CHAPTER 4

4.2K 373 9
                                    

HYOJIN POV

Aku mengeluh perlahan. Dah kenapa dari tadi Jungkook ni asyik perhatikan aku je. Seram pulak.

"Jungkook, kenapa pandang saya macam tu? Ada apa apa ke kat muka saya ni?" Tanya aku pelik.

"Ada." Jawabnya pendek. Hah? Apa yang ada kat muka aku ni? Aku terus memegang wajahku, nak kata ada sisa makanan, aku tak makan pun tadi.

"Hah? Ada apa?"

"Ada.. Ada cahaya yang menerangi hati saya." Kata Jungkook. Lol, chia chia chia was detected.

"Ish awak ni. Apa lah. Saya fikir ada apa tadi." Aku ketawa kecil mendengar ayat manis Jungkook.

"Nanti balik dengan saya boleh?" Tanya Jungkook ikhlas.

Aku terdiam. Sebelum ni, tak pernah ada orang yang rapat dengan aku macam ni. Betul ke dia ikhlas? Kami baru sahaja berkawan beberapa jam yang lalu, tetapi aku dah mula selesa dengannya.

Aku tak nak benda yang lama terjadi lagi.

"Kalau taknak takpe lah." Katanya lagi dan terus menumpukan perhatian ke papan putih. Aku memandangnya dan berfikir seketika.

"Arraso. Kita balik sama sama." Jawabku. Jungkook hanya tersenyum kemenangan.

"Hyojin ssi, Jungkook ssi, sila beri perhatian." Tegas Mrs. Park. Aku terkejut dengan suara Mrs. Park dan terus memandang ke papan putih.

Aku mendengar gelakan Jungkook. Apa yang lawaknya? Huh, tak faham betul dengan Jungkook ni.

-Skip-

Waktu persekolahan telah pun tamat. Semua pelajar berebut nak pulang ke rumah.

"Oppaaaa oppaaaa!" Ha tu dia. Dah sampai dah. Suara histeria pelajar pelajar perempuan di Seoul Highschool. Sebab apa? Mestilah EXO!

Aku menutup telingaku dengan menggunakan earphone. Lagu dipasang kuat.

Aku melihat Jungkook yang berada di sebelahku. Mulutnya berkumat kamit seperti sedang berkata sesuatu. Kemudian, dia memandang aku tajam. Aku ada buat salah ke? Earphone segera ditanggal.

"Kenapa pandang saya macam tu?"
"Awak ni Hyojin, saya tanya siapa mereka tu. Kenapa semua perempuan terjerit jerit?" Tanya Jungkook.

"Oh hehe sorry, saya tak dengar tadi. Oh tu EXO. Kingka kat sekolah ni." Terang aku. Jungkook mengangguk faham.

"Yang dua orang asyik rapat then tersenyum macam orang gila tu ialah Baekhyun and Chanyeol. Yang muka cold takde perasaan tu Sehun. And yang tu pulak, leader EXO. Suho. Dia anak pengetua sekolah ni." Sambung aku semula.

Nak tahu kenapa aku boleh tahu semua pasal mereka? Sebab setiap dinding dekat sekolah, ada je tulis pasal EXO ni. Naik jemu dah aku tengok.

"Oohhh" Bulat mulut jungkook meng'oh'kan penerangan Hyojin. Terlintas di fikiran ingin mengenakan Jungkook.

"Kenapa tanya? Berminat eh?" Tanya aku sambil mengangkat kening. Em em faham faham jelah apa maksudnya kan.

"Eh tak ada maknanya. Saya straight lagi tau! Ke awak yang minat EXO tu?" Balas Jungkook semula.

Aku menggelengkan kepalaku. "Saya tak berminat dengan Kingka sekolah ni, buang masa je." Kataku sambil ketawa kecil. Jungkook juga turut ketawa bersamaku.

END HYOJIN POV

---

"Sehun-ah. Lepas ni jom kita pergi lepak kat cafe nak?" Tanya Suho kepada sehun.

"Mianhae hyung. Saya kena balik rumah terus. Eomma suruh, katanya ada hal penting nak bincang. Hal apa yang penting sangat pun Hun tak tahu lah." Jawab sehun malas.

Flashback

Sehun menerima mesej, dia terus membuka mesej tersebut.

"Hun, lepas balik sekolah nanti terus balik ke rumah ye. " - Mrs. Oh.

"Untuk apa? Hun baru nak lepak dengan kawan Hun." - Sehun.

"Ada hal penting yang eomma dengan appa nak bincang. Lepak tu bila bila je boleh buat." Balas Mrs. Oh lagi.

Hun memandang mesej yang diterimanya. Dia mendengus geram.

"Arra." Balasnya pendek.

End Flashback

---

Hyojin membuka kasutnya lalu masuk ke rumah. Hyojin memandang eomma dan appanya yang berada di ruang tamu. Biasanya, mereka akan balik lewat malam, tapi kenapa harini awal semacam je?

"Eomma dah masak tu. Makanlah. And lagi satu. Lepas mandi, turun ke bawah. Eomma nak bincang sesuatu." kata Mrs. Park

"Nae." Jawab hyojin dalam kepenatan. Soalan yang berlegar legar di dalam fikirannya segera dibuang ke tepi.

Lepas mandi sahaja, Hyojin terus turun ke ruang tamu seperti yang disuruh oleh eommanya tadi.

"Haih entah apa la yg omma dgn appa nak bincang ni. Jangan pasal kahwin sudah. Err kahwin? Aku muda lagi lah. Apalah kau ni Hyojin!" Hyojin mengetuk perlahan kepalanya.

Sampai sahaja di ruang tamu, dia terus duduk di sebelah eommanya.

"So, apa yang eomma dengan appa nak bincangkan ni?" Tanya Hyojin tidak sabar. Harap berita baik, bukan berita buruk.

"Hm Hyojin-ah, kamu tahu kan eomma dengan appa dah makin tua. Tambah lagi sekarang ni syarikat kami dah makun muflis" kata Mr. Park dengan berhati hati.

"Erm so?" Tanya Hyojin pelik. Aku baru 18 tahun, rasanya takde kena mengena pun dengan syarikat eomma dan appa.

"Erm so appa kena gabungkan syarikat appa dengan satu syarikat lain supaya tak muflis."

"Ohh. Baguslah kalau macam tu. Takdelah syarikat appa muflis kan?" jawab aku tenang. Masih lagi tidak faham, kenapa aku terlibat dalam perbincangan syarikat ni?

"Tapi ada satu syarat." Kata appa Hyojin dengan nada yang serius.

"Hah? Apa pulak syaratnya?" Tanya aku terkejut. Syarat tu okay lagi, tapi jangan kaitkan aku. Tolonglah.

---

Em apa pulak lah syarat yg Mr. Park nak sampaikan tu? And apa pulak sebab Mrs. Oh suruh Sehun balik awal? Haih macam macam! Tunggu chapter 5 pulak ehh. Anyeong ~

Hurts   OshWhere stories live. Discover now