Bab 46

25K 831 18
                                    

Kamilia hanya memerhati majikan nya dari atas hingga bawah.Stylo gila!

"Eherm.Kenapa tengok akak macam tu?" Ryna yang berasa seperti ada seseorang memerhati dirinya bersuara.

"Takdelah. Mesti akak anak orang kaya kan? Untung la .Dah la cantik,flawless ,slim macam model,pakaian akak semua stylo" ujar Kamilia .Ryna hanya tersenyum.

"Kaya tu mak ayah akak.Hahahaha.Akak ni baru belajar berdikari dik.Alhamdulillah la.Flawless? Hahahaha.Akak mix lah dik.Takde lah flawless.Cuma akak putih merah.Kalau senyum malu ke apa senang sangat nak nampak.Slim ? Waduh.Hahahaha.Kalau nak tahu akak la orang yang paling malas nak jaga badan.Rembat semua yang ada depan mata." pandangan nya di hala kan ke arah kolam renang yang dihadapan matanya.

"Akak.Umur akak berapa?"

"Awak rasa?"

"24?" teka Kamilia.

"No.Hahaha Asal la muda sangat umur yang awak kasi.Akak dah 28 tahun la." Ryna tergelak.Tetapi Kamilia pula hanya membulat mata mendengar jawapan daripada mulut majikan nya.

"Biar betul akak? Serius saya ingat mati-mati umur 24."tanya Kamilia masih tidak percaya.

"Ye akak umur 28" Ryna membuktikan dengan menghulurkan Kad kahwinnya.

"Ni ke suami akak?" tanya Kamilia.

Lambat-lambat Ryna menjawab." Ye suami akak".Ryna menghadiahkan senyuman pada Kamilia.

"Sorry la akak kalau saya tanya ni"

"Apa dia."

"Akak dah bercerai ke?"

"Ermm tak lah.Dia ada kat Malaysia.Kerja" Ryna tersenyum hambar.

"Mama! Are you sure? Taknak join Rayyan mandi kolam ni?" Rayyan yang sudah sampai di hadapan Ryna menyoal.

"Yes sayang.Mama sure taknak mandi kolam. Rayyan mandi la puas-puas.Besok kan dah nak balik Istambul.".

Rayyan mengangguk. Pada pagi itu, Ryna sudah siap berpakaian untuk check out hotel.Flightnya awal pada pukul 8 pagi di waktu Italy.Usai check out,mereka terus bertolak ke airport.

Izz berjalan-jalan di sekitar Taman yang dia terjumpa Ryna dan anaknya.Mungkin.Kedua-dua tangannya di masukkan ke dalam poket sweater nya. Sejuk!
Matanya melilau-lilau mencari kalau-kalau budak haritu masih bermain di sini.Namun,semuanya menghancurkan harapan Izz.Kelibat mereka langsung tidak kelihatan.Sudah 5 hari dia merayap merata-rata sambil mencari mereka.Tetapi masih tidak jumpa.Akhirnya Izz melangkah pulang ke hotel penginapannya.
Handphonenya dikeluarkan.Dia mendaftar masuk account Instagram miliknya. Nama account Ryna di taip.' RrynalLatiff'

99 post.

234.1k followers

80 following

Satu persatu gambar yang di post Ryna di buka.

Gambar 1 | 6h ago
Caption: Bye Italy.See you Again.Rayyan muka monyok sebab still tak puas jalan-jalan kat sini,

' lah,dia pergi Italy? Patut aku tak jumpa dia dalam 5 hari ni.Tapi dia dah balik kan? So esok sah-sah dah ada dekat sini' desis hati Izz. Perlahan-lahan bibirnya mengukirkan senyuman.

Gambar 2 *gambar butik*| 2 weeks ago
Caption: Welcome to RrynaLlatif boutiqe

'Wah,dia buka butik? Seriously!' desis hati Izz.Bijak duh bini aku .

Gambar 3*gambar selfie dia dengan Rayyan* | 2 weeks ago
Caption : Tuesdate.

Gambar 4 * gambar Rayyan waktu kecil* | *entah Berapa lama*
Caption: Terima kasih Ya Allah atas pinjamanmu.Selamat melihat dunia sayang mama "Ahmad Rayyan Amsyar bin Izz haikal" .Semoga menjadi seorang lelaki yang kuat dan tabah macam papa.

Izz yang membaca caption yang di tulis Ryna pada gambar nya ,menggoyangkan hati lelaki nya.Sedih.Ya,itu yang di rasa.
Dia terus mendaftar keluar account nya tanpa melihat gambar yang seterusnya.

Dia harus mencari isteri dan anaknya.

Keesokan harinya,dia sudah bersiap lebih awal.Baju tshirt polo bewarna putih dan dibaluti dengan jacket di pakai.Seluar jeans.Sempoi.

Dia berjalan di sekitar butik yang di gambarkan Ryna pada Instagram nya.Namun,harapannya untuk bertemu isteri dan anaknya hancur apabila butik itu di tutup.Dia mengeluh kehampaan.Kemudian dia menuju ke arah Taman yang mereka bertiga terjumpa .Tiada.Entah macam mana,Dengan izin Allah.Kakinya melangkah ke Taman perumahan banglo setingkat. Pada saat itu juga,dia berasa letih .Mungkin berjalan jauh.Dia memandang ke kiri dan kanan.Ada satu bangku! Tapi,depan pagar rumah orang.Huh. Duduk aje lah! Dah penat.Terus dia melabuhkan punggungnya.Asyik dia memicit kepalanya yang berasa agak sedikit berdenyut,dia terdengar suara gelak tawa anak kecil yang sedang bermain.Rayyan!
Kelihatan Rayyan sedang bermain bersama anak kelahiran Istambul.

"Haryy!Me! Me!" jerit Rayyan meminta rakannya menyepak bola ke arah nya.

"Rayyan? The man,face like you." tutur Harry.Masih kegagapan dan sedikit kesesuaian bahasa .Budak.

"Who?" tanya Rayyan.

Harry hanya menunjuk ke arah belakang Rayyan.Lantas Rayyan memusingkan badannya.

"Papa!" jerit Rayyan.

"Ye sayang." Izz terus mendapatkan Rayyan.Tubuh kecil itu dipeluk-peluk.

"Harry!He is my father." Rayyan mengenalkan papanya pada Harry.

"Hye Uncle" ujar Harry.

"Ahmad Rayyan Amsyar? Nak panggil apa ni? " tanya Izz.

"Mama called me Rayyan.Tapi,bila dia marah dia panggil semua nama Rayyan." ujar Rayyan membuatkan Izz tergelak.

Harry yang berasa seperti tidak dilayan terus meninggalkan mereka berdua.

"Mama mana Rayyan?"

"Mama ada dekat dalam.Masak kut"

"Rayyan boleh tolong papa tak?"

"Apa?"

"Panggilkan mama.Tapi jangan cakap papa nak jumpa.Cakap ada someone else mahu jumpa oke?"

"Can ,wait okeh?" ujar Rayyan.Kemudian dia berlari masuk ke dalam rumah.

"Mama! Mama! Ada orang nak jumpa" .Rayyan melakukan apa yang di suruh,

"Siapa Rayyan?" tanya Ryna hairan.Tudung shawl dua mukanya di sarung.Kemudian dia berlalu ke arah lelaki yang dimaksudkan Rayyan.Rayyan? Sudah menghadap dibo nya.

" Errr, Hello sir?" Ryna teragak-agak menegur lelaki yang berpaling ke arah lain.Terdengar sahaja suara isterinya,dia pantas berpaling.

"Ryn!" panggil Izz perlahan dan pantas.Takut nasib tidak menyebelahi dia ingin bertemu Ryna.Ryna terkaku.Terkedu.Terkelu.Terkejut.And semua ter.

"Err,apa awak buat kat sini?" tanya Ryna gagap.Kepalanya yang tidak gatal di garu.Haru!

"Ryn,abang nak pinjam masa Ryn selama 2 jam untuk explain segala-galanya and luahkan rasa rindu pada Ryn." ujar Izz.Ryna pula hanya diam membisu.

"Please sayang" rayu Izz.Namun tidak dijawab.Ryna masih kaku menunduk.

"Huh,jemputlah masuk.Elin takde kat rumah.Saya taknak keluar, penat.Bincang kat dalam je" .Jawab Ryna.Dia terus berlalu masuk ke dalam rumah.Izz pula sudah melepaskan keluhan lega.

Isteriku Minah StyloWhere stories live. Discover now