CHAPTER 23

3.2K 311 23
                                    

Keesokan paginya..

"Ah choo" bunyi bersin hyojin kedengaran dari dalam bilik. Kepalanya berdenyut denyut. Namun, dia mencuba sedaya upaya untuk bangun daripada katilnya. Dia berjalan ke ruang tamu dalam keadaan yang terhuyung hayang. Walau apapun, dia tetap harus menyediakan sarapan untuk suaminya.

Sehun turun ke ruang tamu. Dia pelik kerana ruang tamu agak sunyi. Dia mencari kelibat hyojin di dapur, namun malangnya tiada. Dia jadi semakin risau. Tiba tiba..

"Pappp" Bunyi sesuatu yang terjatuh membuatkan sehun terkejut. Sehun memandang ke arah bunyi itu dan matanya membulat besar.

"Hyojin!" Sehun menjerit kuat. Dia terus pergi mendapatkan hyojin yang terjatuh di tangga.

"Kau buat apa ni?! Kalau ye pun kau stress dalam rumah ni, janganlah sampai bunuh diri kau?!" Dengan tidak sengaja, sehun telah menengking hyojin. Dia risau. Sangat risau. Takut yang dia akan kehilangan hyojin.

"M-mian.. Saya tak berniat pun. Saya cuai sampai terjatuh pulak. Dah lah, saya nak masakkan untuk awak." Hyojin menjawab lemah. Entah mengapa, dia rasa moodnya hilang ketika itu.

"Makan." Setelah siap menyediakan sarapan untuk suaminya, dia memanggil sehun lemah. Suaranya agak serak. Sehun memandangnya risau.

"Err gwenchana?" Tanya sehun.
"Nae." Hyojin tetap menjawab seperti tadi, dengan nada malas.

Sehun mengabaikan perasaan peliknya itu dan terus makan masakan hyojin. Sehun makan sambil tenung pelik muka hyojin. Dia tahu, hyojin ada sorokkan sesuatu.

Sehun meletakkan tapak tangannya di dahi hyojin. Dia tidak tahu mengapa dia buat begitu.

"P-panas.." sehun mulai risau.

"Kau demam? Kenapa tak bagitahu aku? Kalau tak, tak payahlah kau susah susah buatkan sarapan untuk aku." Kata sehun lagi. Hyojin hanya diam.

"Dah jom, aku bawak kau naik atas. Kau demam panas ni. Kan aku dah kata, mandi mandi mandi. Kenapa kau degil sangat? Kau tak mandi eh semalam?" sehun memimpin hyojin untuk masuk ke dalam bilik hyojin.

'Err sebenarnya memang aku tak mandi pun. Semalam, aku ingatkan nak lelap sekejap je, bangun bangun je dah pagi.' Terang hyojin. Namun, kata katanya hanya diluah dalam hatinya sahaja. Dia tidak larat untuk bersuara.

Sampai sahaja mereka di bilik hyojin, sehun segera meletakkan hyojin di atas katil dengan perlahan.

"Kau.. Rehat kat sini. Jangan pergi mana mana ye. Aku nak pergi ambik something jap." Sehun menunding jarinya ke arah hyojin dan kemudian keluar dari bilik hyojin. Hyojin hanya mengangguk lemah.

××××××××××××××××××××××××××××

Sehun kembali ke bilik hyojin dengan sehelai tuala yang sedikit basah dan bekas yang berisi air suam. Sehun duduk di atas katil hyojin. Sehun merenung wajah naif hyojin yang sedang tidur. Dia mengelap dahi dan leher hyojin menggunakan tuala yang dibawanya dengan lembut.

Selang beberapa minit, sehun keluar daripada bilik hyojin dan kemudiannya pergi ke dapur.

"Kalau demam, mesti la kena makan bubur.. ala aku mana reti masakkk !" Bebel sehun sendirian.

Sehun mengetuk kepalanya perlahan. "Google kan ada. Apa lah bengong sangat kau ni hun"

Sehun berusaha gigih membuat bubur untuk hyojin walaupun hakikatnya dia langsung tak pernah masuk ke dapur.

"Taraaa dah siappp!" Sehun teruja dengan masakan pertamanya iaitu BUBUR -.-

××××××××××××××××××××××××××××

"Tok tok" sehun mengetuk pintu bilik hyojin sebelum masuk. Dia melihat tubuh hyojin yang terbaring lemah. Dia segera mengejut hyojin dengan lembut.

"Hyojin-ah.. Ireona, aku ada buatkan bubur ni."

Hyojin yang mendengar namanya dipanggil oleh seseorang terus membuka matanya.

"Sehun-ssi?" Hyojin menggosok kedua dua belah matanya, pelik. Err aku mimpi ke ni? Dia siap buat bubur untuk aku lagi.

"Nah. Makan ni. Lepas dah siap makan bubur, makan ubat pulak." Kata sehun pendek.

Hyojin mengambil bubur yang dimasak oleh sehun. Dia tidak cakap banyak dan terus makan masakan sehun. Tapi.. ada sesuatu yang membuatkan dia tak selesa.

"Sehun-ssi. K-knapa awak tenung saya makan macam tu?" Tanya hyojin hairan. Dia tidak selesa dengan kelakuan sehun sekarang ini.

"Err.. kau tu makan lambat sangat lah. Meh aku suap. Lembap." Sebenarnya, hyojin makan okay je. Aku bosan. Sebab tu aku nak suap dia. Daripada aku tengok je, tak dapat faedah pun. Eh kenapa aku bagitahu korang pulak ni?

Sehun terus merampas bubur itu daripada tangan hyojin. Hyojin yang melihat kelakuan sehun, matanya membulat besar.

"Apa kau? Makan ni. Aaa" sehun meniup bubur itu untuk mengurangkan kepanasan dan menyuapkan bubur itu ke dalam mulut hyojin. Hyojin hanya mematuh arahan sehun.

××××××××××××××××××××××××××××

Hyeee ~ so.. looks like sehun dah macam tunjukkan perasaan dia kat hyojin. Agak agak, apa yang hyojin rasa? Em maybe sehun bertepuk sebelah tangan je? Okay tunggu chapter seterusnyaa..

Hurts   OshOn viuen les histories. Descobreix ara