Bab 15

31.5K 1K 10
                                    

Seperti yang diberitahu oleh Mama dan Papa, Qasrina sepupunya akan stay di rumahnya selama 2 minggu. So,Mama dan papanya menyuruh Ryna dan Izz untuk menjemput Qasrina di Airport.
Mereka menaiki kereta swift milik Ryna. Dari rumahnya ke Airport agak jauh juga perlu mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah.
Sepanjang perjalanan, suasana dalam kereta itu agak sunyi.Masing-masing mendiamkan diri.
Izz mula hairan dengan Ryna. Asyik mendiamkan diri sejak dari tadi.

"kau okey tak?" Tanya Izz resah kebimbangan.

Ryna berpaling menghadap ke muka Izz.
Wajah Izz ditenung.

"Nothing" jawab Ryna lemah, seolah² ada sesuatu yang di soroknya.

"Cakaplah Ryn,jangan buat aku risau."

"kalau aku cakap pun,macamlah kau percaya" Jawab Ryna.

"cakaplah dulu,kalau benda tu logik akal aku percaya lah" Izz meyakinkan Ryna.

"Qasrina tu sepupu aku,dia ada satu jenis perangai yang aku tak suka tau. Dia pantang jumpa laki handsome terus dia jadi miang."Ryna Cuba menjawab dengan tenang walaupun hatinya langsung tidak tenang.

"habis tu,apa masalahnya? "Soal Izz kehairanan.

Takkan nak bagitau dia pula. Karang tak pasal-pasal bangga diri pula.

"Jawab la"

"Aku takut la kan dia rampas kau dari aku."jawab Ryna dalam suara yang agak perlahan.

Izz berdekah ketawa.

"apa ni gelak ,tak lawak laaaaaa " Marah Ryna,tangannya laju mencubit lengan Izz.

"Okey-okey. Aku tak gelak. So,maksud kau aku handsome lah?" Izz tersenyum lebar.

"Tak pun"  Ryna mendalih.

"Oh,takk eh? Baik cakap kau handsome." Ugut Izz.

"kalau taknak?" balas Ryna

"kalau taknak,aku tinggal kau kat sini" ugut Izz Lagi.

"Tinggal lah macam aku takut"

Kelihatan Izz memberikan isyarat ke kiri untuk berhenti di tepi jalan. Cepat cepat Ryna mengalah. Mamat ini bukan boleh buat main!

Ryna terpaksa akur kerana takut ditinggalkan. Walaupun kedengaran agak bodoh.

"cakap, ABANG IZZ HAIKAL HENSEM TAMPAN DAN BERGAYA"Suruh Izz.Perutnya seperti mahu pecah menahan gelak.

"ABANG IZZ HAIKAL HENSEM TAMPAN DAN BERGAYA" Turut Ryna seperti lembu yang dicucuk hidung.

"Bagus Isteri abang.. "Izz mengusap kepala Ryna. Muka Ryna yang masam mencuka dilihatnya.

Ryna tidak memberi apa-apa respon.

Tidak lama kemudian,meraka tiba di Airport. Ryna dan Izz baru sahaja memasuki bahagian tengah Airport .Sudah dilihatnya seorang gadis yang berpakaia yang kurang sopan, melambai-lambai tangannya ke arah Ryna.

"Hye Kak Ryna, I'm really miss you " Adu Qasrina,badan Ryna di peluk erat.
Dan Ryna membalas pelukan itu .
Pelukan dileraikan Apabila Qasrina terlihat Izz.

"Wait, ni siapa kat Ryn?" soal Qasrina.Cermin matanya ditanggalkan.

Ryna semakin gelisah.Hatinya mula kian tidak tenang. Dia gagahkan untuk bersuara.
"Kenalkan,ini suami akak" Jelas Ryna.

"Wow,so handsome.Bila Akak kawin ni? Kenapa tak bagitau pun." Soal Qasrin lagi. Tanggannya dihulurkan untuk menyapa tangan Izz. Tapi dihalang oleh Ryna. Ryna sempat menarik Izz. Kalau dibiarkan, mamat itu bukan menolak. Kenal sangat.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now