Bab 7

31.7K 1.2K 3
                                    

Aku terima nikahnya Nur Arryna Binti Latiff dengan mas kahwin nya 80 ringgit Tunai.Dengan Sekali lafaz.Ryna dah menjadi isteri sah kepada Izz Haikal.

Air mata jernih Ryna mengalir.Dia tidak sangka Izz akan setuju dengan rancangan orang tua mereka.

Selepas bersalaman dengan ahli-ahli keluarga.Dia terus ke bilik.Cukup setakat itu sahaja yang dia mampu.

Sedang Ryna termenung jauh memikirkan tentang nasib dirinya.Tiba-tiba pintu bilik dibuka dengan kasar

"Weh.Kau nangis eh?" Sindir Izz..

"Eh tak lah,suka.. "

"What ever laaa apa yang kau nak cakap.Bukan urusan aku. Cuma aku nak cakap. Lepas ni,kau dengan hidup kau, aku dengan hidup aku. Aku takkan masuk campur dalam urusan kau,dan kau, aku taknak kau masuk campur urusan aku.."

"Okey. Tapi, aku nak kau rahsiakan tentang hal ni dari pengetahuan siapa-siapa.."

"Okey.Deal."

Ryna bangun untuk ke tandas..

Keluar dari tandas,matanya terhenti di pada sesusuk tubuh yang sedang terlentang di atas katil.

"Hesh mamat ni,kalau ye pun tidur la kat bawah bagi aku tidur atas tilam tu" Dengus Ryna geram. Tak pasal-pasal aku kena tidur bawah.


"Morning papa,morning mama" ucap Ryna sambil menuruni anak tangga.

"Ryn? mana suami kamu? tak bangun lagi?" Tanya Dato' Latiff

"Entah.." hanya sepatah keluar dari Mulut Ryna.

Dato' Latiff dan Datin Rastina memandang serentak ke arah anak tunggal mereka yang bersikap selamber seperti masih bujang.

"Kenapa mama and papa tengok Ryn macam tu?"

Puan Rastina hanya menggeleng kemudian menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

"Ryn..Papa and Mama nak kena pergi Bandung esok. Papa dan mama harap Ryn dapat uruskan makan minum suami kamu.."

" ye lah pa " jawab Ryna dalam keadaan sedikit mengeluh.

"Izz,jaga anak papa tau. Dia manja sikit" pesan Dato Latiff pada menantunya, Izz Haikal.

Manja?? Hemmm...Muahehehe...Hatinya Geli dengar perkataan "manja " dari mulut ayh mertuanya..

"Hesh dia ni. Senyum sorang-sorang, dah terencat ke apa??" kutuk Ryn sedas. Sekilas dia memandang ke arah suami yang dinikahinya tanpa sedikit ada perasaan cinta.

"takde apa-apa pun sayang " balas Izz sambil menayang muka lakonannya. Plastik!

Eyuuu. Sayang hotak dia.Depan mama papa boleh laa.Omel hati Ryna.

"Elok lah tu,tunjuk muka macamtu kat suami?" Usik Izz..

Ryna hanya menjeling..

"Sudah-sudah la tu. Mama dan papa dah lambat dah ni, kan terlepas flight pula.. "

Izz dan Ryna menyalami tangan Dato Lattif. Kemudiannya tangan Datin Rastina .

"Jom Mat..Kita Gerak sekarang"

"baik dato' "

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now