Bab 11

32.2K 1.2K 22
                                    

Ryna masih tercegat menunggu Izz di bwah pokok. Tiba - tiba terdengar satu suara yang memanggil namanya dari arah belakang.

"Ryn "

Ryna menoleh ke arah suara itu..'Mamat ni lagi'.. dengus hati Ryna.

"Ye ,ada apa awak cari saya?"

"tak,sebenarnya..saya nak ajak awak keluar lunch " Terang Fir dengan mengharapkan persetujuan Ryna.

Entah dari mana ada lagi satu suara yang menyampuk dari belakang.

"Tak,aku tak izinkan" Izz menyampuk. Mamat ini ghupenya!

Reaksi muka Fir mula berubah. Memerah tah tentu pasal.

'Asal mamat ni selalu ada time aku nak dekat kat Ryna?!' Dengus hati Fir

"Kau sapa taknak Izinkan dia keluar ngan aku?" Soal Fir dengan nada dan senyuman yang sedikit sinis.

"Aku berhak tentukan sebab " percakapan Izz terhenti seketika.

"Sebab?? Kau jeles? Ha ha ha "Sindir Fir membuatkan Izz makin bertambah bengang.

"Sebab aku suami kepada Nur Arryna Binti Latiff! " Izz meninggikan suara. Barannya sudah tidak dapat ditahan. Merah menyala mukanya.

Fir terdiam, begitu juga dengan Ryna. Tak disangkakan, rajsia yang dijaga selama ini terbongkar dengan sebegitu mudah.

"Apa ni Izz??" Ryna mula bersuara. Lebih kepada tidak berpuas hati.

"kau diam" Izz mengeluarkan arahan. Ryna mengetap bibir. Sakit pulak hati!

'So apa lagi, diam lah. Dah dia cakap diam. Arahan dia, mana ada orang boleh bantah.'omel hati kecil Ryna.

"Apa benda ni? Kau tak payah berlakon lah. Aku tahu kau tengah menipu aku kan? Sebab kau jelous ?Kesiannya kau, harap muka je handsome. Satu awek tak sangkut " Fir Senyum mengejek.

Izz mula menggempal tangannya. Bila-bila masa sahaja penumbuknya boleh melayang ke muka Fir.

"Sekurang -kurangnya aku tak kebulur isteri orang!Chau " Izz menepuk dada Fir Dengan kuat .Tangannya menarik tangan Ryna.Ryna pula hampir tersadung dek kelajuan Izz berjalan. Mahunya tak tersadung. Dua langkah Izz, 1 langkah Ryna.

Ryna menguak pintu biliknya. Jelas kelihatan susuk tubuh Izz yang masih terlentang.

"Kalau ye pun penat,pergi laa mandi dulu." Tegur Ryna. Tuala bewarna biru lembut yang berada di tangannya di hulurkan.

"Terima kasih" Jawab Izz ringkas. Tangannya laju menyambut huluran Ryna.

Ryna Hanya mengangguk. Tak kuasa nak membalas kasih!


Kedengaran pintu tandas dikuak perlahan..

"Kau pergi lah mandi.Kita solat berjemaah" Arah Izz. Suaranya sedikit mendatar. Sudah sejuk mungkin. Kalau tidak, mukanya tak lebih tak kurang dengan singa kelaparan.

Ryna mengangguk menurut perintah.

Usai mandi dan mengambil wudhuk, Ryna menghamparkan sejadah. Salah satu tugas sebagai seorang isteri mungkin. Mereka menunaikan solat maghrib dan isyak berjemaah.

Usai solat, Ryna menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Izz..Tanpa dia duga, dahinya dikucup lembut oleh Izz. Jauh di sudut hatinya berasa sebak, tambah lagi Izz mengusap lembut pipinya membuatkan makin membuak- buak sebaknya dan akhirnya pecah juga empangan air matanya. Reaksi Izz mula berubah kepada kebimbangan.

"Asal nangis ?" Tanya Izz. Tangannya laju menyapu air mata yang membasahi pipi Ryna.

"Nothing"jawab Ryna smbil melemparkan senyuman. Tak mungkin nak bagitau kan? Nanti malu lah geng.

Izz bangun kemudian melipat sejadahnya dan mengatur langkah menuju ke pintu.

"Nak pergi mana ?" Soal Ryna.

"Dapur"sepatah. Itu sahaja jawapannya.

Usai melipat sejadah dan telekungnya. Dia mengatur langkah turun ke bawah. Dilihatnya Izz yang ralit menonton televisyen di ruang tamu.

"Awak nak makan ?" Soal Ryna.

"Nak,lapar "

"Nak makan apa?" Soal Ryna lagi. Dah macam waiter dekat kedai makan la pulak. Untung lah mood tengah baik boleh tanya macam ni. Kalau tak, hah engko makan ajelah kicap dengan telur mata.

"Awak nak masak ke?" Soal Izz sedikit pelik.

"Ye lah. Takkan nak minta jiran sebelah masakkan"

"Makan Kat luar je lah" Izz memberikan keputusan. Bimbang pula kang dapur terbakar. Mati matt!

"Betul ni? Kalau macamtu,bagi saya lima minit bersiap" Ryna menunjukkan lima jari tanda lima minit yang diminta.

"Lima minit kau, aku sempat pergi gosok gigi,iron baju, panaskan enjin kereta, buka gate." Laung Izz Haikal dari ruang bawah.

Pintu bilik dikuak sedikit.

"Tak siap-siap lagi ke ?" tanya Izz dengan kepala mengintai Ryna.

"Dah" jawab Ryna sepatah, tangannya menarik lengan Izz. Izz Haikal pula hanya membiarkan sahaja. Apa takut, halal kan?

Setelah hampir 30 minit mencari kedai makan yang buka. Yelah, pada waktu sebegini. Kebanyakkan kedai makan sudah tutup. Daripada terus mencari kedai makan lain, lebih baik ngap aje kedai makan yang ini. Ramai juga orang! Setelah menempatkan kereta di parking yang kosong. Mereka jalan beriringan.

Meja kosong yang terletak di bawah pokok dipilih. Belum sempat beberapa minit kelihatan seorang pekerja lelaki berjalan ke arah mereka. Not bad, service tiptop!

"Nak makan apa ya? " soal pelayan itu mesra.

"Bagi saya nasi goreng ikan masin dan air suam ya" Pesan Izz. Pelayan itu mengangguk lantas mencatat pada buku kecil di tangannya.

"akak?" Soal pelayan itu kepada Ryna. Ryna menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bab order makanan ni aku kalah! Susah betul nak pilih menu.

" bagi akak Nasi goreng seafood satu. Air...Bagi akak air Limau nipis." Pesan Ryna sambil tersenyum. Pelayan itu mengangguk dan berlalu.

Suasana ketika menunggu pesanan sampai sungguh krik-krik. Mana tidak krik-krik kalau dah Si
Izz asyik menghadap telefonnya.
Entah kenapa tiba-tiba hatinya terdetik ingin bertanyakan tentang isu yang viral di Kolej tempoh hari.

"awak?" Panggil Ryna sambil mengetuk meja menggunakan telunjuknya.

Izz mengangkat mukanya. "ada apa?"

"Kenapa awak tak kasi saya rapat dengan Firr? Dan kenapa awak pergi mengaku yang kita dah kahwin depan Fir sedangkan kita dah janji untuk jaga rahsia ni?" Soal Ryna tidak henti-henti. Izz hanya memandang kosong.

"Rasa malas lah nak jawab,sebab ada berkait nama mamat poyo tu.". Izz sambung dengan telefonnya. Soalan Ryna dibiarkan tanpa berjawab.

"cepatt laaa " paksa Ryna.Tangannya laju mencubit lengan Izz.

"Aduh, sakit lah " Suara Izz sedikit menjerit. Mana tak menjerit, halus betul cubitannya.

"Eleh,cubit sikit je pun." Cebik Ryna sambil menjeling.

"Sikit eh? sikit??" Soal Izz. Perlahan-lahan bibirnya mengukir snyuman.

"Nah, rasa sedap tak?" Izz membalas tindakan Ryna dengan mencubit kembali lengan isterinya,Ryna.

"Sakit laaa " Adu Ryna. Matanya Mula Bergenang. Tangannya pula laju menggosok tempat dicubit Izz Haikal. Kuangsam betul!

"Cubit sikit je pun, tu pun nak nangis" Usik Izz.

"Dah lah,nak balik"jawab Ryna tanda protes. Dia berura-ura mencapai kunci kereta, cepat-cepat Izz Haikal mencapai kunci itu terdahulu. Dia kembali duduk dan mendakap tubuh.

Muka Ryna di renung lama. Kasihan pulak! Perlahan-lahan tangannya menyeka air mata Ryna.

"Dah-dah. Sorry,Lps ni tak buat dah.."Pujuk Izz sambil menggosok lengan Ryna yang dicubitnya tadi.

Ryna tersenyum .Entah bila dia sendiri pun tidak perasan,yang semakin hari hubungannya bersama Izz semakin rapat. Perasaan sayang pun semakin hari makin mekar.

Isteriku Minah StyloDär berättelser lever. Upptäck nu