Bab 17

29.8K 1K 7
                                    

Ryna yang sedang ralit melihat Sungai Thames terkejut apabila terasa pinggangnya dirangkul seseorang.

"Sayang..." Seseorang berkata. Dia kenal sangat dengan suara ini. Izz! Ryna menoleh kebelakang. Izz sedang tersenyum ke arahnya.

"Aku rindu kau." Izz memeluk Ryna.

Ryna tercengang. Macam mana Izz boleh ada kat sini? Ni mesti Aina dan Elin bagitau! Getus hati Ryna. Badan Izz ditolak.

"Aku taknak jumpa kau!" Ryna menolak. Orang disekelilingnya dihiraukan. Kakinya laju dihayunkan untuk lari daripada Izz Haikal tapi apakan daya nak dibandingkan dengan khudrat dan langkah seorang lelaki. Izz sempat menarik tangannya.

"Ryn, tolong bagi aku peluang untuk explain semua ni.Please Ryn " Izz merayu.

Ryna hanya berdiri tegak dan menatap muka Izz bagai orang yang tiada perasaan.

"Explain sekarang! " Ryna jawab setelah lama berdiam diri.

"Aku tak tahu pun apa yang terjadi masa tu Ryn .Aku tengah tengok tv. Sedar-sedar rasa macam ada orang rangkul leher aku.Masa tu aku kaku,aku tak tahu nak buat apa Ryn. Tolong percayakan aku. "

Ryna diam apabila mendengar pembetulan dari Izz. Dia berbelah bahagi samaada mahu percaya atau tidak. Boleh jadi sahaja kalau Izz Haikal menipu dirinya. Tapi macam mana kalau apa yang dibetulkan oleh Izz Haikal ini benar?

"Tolong percaya aku Ryn. Aku tak tipu kau. Nanti kalau kau tak percaya kau boleh check cctv dekat ruang tamu" ujar Izz Haikal meyakinkan Ryna.

Ryna diam lagi. Perlahan-lahan dia berasa kesal dengan apa yang dia lakukan iaitu sanggup lari dari rumah meninggalkan Mama dan Papanya kerana sangat mengikuti perasaannya .Bukan mama dan papanya sahaja malah,juga tergamak hatinya menengking dan menolak Izz pada malam itu.
  
Air matanya jatuh berguguran.Dia jatuh tersungkur,terasa dirinya sangat bersalah.
"Izz,aku mintak maaf.Aku banyak buat kau risau " Bahunya terhenjut-henjut menangis.

Izz mengangkat Ryna untuk berdiri. Tangannya menyeka air mata Ryna.

"Dah laa nangis,nanti tak cantik.Sekarang,kita balik hotel. Esok lusa kita balik Malaysia okay? Ryn nak jumpa papa ngan mama kan? Kau dah dewasa Ryn, incase apa-apa yang berlaku cuba kau kawal diri dan jangan bertindak mengikut emosi" Izz cuba menenangkan Ryna yang masih menangis bersama sedikit pesanan.

Ryna mengangguk laju.Izz menarik Ryna ke dalam pelukannya .Ryna semakin berdebar dengan kelakuan Izz. Oleh kerana ketinggiannya amat berbeza dengan Izz,mukanya tepat-tepat berada di dada Izz Haikal membuatkan dia  bertambah berdebar.

Nasib baik hotel yang di sewa Izz tidak jauh dari hotel yang disewa Ryna. Senang la Izz nk mengangkut semua barang dia.
Mereka tinggal sebilik. Sebilik? Tapi tak satu katil.

"Ryn" Panggil Izz.

Ryna yang sedang fokus menghadap laptopnya berpaling menghadap Izz.

"Sini jap" Arah Izz.

Ryna bangun,kakinya diaturkan ke balkoni.Dia hanya berdiri di pintu sliding .

"ada apa?" Soal Ryna.

"sini laa"

Ryna pergi ke arah Izz. Muka Izz dilihatnya.
Tiba-tiba pinggangnya di rangkul oleh Izz.

"Eh mak kau "latah Ryna.

Izz ketawa Geli hati mndengar Isterinya melatah.Lengan Izz dicubitnya.

"Aduh! apa ni main cubit orang,sakit lah" Izz menggosok gosok lengannya yang dicubit Ryna.

"Siapa Suruh gelak"

"ye lah" Izz akhirnya mengalah.

"Ryn" Panggil Izz perlahan.

"apa dia?" Soal Ryna dengan sedikit tekanan pada 'dia'. Panggil-panggil bila orang tanya tak juga bagitau.

"Abang nak cakap sesuatu" .

Ryna memusingkan badannya menghadap Izz.Pinggangnya masih dirangkul oleh Izz.

Eh tapi jap. Abang? Mama papa kan takde.

"Lepas ni,kita start hidup baru nak?"

Ryna kehairanan.Kening kanannya di angkat tanda tidak faham.

"Abang nak,lepas ni Ryna panggil Abang 'abang'. Abang panggil Ryn Sayang" terang Izz satu persatu.

"Hmmmmm" Ryna meletakkan jarinya di dagu seperti sedang berfikir .

"Orite boss" Jawab Ryna tanda setuju. Lagipun dia sudah yakin dengan perasaannya terhadap Izz Haikal.

"Apa boss boss? Orang suruh panggil apa tadi?" Soal Izz tegas.

"errrrr...A..banngg" jawab Ryna sedikit gagap.
Izz tersenyum puas.Dahi Ryna dikucup.Dia terpaksa membongkokkan sedikit dirinya untuk mengucup dahi Ryna .Maklumlah Tinggi Ryna hanyalah separas dadanya.

Ryna kembali dalam pelukan Izz.Malam itu sungguh syahdu bagi mereka. Masing-masing diam. Tiba-tiba Izz bersuara.

"Sayang" panggil Izz.

"Apa?"

"Jom?" Izz tersenyum nakal.

"Jom? pergi mana?" Tanya Ryna Hairan.

Izz berbisik di telinga Ryna."Katil" .

"Abang ni,Miang betul! Ryn Tak nak! " Ryna Sedikit menjerit.Mukanya berona kemerahan.Kakinya laju menuju ke Katil.

mahu mahu..tapi malu..Hahahaha.
Kedengaran Izz menyanyi di Balkoni dan diikuti gelak di hujung nyanyiannya.
Dan Akhirnya Malam itu menjadi malam sejarah buat mereka.

Telefonnya yang berbunyi dicapainya. Alarm yang di setkan mengikut waktu di London di matikan.
Tangannya menggosok matanya.Badannya laju sahaja menggeliat. Tiba-tiba terasa seperti seseorang yang berada di tepinya.Ryna tersenyum. Sejarah semalam takkan dia lupakan sampai bila-bila.

"Abang,bangun..solat." kejut Ryna.Duduk di negara orang,mestilah pandai-pandai setkan pukul berapa azan. Kalau tak,kelaut mak aii.
  Izz masih dalam keadaan mamai laju memeluk Ryna.Ryna tergelak dengan karenah Izz.

"Aii abang,bangun laa" kejut Ryna.Tangannya menggolek-golek tubuh sasa itu.

"Ye,bangun la ni" Izz jawab dalam keadaan mamai.Dia bangun. Matanya di gosok berkali-kali.

"Asal pandang camtu?" Tanya Ryna hairan kerana Izz memandangnya seperti yang tiada kena.

"Semalam? Oke? " tanya Izz, dia tersenyum gatal.

"apa ni,malu lah.Dah laa ungkit.Tak baik" jawab Ryna.Mukanya berona merah dek  terdengar soalan Izz itu.Tangannya laju mengambil bantal yang sederhana kecil yang berbentuk hati di baling ke arah Izz.

"Malu la konon"Izz turun dari katil.Badan Ryna di kepongnya.

"Abang,turunkan Ryn sekarang!!" Jerit Ryna.

"Taknak,kalau nak Abang turunkan.Sayang kena bagi abang kiss sebanyak 100 kali " Izz meletakkan syarat.

"mak aiii,mahunya rabak bibir aku asyik kiss kau aje" jawab Ryna.Hidung Izz dicuitnya.

"Cepat la,turunkan.Lewat dah ni nanti kelaut Subuh kita " Putus Ryna.

Akhirnya Izz menurunkan Ryna. Seperti kebiasaan,mereka akan solat berjemaah.Selesai solat,Mereka bersiap untuk keluar melawat beberapa tempat sebelum pulang ke Malaysia.

"Sayang oiii,lambat lagi ke nak siap? mahu berjanggut abang tunggu kat depan pintu ni" Laung Izz dari Luar.

Ryna masih membaiki tudungnya.
"Kejap laa,tudung tak jadii" jerit Ryna.

Izz yang dah kebosanan menunggu, masuk ke dalam bilik.

"Mai sini abang buat."

"tak payah,dah jadi dah pun.Jom" Ryna mengambil tas tangannya.Lengan Izz di peluknya.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now