Bab 44

24.1K 782 16
                                    

"Kamilia! Ni patern terbaru yang akak lukis.Nanti awak jahit eh? Kain akak dah labelkan kat situ." .Ryna menghulurkan 2 keping kertas kepada tukang jahit khas untuk butik sahabatnya.

"Orite kak. Bila akak nak saya siapkan ni?" tanya Kamilia.Ye lah,apa yang Ryna lukis ni memakan masa yang lama. Bukan sebarang baju.Rasanya baju macam itu memang susah nak di cari.

"Terpulang dekat Lia la. Kalau boleh akak nak siap sebelum bulan depan tau? Boleh?"

"Boleh kak."

Ryna mengangguk.Kemudian dia kembali menyusun baju-baju pengantin yang baru di hantar oleh pelanggan.

"Mama! Dah petang laa.Tadi mama janji nak bawak Rayyan pergi Taman" Rayyan yang ralit menonton cerita dibo di youtube menyampuk.

"Ye.Kejap la sayang.Mama banyak kerja ni."

"You lie me" .Rayyan sudah menarik muka.

"Hah! Merajuk lagi.Nanti mama tinggal dekat butik ni sorang-sorang biar hantu datang dekat Rayyan nak?" ugut Ryna.

"Taknak taknak".

"Kalau taknak pergi masuk duk dalam office mama.Pergi tengok dibo dalam sana.Mama nak mengemas ni" arah Ryna.Rayyan hanya menurut.Anak patungnya di kepit bawah ketiaknya.Tangannya pula memegang erat laptop mamanya agar tidak terjatuh.

"Oit" tegur Elin yang baru sahaja melangkah masuk.

"Eh,kau.Kenapa datang jugak?Kan aku dah cakap tak payah datang lagi.Kau baru je kut sampai sini.Balik berehat taknak.Butik kau ni okey je" tanya Ryna bercampur bebelan.

"Hish kau ni! Aku datang sini sebab rindu dekat Rayyan.Mana dia? "

"Ada dalam office aku.Eh,aku ada buat 2 pattern baru tau.Nanti kalau kau nak tengok boleh mintak dekat kamilia.Aku dah serah pada dia suruh jahit."

"Orite.Tak sia-sia aku ambil kau kerja dengan aku" .

"Jangan puji lebih-lebih nanti makin kembang aku" .Seloroh Ryna.

"Ryn!"

Ryna mengangkat keningnya.

"Aku ada goodnews ".

"Apa?" tanya Ryna teruja.

"Ada sorang client ni nak kita uruskan resepsi untuk anak dia.Tapi dia nak lain dari yang lain." ujar Elin.

"Wah.Serius?"

"Yee laa.Ada nampak muka aku tengah buat lawak ke?" sindir Elin.

Ryna hanya menjeling tajam.

"Dah! Aku dah siap mengemas.Aku nak pergi panggil Rayyan jap.Aku dah janji nak bawak dia pergi Taman tadi."

"Takpe biar aku panggil" .Elin terlebih dahulu berlalu ke arah office Ryna.Pintu bilik itu diketuk.

"Hai Rayyan! Tuti dah balik" tegur Elin teruja.Rayyan pula sudah melemparkan anak patungnya ke arah lain.Teruja sangat sampai dibo dicampak.Adeh.

"Yeayyyyy!! Tuti dah balik!" jerit Rayyan girang.Dia melompat-lompat di atas sofa.

"Ye,Tuti dah balik.Rayyan! Tadi mama panggil.Mama cakap nak bawak Rayyan pergi taman.Nak pergi tak?"

"Eh.lupa!" Rayyan menepuk dahinya.Comel.

"Jom " ajak Elin.Tangan anak kecil itu dipimpin.
Ryna yang melihat gelagat Rayyan yang mesra bersama Elin tersenyum.

"Mama.Jom,pergi Taman.Tuti nak ikut?"

"Tak boleh la Rayyan,Tuti kena balik rumah.Tuti penat." .

"Haaa.Tuti penat," Giliran Ryna pula menyampuk.

Rayyan hanya mengangguk.

"Aku pergi dulu lah Elin.Kedai pesan kat Kamilia suruh tutup eh?" .

Elin mengangguk.

"Papa!" Izz yang sedang ralit memandang kanak-kanak bermain terasa tangannya di goncang.

"Hey,where your mum?" tanya Izz.

'Budak ni sebiji macam muka aku' desis hati Izz.

"Mama ada kat sana.Yeay! Tuhan dah bagi Rayyan jumpa papa Rayyan!" Rayyan sudah ketawa girang.

Ryna yang perasan anaknya memegang tangan seorang lelaki terus mendekati mereka.

"Sayang? Sini!" panggil Ryna.

"Mama! Rayyan jumpa Papa! Papa datang sini la" .Rayyan berlari mendapatkan mamanya.Ryna hanya memandang pelik.

"Apa Rayyan ni.Rayyan salah orang la.Papa kerja" .Ryna ngusap kepala anaknya.

"Errrrr,sir?" Ryna cuba menegur lelaki yang membelakanginya.
Perlahan-lahan dia berpaling ke arah Ryna.

'Ya Allah.Ini Isteri aku ke? Ryna?' desis hati Izz.Mukanya mula tidak beriak.Terkejut dengan apa yang terjadi.

"Err.Sorry sir."

"Rayyan jom balik" .Pantas tangannya menarik tangan anaknya ke kereta.

Ditinggalkan lelaki itu bersahaja.

'Ya Allah.Kenapa kau boleh ada dekat sini.' desis hati Ryna.Air matanya laju bercucuran.

"Kenapa mama nangis?" tanya Rayyan.Dia mendakap tubuh.

"Takde apa sayang"

"Mama.Tadi tu papa Rayyan kan?"

"Rayyan! Dah berapa kali mama cakap.Papa ada dekat lain.Dia ada kerja.Tadi tu bukan papa Rayyan!" suara Ryna sudah naik seoktaf.

Rayyan yang dimarahi Ryna terus menangis teresak-esak.Dibonya dipeluk.Ryna pula memandu dengan fikiran kusut.

Pada malam itu ,Ryna termenung di beranda biliknya.

"Apa kau termenungkan tu Ryn? Fikir pasal Izz?" Elin yang baru melihat Ryna termenung di luar terus bersuara.

"Macam mana kau tahu?" tanya Ryna.Musykil.Ini confirm si Rayyan bagitau.

"Rayyan cerita.Dia cakap dia jumpa papa dia dekat Taman petang tadi.Betul ke ?" Dah agak budak tu bagitau.

"Ha ah.Izz. Aku pun tak tahu la macam mana Rayyan yakin sangat tu papa dia." Ryna melepaskan keluhan berat.

"Dah muka diorang sama.Fotostat.Gunting tampal.Memang sah-sah dia yakin tu papa dia" .

Ryna hanya berdiam diri.

"Habistu,dia tak tegur kau ke apa?"

"Tak.Sebab masa dia pusing belakang tu.Aku cakap sorry then bawak Rayyan blah dari situ."

"Ryn.Sampai bila kau nak lari dari Izz? Dia tu suami kau.Tak patut kau layan dia macam ni tau? "

"Ouh.Habistu yang dia buat kat aku 4 tahun lepas tu? Patut la? " Ryna membulatkan matanya.

"Ryn,Benda tu semua dah lepas.Lupakan je. Kau kena ingat.Kau ada anak Ryn! Rayyan! Dia nak rasa kasih sayang seorang ayah.Kau tak rasa apa yang dia rasa sebab kau dari kecil dapat jumpa mama and papa kau.Rayyan? Alasan sama je yang kau kasi,' papa Rayyan kerja' .Dia makin hari makin besar Ryn.Makin hari makin faham." Elin mengeluh berat.Susah ingin melembutkan hati sahabatnya.

Diam.

"Macam ni lah Ryn.Aku sebagai sahabat kau.Aku rasa,baik kau pergi slowtalk dengan dia.Bincang elok-elok."

"Tengok lah macam mana.Rayyan mana? Dah tidur?" Ryna masih tidak mahu mengalah.

"Tengah tengok dibo dalam bilik aku.Petang tadi kau marah dia eh? "

"Tak sengaja la.Aku tengah serabut dia pulak duk tanya tu papa dia ke.Bengang kejap aku".

"Kau ni pun.Habis merajuk budak tu" .

"Takpelah nanti aku angkat dia masuk tidur dalam bilik aku."

"Tak payah.Biar dia tidur dengan aku je malam ni.Kau rehat.Tenangkan fikiran kau tu." Elin menepuk-nepuk peha Ryna.Kemudian dia bangun berlalu keluar dari bilik Ryna.

Ryna pula melepas keluhan berat.Kemudian apa yang di pesan oleh Elin tadi bermain di fikirannya.Slowtalk? Tengok muka dia pun dah bagi aku rasa sebak and teringat kejadian haritu.Ni kan pula nak berbincang? Berdua? Huh.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now