Bab 13

30.4K 1.2K 14
                                    

Kerana kepenatan,Ryna berbaring di atas katil. Tiba-tiba pintu dikuak perlahan.

"Ryn?"

Ryna masih membuat seolah-olah dia sedang diulik mimpi.Panggilan Izz berkali-kali tidak dihiraukan. Tiba-tiba bilik itu kedengaran agak sunyi. 'dah kluar lah kot' desis hati Ryna. Dia berpaling ke arah kanannya. Matanya dibuka perlahan-lahan.

"Cari apaa!?" terjah Izz dari belakang pintu .Mahunya Ryna terkena heart attack .Jadi duda lah kau. Ryna masih menayangkan muka selamber walaupun dah terkejut beruk dek di terjah Izz.

"apa kena dengan kau ni?Dah sawan? " Ryna menjeling kearah Izz.

"Elok sangat lah tu ,cakap dengan suami macam tu." Tegur Izz.

"Eh,kau suami aku eh?" Ryna Menyindir.

Izz mengeleng kepalanya tanda tidak faham.

"dah tahu suami orang,buat apa ada scandal bagai?" Ryna Jawab dengan selamber dengan satu nafas bagai akad nikah dah hah.
Adoiiii..Kakinya laju dihayunkan untuk turun ke bawah. Kedengaran sura Izz yang memanggil namanya, tapi terhenti kerana deringan telefonnya yang berbunyi

"Hello,biy..You kat mana? Jom teman I shopping?" Kedengaran sisa-sisa suara perempuan yang dimaksudkan Ryna tadi. Entah berapa volume dia guna cakap dengan suami aku. omel Ryna.

"Esok lah Emelda,I penat sangat malam ni."

"esok eh? promise? "

"Promise" janji Izz.Bila dah janji. Memang confirm dia tunai. Itu Izz laaa Izz Hakal. Apa yang dijanjikan mesti ditunaikan.

"Isteri nombor dua dah call ye bang.?" Soal Ryna menyindir dari arah bawah.

"ha'ah,isteri dah call." Izz tersenyum mngejek.

"Malas layan.Buat sakit hati je "Ryna menjerit. Dia berlari mendaki anak tangga. Pintu dikuak, kemudian dia meloncat terbaring di atas katil tanda protes dan geram.

Izz sudah bersiap-siap untuk keluar bersama Emelda,Ryna masih juga di ruang tamu bersama satu balang popcorn. Izz menuruni anak tangga sambil bersiul. Tangannya membaiki T-shirt yang sama padan dengan tubuh sasanya.

"Ryn!" jerit Izz dari luar rumah.

"Apa?!" jerit Ryn dari ruang tamu. Berahi betul memekak!

"Aku nak pergi dah ni" laung Izz.

"Ye!" Balas Ryna sambil melangkah ke arah dapur.

Biasanya,time minggu free macamni, Ryna lebih suka menghabiskan masanya di dapur. Buat apa ada dapur,tapi tak guna kan? And apa guna jadi perempuan kalau tak pandai masak kan?? hikss..

Ryna ke depan kembali dek terlupa untuk mengunci pintu.Ya lah, duduk sorang sorang. Mahunya masuk pencuri. Dah la suami pergi date. Huh!

Kakinya laju berjalan ke dapur kembali ,diambil bahan-bahan kek yang dibelinya tempoh hari. Lincah sahaja tangannya memasukkan bahan-bahan ke dalam satu mangkuk adunan.

Usai mengadun adunan kek, Ryna memasukkan adunan ke dalam loyang dan terus dimasukkan ke dalam Oven. Sementara itu,dia menghadap komputer ribanya cuba menyambung tugasannya semalam yang terhenti. Tiba-tiba telefonnya brdering .'Sape pulak dh yg call ni ' soal hati Ryna.

Tertera di skrin,nombor tidak dikenali. Ryna sedikit teragak-agak kemudian mengambil keputusan untuk
menjawab.

"Assalamualaikum,siapa ni ya?" Soal Ryna sedikit lemah lembut ala-ala wanita melayu terakhir gitu.

"Ni mama sayang,mama dah sampai Malaysia. Sekarang ni,mama ada kat airport lagi.Kejap lagi mama sampai ye? "

"Mama dah sampai? Kenapa cepat sangat mama" Kelu lidah Ryna untuk menjawab.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now