Bab 5

36.8K 1.2K 9
                                    


"Ryn.Ryn free tak hujung minggu ni?" .Puan Rastina yang asyik mengacau kuah gulai bertanya.

"Free aje.Ryn ingat nak buat assignment la.Dah tak pergi mana-mana pun kan? ".

"Kalau macam tu,hari Jumaat ni lepas solat jumaat kita pergi rumah kawan mama boleh tak? "Puan Rastina berhenti melakukan kerjanya.

"Okey ma.Papa ikut?" Soal Ryna.

"Opekos la papa ikut".Dato Latiff yang baru sahaja memasuki ruang dapur mula menyampuk.

"Bila masa papa jadi pelat balik ni? Hahahahahahaha" Ryna ketawa dengan perangai papanya.

Ketawa mereka bertiga bersatu.

Hari yang dijanji untuk mengikuti mama dan papanya pergi ke rumah kawan mereka sudah tiba. Selepas subuh,Ryna terus menghadap laptopnya menyiapkan assignment .Memandangkan plan hujung minggunya sedikit lari kerana terpaksa mengikuti mama dan papanya. So,terpaksa lah kena buat awal-awal pagi.

Jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengahari.Ryna menyelongkar almari bajunya.Tiada satu pun baju yang terasa ingin dipakai.Dia segera berlari ke arah ruang tamu.Cari mama! Time macam ni,cari la mamat dekat mana pun mesti tak jumpa. Sebab tempat dia waktu macam sekarang depan tv! Sinetron!

"Mama......" .Ryna mula merengek.

"Iye sayang.Kenapa ni? Lah! Belum siap?Kamu tu bersiap lambat Ryn oi.Kenapa tak bersiap lagi. Nanti lambat la gerak." bebel Puan Rastina .Hairan. Selama ni,Ryna panggil ma pun dah meroyan suruh diam. Ni siap bebel panjang pulak tu. Hesh.Memang mama buat anaknya kuatir sih.

"Alaaa mama, Ryn tak tahu la nak pakai baju apa."

"Alahai,takkan 4 almari baju kamu tu tak jumpa satu pun yang terasa nak pakai?" .Puan Rastina menepuk dahinya.

"Tak mama.Semuanya Ryn dah puas pakai. Alaaa ma. Nak pakai baju apa? Aci tak pakai telekung sembahyang? Menutup aurat ma. Nampak muka aje." Bijak cadangan kau Ryna! Bijak!

"Tak kira,pergi tengok apa nak pakai.Siap cepat. Papa balik solat jumaat kita gerak."tegas ayat Puan Rastina.

Ryna mengeluh panjang.Memang betul dia tidak tahu entah baju mana yang ingin dipakai.Dia mendaki tangga dengan langkah longlai.Dia membuka pintu ke empat-empat almari bajunya.Blouse labuh? Kemeja Polo? Singlet and long cardigan ? Skinny jeans and Kemeja labuh?Dress? Skirt and blouse? .Pening la mama! Nak pakai mana satu niiiiiiiiiiiiii!!!

Dia merembaskan punggungnya ke atas katil.Tangannya menggaru-garu kepala yang tidak gatal.Huh! Apa kata kita pakai simple aje? Kan? Kan? Kan? Takde orang nak support ke? Takpe lah,kita pakai aje.

Dia hanya mengenakan skinny jeans and kemeja labuh hingga paras lutut.Tudung pula dia memilih bawal crepe bewarna Hitam.Sesuai dengan kemeja bewarna putih kotak -kotam hitam.Skinny jeans warna hitam! Cantek! Kasut? Hmmmm.Dia berlari ke sudut bilik tempat yang disusun rak kasut.Pakai converse lah!Dah siap.Bedak sikit,blusher sikit,pelembap bibir,eyeliner,maskara. Complete. Eh lupa! Handbag! Hmmmmm. Yang tali panjang ni lah.Warna apa eh? Pink pudar? Hitam?kelabu? . Okayy kita pilih pink pudar.

"Mama! Ryn dah siap."

"Jom,dah lewat dah ni."

"Alaaaa.Tak nak puji anak mama yang cantik ni ke?" Ryna memuncungkan mulutnya.

"Okay,cantik nya anak mama.Dah.Jom gerak."

"Nampak sangat tak ikhlas."

Puan Rastina hanya tergelak.

Kali Ini.Pak Mat yang memandu.Ye lah.Nak juga rasa jadi ala-ala Datin.Biar laa dah Kenyataan anak datin pun.Hukhuk.Lupa daratan.

"Mama,Papa.Jauh lagi ke?" Rungut Ryna.

"Tak jauh pun,kejap lagi sampai la."jawab papa.

Ryna hanya memandang ke arah luar tingkap.

"Dah,berhenti la mengelamun tuu Ryn oii.kita dah sampai ha.." Tegur Puan Rastina mematikan lamunan Ryna.

Ryna berjalan beriringan bersama mama dan papanya.Ryna teringatkan sesuatu.Macam aku kenal aje dua orang ni,

"abaikan" detik hati Ryna.

Sepanjang mama dan papa duk bersembang entah pasal apa,Ryna hanya berdiam diri.Malas masuk campur.Sekali namanya di sebut,dia mengangguk tersenyum. Dah itu je yang mampu. Ryna bersandar pada sofa.Matanya melilau melihat isi rumah ini.Mewah jugak.

"Hah,lupa nak kenalkan.Ryn,ni ingat tak? Aunty Zahara?" tanya Puan Rastina.

Ryna menayangkan muka super blur nya.

Kedengaran gelak tawa Papa kerana anaknya tidak mengingati perempuan sebaya Mama dan papanya itu.

"Ryna ni.Ni mama Izz. Lupa la tu.?" Usik wanita itu.

Muka Ryna mula berubah kepada teruja. Dulu,Ryna pernah rapat dengan Aunty Zahara .Tapi,sejak daripada Ryna bergaduh teruk-teruk dengan Izz semasa umurnya dalam 11 tahun,hubungan rapatnya dengan Aunty Zahara semakin renggang.

Tiba-tiba hatinya Terdetik."dah kalau ni rumah Izz, mana dia?" .

Auntie Zahara meminta diri untuk ke atas.

"Mama,Lapar laaa. Lama lagi ke? " rengek Ryna sambil menayang muke seposen.Karat.

"Abang!tengok anak awak ni tak senonoh.Baru sampai umah orang dah cakap lapar." adu mama.

"Dia ni memang" .Giliran papa bersuara.

"Budak-budak biasa la Tina" .Giliran lelaki sebaya papa bersuara.Ryna hanya tersenyum hambar.Kenapa hatinya rasa tidak sedap hati.Huh.Positif Ryna,positif.

Kelihatan Puan Zahara menuruni anak tangga dengan diikuti sesusuk tubuh tegap.. "siapa mamat tu?" detik hati Ryna.

"Kenalkan ni anak bongsu Aunty? Ingat? Ke dah lupa?"

"Ya Ampunn.Mamat poyo muka macam longkang ni lagi.Mama, Papa.Ryn nak balikkk"Desis hati Ryna.

"Elok lah kalau dua-dua dah kenal kan? Kalau Macam tu? Boleh Papa mulakan?" Tanya Dato Lattif.

Mula apa pulak papa nii..punggung aku dah panas.Rasa nak pecut balik sekarang je.

"Apa dia pa??" tanya Ryna.Hatinya makin rasa semacam.

"Papa,Mama ,Aunty Zahara and Uncle Arsyad dah fikir masak - masak nak satukan kamu berdua".

"what ????!??" jawab Ryna dan Izz Serentak..

"Tak lawak laa pa.Ryn masih belajar kut.Mamat ni pun.Tengah belajar.Lagipun pa.." Petah Ryna menjawab kerana tidak bersetuju akan cadangan Itu.Kalau sebelum ni memang dia akan patuh dengan apa sahaja kemahuan kedua ibu bapanya.Tapi takkan soal jodoh pun,dia kena patuh? Ini soal jodoh! Masa depan! Kahwin pilihan keluarga ni dah lapuk la.

" Uncle bukan apa Ryn.Uncle kenal Ryn sejak kecil.Dulu Ryn dengan Izz rapat aje Uncle tengok.Lagipun,Uncle yakin yang Ryn dapat bahagiakan anak bongsu Uncle dan Aunty.. " giliran Papa Izz Menerang satu demi satu..

"Arghhh" bergema Rumah Banglo mewah milik Dato Arsyad Dengan Jeritan Izz Haikal..

"Mama,papa!! Ryna Nak Balik." Jelas Ryna ,beg tangannya di capai dan digalas kasar..

Isteriku Minah StyloOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz