Bab 4

36.2K 1.3K 4
                                    


"Ryn,harini kan. Aku ade dengar laa kan. Ada student baru masuk. Tapi aku tak tahu la siapa.".Elin mula bersuara.Minah ni,kalau sehari tak sampaikan gosip tak sah.

"Tak,aku tak nak dengar.Aku taknak cakap dengan korang berdua." .Ryna menutup telinga.Bukan nak merajuk sangat pun! Tapi,ada ke diorang lepak kat cafe tak ajak aku? Ouh sorry gais! Mana aci!

"Alaaaaa sorry la pasal tadi.Aku ingat kau tak datang class.Kan Elin" .Aina mengelip -ngelipkan matanya.Fikir comel?

"Huh! Alasan. Last eh! Lepas ni kalau kau tak ajak aku lepak sekali lagi.Memang kau bukan kawan aku" .Ugut Ryna.

"Okey okey promised " serentak Aina dan Elin berjanji.

Kelas yang kecoh dengan suara gelak tawa dan tepikan kini senyap. Krik krik. Ouh,rupanya Puan Amina dah datang.

"Assalamualaikum everyone.Harini kita ada student baru.Haikal,introduce yourself please" arah Puan Amina setelah para student telah menjawab salamnya.

"Hello guys,my name Izz Haikal .Just call me Haikal". Dia menghadiahkan senyuman manis kepada rakan-rakan baru nya di hadapan.

"Okey Haikal,you can sit now" Arah Puan Amina. Serentak itu Izz Haikal mencari kerusi yang masih kosong. Tapi nasib tak menyebelahinya. Ada satu sahaja kerusi kosong iaitu bersebelahan seorang perempuan. Wait! Perempuan tu perempuan yang menamparnya di cafe tempoh hari. Izz Haikal mengeluh.

Ryna yang sedari tadi tunduk dengan buku notanya mendongak kepala. Nak juga melihat siapa gerangan student baru. Dengar pada nama sudah tentu seseorang yang mempunyai rupa.

Whatttttttttt!???????

Ryna mula tidak tenang. Lagi lagi dia sedar yang hanya ada satu sahaja lagi kerusi kosong iaitu disebelahnya. Masak lah!

"Haikal? Are you have any problems?" .Suara lantang Puan Amina mematikan kata hati Izz Haikal yang masih berdiri di hadapan bilik tersebut . Izz Haikal menggeleng. Kemudian dia terus mengatur langkah ke arah kerusi kosong tersebut. 

Ryna hanya menjeling mengguna ekor mata.Ni lecturer feveret aku kut.Baru semangat nak belajar.Bala pulak datang menimpa.
Aina dan Elin saling berpandangan.Bukan apa dia faham akan perasaan rakan baiknya ,Ryna.Mereka juga tahu,yang Ryna tidak suka akan diri Izz a.k.a student baru itu.

Kelas selama 40 minit hanya tamat begitu sahaja. Sedikit pun tidak masuk ke dalam kepala Izz haikal dan Nur Arryna. Bagus.

Ryna cepat-cepat bangun dari kerusinya. Tangan Aina pantas di tarik keluar dari dewan kuliah.Tapi malangnya langkahnya dihalang oleh seorang manusia yang cukup dia menyampah.

"Awal kau nak keluar?"

Ryna tidak menghiraukan Haikal yang sejak tadi asyik mencuba untuk menyakiti hatinya.

"Ryna!! " jerit Haikal.Bergema dewan kuliah itu dengan suaranya.

Ryna Berpaling dengan pandangan kosong ke arah Haikal.

"Awak nak apa lagi?Tak cukup awak dah sakitkan saya? Tak cukup? Apa lagi yang awak nak eh?" Bentak Ryna.Malas mahu melayan perangai setan lelaki itu.Tanpa menghiraukan pandangan lelaki itu,Ryna terus beredar keluar.Aina dan Elin menjadi pemerhati tetap.

Haikal membaringkan tubuhnya di atas katil empuk miliknya. Seketika fikirannya mula  terlayang mengingati Ryna. Perempuan bertudung litup. Wajah putih mulus. Bibir nipis nya. Mata yang bulat. Sangat Sempurna di matanya cuma yang kurangnya. Hmmmm. Sombong!

Walau cantik bak bidadari sekalipun, dia akan pastikan dirinya tidak akan jatuh suka dan cinta dan sayang dan apa segala untuk perempuan itu.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now