Bab 43

23.5K 743 28
                                    

Ryna menongkat dagunya.Angin malam di Istambul cukup menenangkan.Cincin perkahwinannya bersama Izz ditilik.
'Rindunya Ryn dekat abang' desis hati Ryna.Perlahan-lahan memorinya bersama Izz terlayar di minda.Dia tersenyum.Tiba-tiba bahunya dipegang oleh seseorang dari belakang memberhentikan lamunannya.Elin.

"Kau buat apa kat luar malam-malam ni.Jom masuk.Sejuk nanti" .

Ryna hanya menurut.

"Elin,esok kau dah start masuk butik kau kan?" tanya Ryna.

"Yerp.Kenapa? " .Elin membetulkan cermin matanya.Kemudian dia kembali menghadap laptopnya

"Saja je.Eh,kau tahu tak kat mana ada kerja kosong kat sini?"
Ryna merenung anak Mata Elin memohon kepercayaan.

"Kat sini susah nak cari kerja.Kalau ada pun,butik aku nak pakai orang sekarang.Kenapa?"tanya Elin hairan.Jangan cakap dia nak kerja sudah la.Dah la tengah sarat.Lepastu baru je sampai pagi tadi terus nak kerja besok?

"Aku nak!!".

Terbuntang mata Elin mendengar jawapan daripada mulut Ryna.
Biar betik.

"Jawatan apa Elin?" tanya Ryna bersemangat .Mukanya sudah berubah kepada keterujaan.

"Kau nak? Tak boleh.Kau tu lagi berapa minggu je nak sampai date yang doc jangka tu. Kalau kau nak kerja boleh.Lepas kau bersalin." Elin mengedip-ngedip kan matanya.Ryna pula menarik muka cemberut.Tangannya mendakap tubuh.

"Kau tahu tak? Jawatan kosong tu patner aku." Elin menanggalkan cermin matanya.

"Macam P.A? Macam tu? "

"Bukan, P.A lain. Patner ni butik aku je buat macam tu.Macam kalau aku kena pergi oversea kan? Cari bahan baru untuk butik.Kau kena ikut sekali sebab kau patner aku.Kalau ada meeting dengan client ke apa,kau kena ikut.Tapi,cuba kau fikir.Sekarang kau tengah sarat tahu? Takkan kau nak ikut aku pergi korea,jepun,arab saudi and any where.Dan,nanti bila lepas kau bersalin.Baby kau takkan nak angkut ke hulur ke hilir bawa dia." .Air milo yang di bancuh dihirup perlahan.

"Habistu? Takkan aku nak menumpang aje kerja? Aku kena la jugak cari sumber pendapatan sikit untuk tampung susu ,pampers ,nestum and bla3 untuk anak aku." .

"Huh.Fine.Boleh.Kau jadi pengurus kat butik aku. Nak?"

"Yeayyyy! Thank you Sayang!! " segera tubuh Elin di peluk.Elin hanya tersenyum.Macam orang takde masalah langsung.

"Apa kerja yang aku kena buat?" tanya Ryna teruja.

"Biar aku cerita sikit eh? Okey,Sebelum ni ada 2 orang pekerja kat butik tu.Yang mama aku upah dah lama.Seorang pengurus and seorang lagi tukang jahit.Sementara mama aku tunggu aku tamat belajar,dia upah lagi sorang pekerja sementara .Bila aku datang je sini,means pekerja tu dah habis tempoh bekerja la.Yang pengurus tu pulak,minggu depan dah last kerja.Dia kena ikut suami dia balik Malaysia.Lagi sorang stay.And kau.Menggantikan tempat Kak Nafa.Dia mix, china dengan arab.Kerja kau tak berat pun,tu sebab aku berani bagi kau sandang jawatan ni. Setiap hari macam biasa,kalau ada pelanggan or what.Kau kena layan.Kau jaga counter and sambil-sambil tu kau kena reka fesyen terbaru untuk butik pengantin ni,senaraikan bil and jadual pelanggan."terang Elin panjang lebar.

"Waaahhhhh,tak sabarnya." Ryna menepuk-nepuk tangannya.Lagak seperti anak kecil yang mendapat belon.

"Kau nak start besok or minggu depan? Kalau ikut jadual aku.Esok lusa aku kena pergi Indonesia.Cari bahan untuk pelanggan.Kau okey ke duk sorang-sorang? Kalau kau nak start esok,boleh la tolong jagakan kedai." .

"Esok lah.Baik bos.Takpelah aku masuk tidur dulu.Bai darling." Ryna mengucup pipi sahabatnya.Disebabkan Elin dia dapat berteduh di rumah yang agak mewah ini. Di sebabkan Elin jugak dia dapat menumpang kerja .Terima kasih yang teramat pada Elin.

 

3 tahun kemudian ....

"Rayyan! Sini. Nak nasi tak? Cepat la. Kejap lagi nak ikut mama pergi butik pulak" Ryna memanggil anak lelakinya yang berusia 4 tahun.Alhamdulillah dia mampu menjaga Rayyan tanpa Izz di sisi.

"Kejap la mama.Rayyan nak tengok cartoon ni." jawab si anak kecil itu.Matanya masih melekat pada tv di hadapannya.

"Ahmad Rayyan Amsyar ! I say come hear! " tegas suara Ryna. Tudung bawal yang terletak elok di kepalanya di betulkan.

"Ya mama, I comming." Rayyan berjalan lesu sambil anak patung dibo berada di tangannya.

"Ni lah anak mama.Dengar cakap.".

"Mama.Adik kan,rindu papa laa.Takkan lama sangat papa pergi kerja?" .Ryna terkedu dengan soalan Rayyan.Sungguh dia tidak menyangka soalan sebegini keluar lagi dari mulut anaknya.

"Papa kerja la sayang.Kesian dia banyak hal yang kena selesai.Rayyan kena la doa mintak pada Allah,selamatkan papa Rayyan,panjangkan umur dia." Ryna menyapu mulut anaknya yang sedikit comot.

"Ye la mama.Mama! Tuti dah balik dari Jepun kan?" tanya Rayyan teruja.

"Ye sayang,Tuti dah balik sini.Nanti petang dia sampai laa" .

"Dah jom.Mama dah lewat ni " .Ryna mengambil beg tangannya lalu di galas.Tangan anaknya di pimpin.

Sepanjang dalam perjalanan.Rayyan hanya tumpu pada anak patung dibo nya.

"Mama! Nak pergi taman." renget Rayyan.Dibonya di peluk erat.

"Nanti petang lepas mama tutup butik kita pergi okay?" kepala anaknya di gosok-gosok..

Rayyan menepuk tangan.Ryna hanya tersenyum dan menggelengkan kepala melihat telatah Rayyan.

"Rayyan.Rayyan tahu tak.Setiap kali mama tengok Rayyan kan.Mesti mama teringat dekat papa.Muka Rayyan dengan papa sama tau?" Ryna menahan air matanya dari gugur.

"Yes.Rayyan tahu mama.Rayyan tahu mama rindukan papa.Takpe,Rayyan dah doakan nanti oneday kita dapat jugak jumpa papa." bahu Ryna di tepuk-tepuk.

"Dah .Kita dah nak sampai ni.Pakai kasut tu cepat-cepat.Tadi mama cakap duduk betul-betul taknak.Nak jugak buang kasut duk bersila.Kan dah susah nak pakai balik.Cepat." arah Ryna bercampur sedikit bebelan.

"Yee mama.Dah la bebel."

Ryna ketawa mendengar rungutan daripada mulut anaknya.Baru umur 4 tahun mulut menjawab kalah orang umur 14 tahun!
Dengan kehadiran Rayyan,Ryna semakin tabah menjalani hidupnya tanpa Izz.Entah macam mana keadaan suaminya sekarang.Pasti bahagia dengan kehadiran anak kecil dalam keluarganya.Hm. Ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku.Bersyukur kepada Allah kerana telah meminjamkan Rayyan untuknya.Rayyan lah segala-galanya bagi dia.

Alhamdulillah.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now