CHAPTER 12

3.3K 316 2
                                    

Setelah tiba di rumah baru mereka, Hyojin turun dari kereta, masih tidak mengeluarkan sebarang kata-kata, begitu juga sehun.

Mereka hanya mengeluarkan beg mereka dari kereta dan melangkah ke rumah baru milik mereka berdua kini. Langkahnya teragak-agak. Dia terlalu takut untuk memasuki alam yang akan ditempuhinya tak lama lagi.

Sehun mengeluarkan kunci rumah dan masuk ke dalam tanpa membantu Hyojin. Sehun menuju ke tingkat atas dan terus masuk ke dalam salah sebuah bilik yang tidak berkunci.

Hyojin mengeluh sendirian dan mula mengangkat beg bajunya ke dalam. Dia menaiki tangga ke tingkat atas dengan bersusah payah. Dia berada di hadapan pintu bilik selain bilik milik Sehun.

Hyojin kemudiannya meletakkan begnya di bawah dan memulas pintu. Dia mengeluh sekali lagi.

"Kenapa aku yang kena lalui semua ni?" Luah Hyojin dalam hati. Beg baju miliknya itu dimasukkan ke dalam bilik.

Dengan langkah yang berat, dia menuju ke tingkat bawah untuk menutup pintu utama lalu menguncinya.

Sepanjang hari tersebut, rumah tersebut disambut oleh kesepian seperti tiada yang menghuni rumah tersebut kerana penghuninya mengunci diri mereka di dalam bilik.

Perut Hyojin sudah berdendang memainkan lagu, dia mengusap perutnya. Sampai bila nak terperap je dalam bilik ni. Lebih baik keluar ambil udara segar.

Hyojin terus turun ke bawah.
"Okay now jom masak nasi goreng kimchi!" kata Hyojin dengan kuat.

Sehun yang sedang menonton tv, memandang Hyojin pelik.

"Dah gila ke apa wife aku ni. Nak masak pun kena jerit." ujar Sehun dalam hati.

---

Class 2-3

"Yah hyojin! kenapa dengan bawah mata awak?!" tanya Jungkook cemas.

"Saya letih je lah haha awak ni over lah Jungkook!" jawab Hyojin sambil ketawa kecil. Sebenarnya, bukan sebab letih. Tapi sebab tak boleh nak tidur malam tadi. Fikirkan apa yang bakal jadi dengan masa depan dia nanti.

"Oh hehe arraso. Btw, awak dah study? Next week dah exam. Petang ni kita pergi study nak?"

"Ah boleh jugak tu. Saya pun dah lama tak keluar. Asyik terperap dekat rumah dengan monster takde perasaan tu je--" Hyojin menutup mulutnya. Macam mana aku boleh terlepas cakap pulak ni.

"Monster?" tanya Jungkook hairan. Pelik jugak. Ada ke monster? Yang aku tahu 'mamee monster' tu adalah. Jungkook memandang Hyojin pelik.

"Err tak tak masksud saya kucing saya tu, nama dia monster hahahaha" Gelak hyojin semakin kekok. Kenapa Jungkook pandang aku macam tu. Malu aku.

Sementara itu, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka dan orangnya ialah.... Oh Sehun.

"Tch. Selamba dia je panggil aku monster takde perasaan? Kalau aku takde perasaan, aku dah lama dera kau tau" ujar Sehun.

"Apa Hun? Kau dera siapa Hun? Weh kau jangan weh aku taknak kau masuk penjara nanti." Bagus Baekhyun, sekarang ni semua orang kat koridor ni pandang Baekhyun. Buat malu orang jela kau ni Byun Baekhyun.

"Dera? Apa dera?" tanya Chanyeol pulak.

"Yah.. masa bila aku kata pasal dera?!" Sehun menunjal kepala kedua dua mereka.

"Aduh sakitlah. Eh takde eh? aku salah dengar kot tadi." Baekhyun tersengih. Chanyeol hanya menggosok dahinya kerana sakit.

---

Hyojin pulang ke rumah dengan berjalan kaki memandangkan rumahnya hanya dekat saja dengan sekolah. Perkara yang berlaku di sekolah tadi terlintas di fikirannya.

FLASHBACK

Semasa Hyojin dan Jungkook sedang berborak, dia perasan yang dia diperhati oleh seseorang. Oh Sehun. Dia yang perhatikan aku.

"Kenapa Sehun pandang aku macamtu? Takkan nak kawan dengan Jungkook pun tak boleh. Eh dia bukan kisah pun dengan siapa aku kawan kan?" Hyojin berfikir.

Tiba tiba...

"Omooo! Apa Hun? Kau dera siapa Hun? Weh kau jangan weh aku taknak kau masuk penjara nantiii" jerit Baekhyun tiba tiba.

Hyojin tersentak apabila mendengar jeritan yang bergema di koridor itu. Semua pelajar memandang ke arah EXO.

Dera?! Takkan sehun tu nak dera aku kot? Andwea andwea! Sehun bukan macamtu kan? Hwaaaa

END FLASHBACK.

---

Hurts   OshWhere stories live. Discover now