Bab 30

23.3K 692 5
                                    

Ryna membuka diary bewarna pink miliknya.Sudah menjadi kebiasaan untuk melihat nota yang di catat di dalamnya.
Jari telunjuknya bergerak sampai ke tarikh yang sekian.Jarinya berhenti .

bufday hubby

Dia baru teringat,yang minggu depan hari ulang tahun Izz. Cepat-cepat dia menutup kembali diary miliknya.
Dia berfikir sejenak.Apa yang ingin dirancang untuk Majlis Hari Jadi suaminya nanti.Tiba-tiba satu idea singgah di fikirannya.Dia tersenyum.Jam tangan yang dihadiahkan oleh Izz semasa hari pernikahannya dipandang sekilas.

"Alamak! 12.30 dah! Lagi 30 minit kelas nak mula." .Ryna menepuk dahinya.Dia segera ke almari baju.Skirt labuh bewarna hitam dan blouse labuh dikeluarkan.Bedak dicalik nipis,pelembap bibir di calit.Shawl keknis bewarna kuning raja dililit kemas dan simple.
Kunci kereta miliknya dicapai.Selepas dia dan Izz berkahwin,memang pergi sekali.Tapi Kali ini,Ryna terpaksa pergi sendiri buat minggu ini,kerana Izz ke Terengganu untuk projek berkumpulannya.

Ryna hanya memandu dalam had 80.Hanya key.Tiba-tiba lagu OST Hello Mr Perfect bermain di radio.Mulutnya automatik ikut serta menyanyi.

"I love you Abang! Baru je abang pergi pagi tadi.Tapi Ryn dah rindu" .renget Ryna walaupun Izz tidak wujud dalam kereta itu.

Ryna cepat-cepat keluar dari kereta setelah kereta diletakkan di parking.Jam tangannya dipandang sekilas.Tinggal lagi 3 minit.
Pintu dewan kuliah ditolak perlahan.Kakinya segera melangkah ke arah meja yang kebiasaan Ryna ,Elin dan Aina duduk.

"Hai korang"tegur Ryna.

"lambatnya bakal ibu kita ni datang kelas?"
perli Elin.

Ryna tersengeh.

"eh korang,malam ni nak tidur umah aku tak?".Ryna mengedipkan matanya tanpa henti.

"Izz?"tanya Aina.

"dia kan pergi terengganu."

"ye lah,lupa.ehe..."Aina menongkat dagunya dengan pen hitam.

"jom la,nak tak?"tanya Ryna inginkan kepastian.

"ye lah!nanti teman kita orang balik umah kemas beg.".Akhirnya Aina mengalah.

Ryna tersenyum .

"Wah Ryn! bapak kedabak rumah kau.".Elin yang dari tadi melengguk-lengguk kepala melihat isi rumah bersuara.

"Alah,Tuhan bagi pinjam".Jawab Ryna ringkas.

"Jom,naik atas.Aku tunjuk bilik korang!".

Elin dan Aina hanya mengekori langkah Ryna.

"korang buat la apa korang nak buat.Bilik aku kat tingkat 2.Pintu yang ad gambar kita orang.ye la tu bilik aku.Aku nak mandi,lepastu nak turun masak pulak."pesan Ryna panjang lebar.

Usai mandi,Ryna ke arah katil.Badannya dihempas perlahan.Nak patah pinggang rasanya.Tambahan pulak,harini asyik duk gelak dengan Elin dan Aina.Mahu tak penat!.
Baru sahaja matanya ingin terlelap.Iphone miliknya menjerit tanda untuk di angkat.

Hubby❤

Ryna yang se dari tadi mata sudah ingin tertutup,kini cerah.Dia tersenyum.Pantas jarinya menjawab talian itu.

"Hello,Assalamualaikum Sayang!".Suara Izz kedengaran penat.

"Waalaikumussalam.Abang!rindu."renget Ryna.

"Rindu jugak.Mama Baby n Baby sehat?" -
Izz.

"Sehat aje.Abang tengah buat apa?" -Ryna

"Baru balik hotel.Penat la sayang."adu Izz

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now