" Ryn.Takkan la kut kau nak bercerai?" .Aina menepuk dahinya berkali-kali.Risau betul.

Tiada jawapan yang keluar dari mulut Ryna.Hanya kedengaran esakan sahaja.

" Ryn.Trust me.Izz tak buat kut perkara macam tu.Aku kenal dia." pujuk Aina.Mungkin juga betul.Walaupun dulu Izz seorang Playboy.Tapi,selepas Ryna dan Izz berkahwin.Izz dah semakin kurang melayan perempuan.

"Tak buat kau cakap?" Habis tu DNA yang Qasrina buktikan tu? Aku tak bodoh laa Aina." .Semakin kuat Ryna menangis.

Aina mengeluh.

"Habis tu,apa yang kau nak buat sekarang? Tapi aku cakap awal-awal.Kalau bercerai.Aku tak suka.Kalau kau rasa nak bercerai jugak.Aku takkan peduli dah kat kau lepas ni" .

"Aku nak pergi Istanbul? Menetap kat sana." Mata Aina ditenungnya.

"Hah!?" terbuntang mata Aina mendengar jawapan daripada mulut Ryna.

"Weyh Ryn,kau dah nak bersalin tahu! Due date kau dah dekat lah.".

"Takpe,lusa flight aku.Pukul 1.00 petang.Kau hantar aku eh?" .Ryna tersenyum hambar.Dia yakin keputusannya kali ini betul.Bila semuanya sudah pulih baru dia berhasrat ingin pulang ke Malaysia.

"Ryn."

"Takde apa.Tahu la aku jaga diri kat sana.Lagipun Elin ada.Jangan risau." .Ryna menepuk-nepuk tangan Aina yang asyik memegang erat tangannya.

"Oke laa macam tu.Takpe,nanti aku dengan Faris siasat benda sebenar tau?" .

Ryna angguk.

"Tapi kau jangan bagitahu siapa-siapa yang aku pergi Istanbul.Faham?"

"Faham" jawab Aina ringkas.

Pada keesokkannya,Ryna keluar bersama Aina ke butik baju dan tudung.Tak sanggup untuk pulang ke rumah nya semata-mata untuk mengambil baju.Cukup la beli dalam 20 pasang.Baju baby pun? Sah-sah kena beli jugak.

"Ryn! Ryn! Ni cantik" jerit Aina.Baju baby ditayangkan.

"Ye,kau pilihkan untuk baby aku? Biar aku pilih untuk baju aku.Aku nak balik cepat.Nak kemas baju semua."

Aina mengangguk.Jika ini yang terbaik.Dia perlu redha .Semoga mahligai perkahwinan dua sahabat nya kekal.

"Dah? " tanya Aina.

Ryna angguk.

"Jom.Malam ni aku masak untuk kau sebelum berangkat pergi Istanbul.".Ryna tersenyum.

'Ya Allah! Tabahnya kau Ryna. Dalam kau ada masalah macam ni kau still boleh senyum.Aku respect kau' .Desis hati Aina.

Pada malam itu, Aina menolong Ryna mengemas bajunya.Sekejap -sekejap muka Ryna dipandang.Berat mahu melepaskan sahabatnya pergi,tambah-tambah dalam keadaan yang sarat.

"Ryn.Kau dah fikir masak-masak ke?"

"Yaaa Aina.Aku dah fikir masak-masak."

Ryna hanya tersenyum hambar.

"Ouh ya lupa.Aku dah patahkan sim card aku tau? Ni nom baru aku.Please,jangan bagi dekat sesiapa.Walaupun mama or papa aku.And one more thing,kalau Izz datang cari aku.Kau bagi surat ni dekat dia?" Ryna menghulurkan sekeping kertas bertuliskan nombor telefon barunya dan satu sampul surat.

"Ya Ryn.Kau kat sana jaga diri tau.Ingat,walau apa pun yang terjadi.Allah,aku,Elin and semua ada untuk kau.Lepas ni aku taknak tengok kau sedih -sedih lagi tau? " Aina menarik tubuh Ryna lalu memeluk erat.

"Macam mana aku nak kuat Aina? Kita orang dah janji. Nak tengok baby kita orang baby boy or girl nanti,aku langsung tak kasi doctor bagi tau baby aku girl or boy.Sebab aku nak biar nanti kita orang tahu sendiri.Then,dia dah janji nak ada kat tepi aku bagi semangat time aku nak bersalin.Sekarang? Aku tak kuat Aina kalau takde dia.Dia tempat aku bergantung" .Ryna sudah mengalirkan air matanya.

"Allah ada Ryn.Kau juga bergantung pada dia.Cuma satu aku nak minta dengan kau.Tolong kuat untuk anak kau yang bakal dilahirkan nanti.Aku tahu kau tabah.Dalam kau ada masalah besar macam ni,kau still tersenyum.Macam takde apa yang berlaku.Tapi disebaliknya,aku tahu kau menderita Ryn." Aina menyapu air mata Ryna yang semakin lama semakin lebat.

"Terima kasih Aina.Kau dengan Elin tak pernah hilang time aku ada masalah" .

"Aku sahabat kau.Aku dah anggap kau macam adik beradik aku." bahu Ryna ditepuk-tepuk.

Ryna tersenyum hambar.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now