CHAPTER 9

3.4K 318 6
                                    

Seperti biasa, Hyojin bersiap untuk pergi ke sekolah, begitu juga dengan Sehun.

"Mengantuknya.. haih kalau ikutkan hati, malas nak datang sekolah. Tapi kalau duduk rumah je, lagi stress rasanya." Hyojin mengeluh.

"Uit uit. Kenapa mengeluh" itu dia, Jungkook dah datang dah.

"Ha? Nothing." Jawab Hyojin malas.

Jungkook semakin pelik dengan perangai hyojin. Yes, sejak dua menjak ni dia asyik termenung je. Entah apa lah yang difikirkannya.

Manakala di kelas 2-1,

"Harini kita pj yuhuhu main basketball ~" kata Baekhyun, gembira terlebih.

"Yeah tak sabar nak dengar fans kita menjerit" kata Chanyeol pula.

"Yah! Kau tahu tak aku sakit telinga dengar dorang hari hari menjerit!" marah suho. Naik menyampah dengan perangai dua orang beruk ni.

"Eleh hyunggg.. kononnya sakit telingaaa, padahal sukaaa ~" Chanyeol dan Baekhyun ketawa terkekek kekek apabila dapat mengenakan ketua mereka itu.

"Ugh whatever. Weh korang, tengok maknae kita tu" kata suho

"What what what?" Kata Chanyeol dan Baekhyun serentak.

"Sejak dua menjak ni asyik termenung then asyik balik awal je. Korang tak pelik ke? Something's wrong!" Kata Suho lagi, nalurinya kuat mengatakan Sehun ada masalah.

Baekhyun dan chanyeol hanya menganggukkan kepala mereka tanda faham.

WAKTU PJ

"Yeol! Tangkap ni" jerit Baekhyun yang membaling bola kepada Chanyeol. Kemudian Chanyeol pun menangkapnya dan membaling kepada suho dannnn Suho pun membaling bola tersebut kepada Sehun memandangkan sehun berdekatan dengan tiang gol dannnn dush!!

"Ah tak masuk pulak!" Sehun memarahi dirinya sendiri. Rasa bersalah pula.

"Takpe la hun, ni permainan je. Menang kalah tu biasa lah" nasihat Suho kepada Sehun.

"Yepp. Jangan lah salahkan diri sendiri" sokong Baekhyun pulak.

"Aku pelik lah. Kau ni ada problem ke? Aku tengok time main tadi kau macam takde mood je. Tak focus langsung. Kau okay ke tak ni?" Kata Chanyeol. Akhirnya, kata kata yang dia simpan dalam hati terluah juga.

"Hyung. Hyung janji jangan bagitahu sesiapa tau. Sebenarnya, esok wedding Hun akan berlangsung." Tutur Sehun dengan perlahan.

FLASHBACK

"Omma, bila wedding tu berlangsung?" Tanya Sehun.

"Lusa. Wae? Tak sabar ke?" Mrs. Oh menyakatnya.

"Aniya." Kata sehun pendek. Malas nak melayan kerenah ommanya itu.

END FLASHBACK

"WHATTTT?!" Ketiga tiga mereka sangat terkejut.

"Wedding? Kau kahwin dengan siapa? Tak pernah cakap pun? Esok? Omg serious???" Tanya suho. Ya tuhan, banyak betul soalannya.

"Nae. Actually arranged married. Eomma dgn appa paksa kahwin sebab nak gabungkan company. Hun kesian lah tengok dorang tu so Hun pun okay jelah." Terang Sehun panjang lebar.

Ketiga tiga mereka yang mendengar itu mengangguk faham.

"And tahu tak, my future wife is.... Park Hyojin. Nerdy in our school." Sehun mengeluh.

"WHATTTTT?!" Jerit mereka bertiga lagi.

"Ish korang ni jangan lah jerit! Tengok tu semua orang pandang." Sehun menggelengkan kepalanya.

Suho, Chanyeol dan Baekhyun hanya tersengih seperti kerang busuk. Malu kena marah dengan maknae sendiri.

---

Kini, hari yang ditunggu telah tiba. Gaun perkahwinan akhirnya tersarung juga ditubuh Hyojin. Rambut didandan kemas. Tapi, air mata tetap nak mengalir. Sebak. Tak sangka dia akan berkahwin dengan lelaki yang langsung tiada apa apa perasaan terhadap dia.

"Omo omo cik pengantinnn! Janganlah menangis. Habis makeup saya yang precious ni!" Ujar juru mekap yang ala ala sotong gitu.

"Tapi.. saya taknak kahwin. Saya muda lagi. Kenapa saya yg kena macam ni? " nangis Hyojin teresak esak.

"Heyyy dah jangan nangis! Elok elok cantik habis jadi buruk ha terkejut mak!" Kata juru mekap itu lagi.

Meletus ketawa Hyojin apabila mendengar kata kata juru mekap itu. Tak jadi nak feeling dah huhu.

"Hyojin-ahh" eomma nya muncul di pintu semasa dia di make-upkan. Hyojin tersenyum lega.

"Eomma.. ottokhae??"

"Wae..?"

"Kalau Hyojin tak dapat berhadapan dengan orang lain nanti macam mana? Kalau Hyojin tak dapat jadi isteri yg baik untuk Sehun macam mana? Hyojin takut hyojin tak dapat buat tu semua." Pada saat itu, dia sangat gementar.

"Gwenchana.. Eomma ada. Kamu kena biasakan diri dengan semua ni. Eomma yakin, semuanya akan okay." Ujar Mrs. Park sambil tersenyum, dia memeluk erat satu satunya anak perempuannya itu.

Hyojin hanya mengangguk lemah dan membalas senyuman eommanya itu.

"Ini kali pertama, aku dapat rasa pelukan eomma." Ujar aku perlahan, air mata ditahan supaya tidak mengalir.

"Dah jangan fikir pasal tu. Tenangkan fikiran kamu tu." Eommanya mengusap belakangnya lembut. Dia hanya mampu tersenyum sedikit kerana masih gemuruh.

Terimbas kembali layanan dan kata kata Sehun terhadapnya pada malam itu. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana hidupnya lepas ni. Hari pertama lagi, dia dah tunjukkan yg dia benci aku. Patut ke aku teruskan juga?

---

Sehun merenung kosong dirinya di cermin sambil membetulkan tuxedo berwarna putih suci yang dipakainya. Dia mengeluh kuat.

"Wae, Sehun-ah?" Tanya Suho hairan.

"Betul ke keputusan yang Hun buat ni?" Soalnya tiba-tiba. Suho, Chanyeol dan Baekhyun tersentak dengan kata kata Sehun.

"Weh.. kau jangan cakap yang kau nak batalkan wedding ni. Lagi berapa jam je ni. Tolong jangan buat kerja gila ok. Untuk hari ni je. Cukuplah. Takyah ingat masa silam kau tu. Bukan semua perempuan macam tu." Nasihat Baekhyun. Tak sangka baekhyun yang perangai macam monyet ni pandai berkata kata.

Sehun mengeluh perlahan dan kemudian ketawa kecil.

---

Hurts   OshWhere stories live. Discover now