Bab 8

33.3K 1.2K 5
                                    


"Weh! Cepat lahh. Aku nak kunci pintu nii. Apa benda yang kau buat ha ?? Bersiap mengalahkan perempuan.Cepat laa woi. Nanti lambat aku nak pergi Kelas " bebel Ryna sambil bercekak pinggang di hadapan pintu besar..

"Diam lah kau Mak Enon " jawab Izz Selamber..

"Eh eh dia ni, tak reti-reti lagi ke aku cakap cepat?? Aku taknak lewat pergi kelas laa!" Ryna meninggikan suaranya. Geram!

"Baik Mak Enon" Jawab Izz lalu keluar menuju ke keretanya.

Menyusahkan orang tak habis-habis. Omel Ryna. Tangannya laju mengunci pintu rumah. Langkahnya terus dia atur ke kereta Swift miliknya. Dengan lafaz bismillah, dia memulakan perjalanannya. Ya. Dia dan Izz ke pergi dengan kereta masing- masing. Seperti perjanjian yang di janjikan.



"Ryn.." tegur Aina..

"Ye,eh Kau Aina.." Ryna menjawab dalam keadaan separuh sedar.

" Dah memang aku Aina.Dah kau ni kenapa Ryn?? Semenjak dua menjak ni lain macam je kau sekarang. Kelas asyik ponteng. Banyak mengelamun. Assignment skip je selalu . Kau ada masalah eh?? Kalau ada story dengan aku. Takpun dengan Elin.." 

"Aku okayy. Eh mana Elin?" Ryn Cuba untuk menukar topik perbualan mereka. Baginya masalahnya kali ini memang betul betul privacy. Cukuplah dia , Izz dan keluarga sahaja yang tahu.

" Elin tunggu kita dekat Cafe,Jom.."

Ryn menggalas beg tangannya yang sederhana labuh.

"Hai Yelin Sayang" Tegur Ryna lalu memeluk sahabatnya dari arah belakang.

"Hai.Asal lambat sangat korang berdua ni?? Berjanggut aku tunggu" renget Elin.

"Lah.Ye ke.Kesiannya kau sampai berjanggut. Aku nak tengok sikit janggut kau boleh??" Seloroh Aina.

"Hahahahahahaha! " Elin dan Ryna tergelak dengan lawak bodoh Aina.

"Dah dah.Order cepat. Aku nak kena balik pulak ni." Ryna menghentikan gelak tawa yang membuatkan Cafe itu kecoh dengan suara mereka bertiga.



Ryna keluar dari perut kereta.Tiba-tiba Iphone miliknya berbunyi.

"Siapa pulak yang call ni,ish" Tangannya mencari-cari phonenya dalam handbagnya..

Dilihat nombor telefon yang tentera di skrin. Unknown number! Huh!

Ryna naik ke tingkat atas. Selesai mandi. Dia turun ke bawah untuk cari makanan.Ye lah kan. Seharian tak makan. Siapa je tak lapar. Kat Cafe tadi pun dia hanya memesan chicken popcorn.

Selesai makan,Ryna berlalu ke ruang tamu. Rumah Banglow yang besar itu sunyi. Ada orang dengan tiada orang sama je.

"Dah mamat tu pergi mana pulak. Dah pukul 11.30 malam. Takkan tak balik-balik lagi kot." Ryna menanti di ruang tamu. Tepat Pukul 12 malam, kedengaran pintu dikuak.

"Huh baru balik??" Dengus hati kecil Ryna.

Izz berjalan menuju ke tangga..

"Hesh. Dia ni, takkan tak nampak aku kot." Omel hati Ryna lagi..

"Kau Pergi Mana?? Lewat Balik??" soal Ryna..

Izz Hanya memandang Ryna Kosong..

"Kau asal??" Soal Ryna ingin tau.

"Aku.." Suara Izz seakan-akan tersekat di kerongkong. Izz berjalan menuju ke tangga.

Ryna pelik dengan tindakan Izz lalu meluru ke arah Izz.

"Kau tak sihat ehh??" Tembak Ryna.

"Entah.Penat sikit je ni. Aku naik dulu lah"

"Meh sini dahi kau." Ryna menarik Izz lalu tangan nya dilekatkan di dahi Izz. Izz hanya membiarkan sahaja.

"Ya Allah!!! Panasnya!!!" Ryna menjerit kecil.

"Dah pergi naik atas. Mandi"arah Ryna tegas bimbang pula dia jika demam lelaki itu makin teruk.

"Kau dah makan belum?" Belum sempat Izz melangkah pergi, Ryna menyoal.

"Belum." Balas Izz sepatah. Kemudian dia berlalu naik ke atas. Ryna pula berlalu ke dapur untuk menyediakan bubur. Nak hidangkan makanan yang dimasaknya tadi? Alhamdulillah semua sudah selamat masuk ke dalam perutnya. Terpaksalah masak lagi sekali.

"Izz!! Bubur dah siap!!" Ryna menolak dedaun pintu bilik Izz. Izz hanya diam.

"Izz bangun Izz." Ryna menepuk perlahan bahu Izz.

Dengan perlahan-lahan Izz bangun dari baringannya. Dia menyandarkan badannya pada kepala katil. Sumpah dia benar benar tidak larat kalini. Nak dikatakan mandi hujan, takde. Takkan demam kahwin kut!

"Kau suap aku boleh?" Soal Izz. Langsung Ryna mati kata kata. Dia menoleh ke arah Izz. Muka yang penuh harapan.

'Haishh! Mengada. Tapi daripada kecil lagi, kalau dia demam memang mengada. Mama pun ada bagitahu yang dia ni kalau demam memang macamtu.' Gumam Ryna dalam hati. Ryna turutkan sahaja. Ryna menyuap Izz sampai bubur itu habis.

"Okay dah habis." Ryna ingin bangun.

"Ryna." Izz memegang tangan kanan Ryna.

"Ye, kau nak apa apa lagi ke?" Soal Ryna prihatin.

"Temankan aku boleh tak?Aku tak larat sangat ni" ujar dengan Izz penuh berharap.

" Takpa. Kau tidur dulu. Aku nak siapkan assignment aku yang tertangguh. Nanti aku teman kau." Ujar Ryna lembut.

"Esok ajelah assignment tu. Temankan aku. Pleasee".

"Yelah yelah. Kejap. Aku nak letak pinggan ni kat dapur".

"Ye okay. Cepat sikit tau. Lepastu nanti tolong picit kepala aku eh?"

"Eh banyak songeh pula kau. Yelah. Mengada betul. Aku yang perempuan ni pun demam takde lah sampai macam kau. Makan bersuap. Tidur berteman." Bebel Ryna sambil melangkah keluar.


Ryna mengangkat bantal di tepi Izz lalu membawanya ke tepi katil. Tidur di bawah lah dia kalini. Terpaksalah mengalah.

"Asal bawak bantal tu letak kat bawah? Tidur jelah kat tepi aku ni".

"Taknak lah aku. Kau tidur je lah atas tu. Aku tidur bawah". Ryna menolak.

"Kenapa? Kau takut aku buat perkara bukan bukan kat kau?" Tembak Izz.

Ryna diam.

"Aku takkan buat apa apa. Tidur je lah tepi aku. Nanti badan kau sakit tidur kat bawah". Tambah Izz lagi. Dia menurut. Dia mengambil semula bantal yang sudah diletakkan di atas lantai kemudian diletakkan di tepi Izz. Dia berbaring membelakangi lelaki itu. Suasana diam seketika.

"Kau nak tahu tak? Harini aku stress sangat. Tapi lepas aku balik. Aku tengok muka kau. Stress aku hilang. Hati aku tenang. Terima kasih jaga aku. Goodnight Ryn." Tiba tiba Izz bersuara. Dia tahu pasti lelaki itu menganggap dia sudah tidur. Ryna berfikir sejenak. Mungkin di sebabkan itu Izz demam? Dia stress? Tapi sebab apa?

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now