CHAPTER 13

3.3K 306 5
                                    

Apabila sudah sampai di rumah, Hyojin terus naik ke tingkat atas untuk pergi ke biliknya. Dia bersiap siap untuk berjumpa dengan Jungkook. Dia hanya mengenakan jeans dan tshirt berwarna biru yang simple. Nak study katanya.

"Sehun.." Hyojin memanggil Sehun memandangkan mereka terserempak di tangga.

"Hm?" Jawab sehun dingin.

"Saya nak keluar boleh? Nak pergi study dengan Jungkook, classmate saya." Kata Hyojin dengan perasaan gementar.

"Pergi jelah. Siapa kesah kalau kau nak keluar dengan budak tu pun? Buat jelah apa yang kau nak buat. None of my business" kata Sehun sinis. Dia terus pergi ke biliknya tanpa menghiraukan perasaan Hyojin.

Panggg. Bagai ditampar hati Hyojin mendengar kata kata Sehun tadi.

"Benci sangat ke dia kat aku? Apa salah aku sampai kena macamni?!" luah hyojin dalam hati. Air matanya mengalir dalam diam. Dia tak kuat. Tak kuat nak lalui semua ni. Kalau lah Sehun faham perasaan dia.

---

"Mana Hyojin ni.. kata nak study sama sama tapi kenapa tak datang datang lagi ni.." Jungkook mengeluh.

"Jungkook-ah. Mianhae. Saya lambat. Sakit perut tadi. Awak dah lama sampai ke?" Hyojin malas nak berfikir tentang tadi. Dia dah putus asa. Dia terlalu muda untuk memikirkan semua ni.

"Ah ani, saya baru je sampai. Awak nak order apa apa tak? Sambil study sambil makan hehe" jungkook tersengih

"Oh boleh jugak.." Hyojin tersengih apabila melihat jungkook. Kalau lah Sehun ni macam Jungkook, kan bagus. Hyojin mengeluh.

---

"Korang. Aku lapar lahhh" Baekhyun memuncungkan mulutnya.

"Kau memang. Selalu lapar. Perut apa hah kau ni" marah Suho.

"Dah dah. Jomlah. Aku pun lapar jugak ni." Kata Sehun.

Yelah dekat rumah tu tak ada apa yang nak dimasak. Aku bukan pandai masak pun. Nak suruh isteri aku tu masak? Ergh memang tak lah nak rasa air tangan dia tu.

Mereka berempat pun pergi ke sebuah cafe. Malangnya, cafe itu jugalah cafe yang sama dengan Jungkook dan Hyojin pergi.

"Nak order nak order hee tak sabar nak makan ni" kata Baekhyun. Sebijik macam kanak kanak ribena.

"Aku pun aku pun" kata Chanyeol. Satu spesies dengan Baekhyun rupanya. ChanBaek is real.

Semasa Jungkook dan Hyojin sedang tekun belajar, Hyojin mendengar suara yang amat dikenalinya.

"Tu bukan suara Baekhyun ke?" Hyojin tertanya tanya. Kalau ada baekhyun, mesti ada EXO jugak. Kalau ada EXO, mesti ada Sehun.

Okay Sehun. Wait what?! Sehun?!

Hyojin terus memandang meja sebelah dan ternyata, EXO duduk di sebelah mejanya. Hyojin cepat cepat pandang ke depan semula, tak kuat nak tengok muka Sehun.

"Hun. Wife kau kan tu? Kenapa dia dengan lelaki lain?" bisik Suho perlahan. Yelah, meja sebelah tu meja wife Hun. Nanti kantoi pulak.

"Ha? Ha ah. Biarlah dia." Balas Sehun malas. Dalam diam, Sehun memerhatikan Hyojin dan Jungkook. Mereka begitu rapat macam pasangan bahagia. Bahagia sangat.

Eh kalau dorang nak bahagia macam dalam cerita twilight tu pun aku kesah apa?

"Haih. Mula dah. Kenapa dia selalu pandang aku macam tu kalau aku keluar dengan Jungkook. Mustahil lah dia jealous kan?" Ujar Hyojin, dia mula tidak selesa.

"Hyojin-ah, wae? Gwenchana? Awak nampak tak selesa." tanya Jungkook prihatin. Ya, memang ada yang tak kena dengan Hyojin. Dia dah perasan lama yang bila EXO datang duduk meja sebelah ni, Hyojin jadi tak selesa. Mesti ada sebabnya kan?

"Ah nae? Jungkook-ah, boleh tak kita pergi taman? Saya nak hirup udara segar. Boleh tak?" Hyojin membuat aegyo. Harap cara ini menjadi lah.

"Kalau ye pun jangan lah buat muka comel macam tu. Nak terkeluar jantung saya. Hahaha kaja!"

"Ceh buat muka comel dekat Jungkook konon. Bukan comel pun." Ujar Sehun dalam hati. Nampak jealousnya disitu.

---

Hurts   OshWhere stories live. Discover now