CHAPTER 36

2.8K 244 5
                                    

Sehun tersenyum sendiri melihat wajah isterinya semasa tidur.

"Penat sangat ke Oh Hyojin ni?" Kata sehun sendirian. Baginya, wajah hyojin lah yang paling comel semasa tidur. Sah, sehun memang dah angau.

Keesokan paginya, hyojin menggeliat bangun dari tidurnya. Dia tidur dengan lena semalam. Dia terasa ada nafas seseorang menyapa lehernya. Hyojin segera memandang ke sebelah, kemudian dia tersenyum kecil. 'Macam mana aku boleh sampai kat katil ni? Seingatnya, aku tidur kat sofa semalam.' Soalan tersebut bermain di fikirannya. Namun, dia membiarkan sahaja.

Wajah sehun yang sedang lena tidur ditenungnya. 'Babyface' desis hati hyojin.

Sehun yang tiba tiba bergerak membuatkan hyojin terkejut. "Dah puas tenung muka oppa? Tahulah oppa handsome" kata sehun dengan suara yang serak basah kerana baru bangun dari tidur. Muka hyojin kemerahan menahan malu. Jarak di antara hyojin dan sehun tidak kurang daripada 2inci.

"Ehem. Macam mana saya boleh ada dekat sini?" Kata hyojin sedaya upaya untuk mengubah topik.

"Semalam hyojin masuk lepastu hyojin terus tidur kat sofa, oppa kesian. Jadi oppa angkatlah hyojin. Kalau tak angkat nanti kesian hyojin, tak pasal pasal jadi cacat tulang sebab tidur dekat atas sofa hmm" Jawab sehun pula lalu membuat muka seperti orang mati bini. Kini, sehun perlu berlatih untuk membahasakan dirinya sebagai 'oppa'.

"Tch, oppa jahat!" Kata hyojin sambil memukul bahu sehun. Sehun mengaduh kesakitan. Namun, senyuman nakal ditunjukkan. Muncul satu idea untuk mengacau isterinya.

"Apa hyojin cakap tadi? Tak dengar?"

"Cakap apa? Hah apa? Apa eh?" Hyojin menjadi semakin gelabah. Pipi tomatonya sedaya upaya disorokkan.

"Ala, cakap lagi sekali. Tak dengar lahhh" sehun menggoyangkan bahu hyojin seperti kanak kanak 5 tahun yang tak dapat mainan.

"Hyojin cakap 'oppa ~~'. Dah puas?" Kata hyojin manja sambil menarik hidung milik sehun. Sehun mengangguk dan tersenyum riang atas kemenangan yang dimilikinya.

××××××××××××××××××××××××××××

Tempat duduk hyojin ditenung jungkook. Fikirannya tertanya tanya, apa sebab sehun dan hyojin tidak hadir ke sekolah.

"Okay murid murid, harini kita ada pelajar baru. Come here, sweetie" kata kata Mrs. Hyera membuatkan jungkook kembali ke dunia nyata. Kini, semua mata tertumpu ke seorang gadis yang pemakaian nya agak terdedah.

"Annyeonghaseyo, Kim Hyuna imnida." Kata gadis itu sambil menunduk hormat kepada semua pelajar kelas tersebut.

Jungkook memandang ke arah suho, baekhyun dan chanyeol. Wajah mereka jelas kelihatan terkejut dan risau. 'Kenapa dengan mereka?' Desis hati jungkook. Namun, pertanyaan itu ditepis. Malas nak sibuk hal orang lain.

Hyuna mengambil tempat tidak jauh dari tempat duduk sehun dan hyojin. Dia tersenyum sinis. Jungkook yang perasan akan senyuman hyuna, mengerutkan dahi. Harini memang hari pelik sedunia ke?

××××××××××××××××××××××××××××

"Hyojin.." panggil sehun.

"Hyojin-ah.." panggil sehun buat kali kedua. Dia mendengus geram. Nak taknak, kena jugak guna taktik ni.

"Chagi ~~" panggil sehun dengan suara yang manja. Hyojin yang terkejut dengan panggilan itu, terus memandang.

"Apa?" Tanya hyojin. Haih, sehari tak buat muka aku jadi merah, tak sah.

"Ha tengok, panggil chagi baru nak pandang. Hyojin memang sengaja kan?" Tanya sehun yang saja nak mengacau hyojin. Hobinya kini adalah mengacau hyojin. Entah kenapa, rasa seronok pula. Hyojin menjeling sehun seketika kemudian meneruskan kerjanya iaitu mengemas pakaiannya.

"Haih.. cepatnya dah kena balik." Keluh hyojin. Jujur, dia suka keadaan begini. Dia takut bila dah balik nanti, sehun pun kembali kepada yang asal.

"Waeyo chagiya?" Tanya sehun prihatin. Muka sedih hyojin ditenungnya.

"Anniya. Baru saya teringat, souvenir (betul ke eja souvenir?) untuk omma dengan appa tak beli lagi." Kata hyojin cuba untuk mengubah topik. Tapi memang betul pun, seronok sangat sampai terlupa untuk beli souvenir.

"Takpe, oppa dah beli dah. Jangan risau." tutur sehun lembut. Memang dah beli pun. Semalam semasa sibuk mencari hyojin, dia ada jugak singgah kedai kedai yang menjual cenderahati.

"Eo? Dah beli? Arraso.." hyojin mengangguk dan tersenyum.

××××××××××××××××××××××××××××

Hurts   OshWhere stories live. Discover now