CHAPTER 42

2.6K 233 3
                                    

Apabila sudah sampai di rumah kepunyaan mereka berdua, hyojin hanya mendiamkan diri.

Sehun memandang hyojin dengan pandangan yang risau.

"H-hyojin. Gwenchana?" Tanya sehun dengan berhati hati. Dia cuba untuk memegang tangan hyojin namun pantas ditepis hyojin.

Hyojin memandang tajam anak mata sehun. "Gwenchana." Jawab hyojin pendek. Kemudian, dia terus masuk ke bilik milik mereka berdua. (Buat pengetahuan korang, sehun dan hyojin dah berkongsi satu bilik.)

Pintu dikunci. Hyojin lagi sekali mengeluarkan sekeping gambar yang menyakitkan hati. Air matanya mengalir perlahan. 'Sebelum ni, sehun ikhlas ke cintakan aku?' Tanya hati hyojin.

Setelah lebih kurang 15 minit termenung memikirkan perangai hyojin yang berubah, sehun pun naik ke atas. Dia segera memulas tombol pintu biliknya. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati hyojin mengunci pintu bilik. Sebelum ni, hyojin tak pernah kunci pintu bilik. Dia mengetuk pintu bilik dengan perlahan.

'Tok tok'. Hyojin yang tersentak dengan bunyi ketukan pintu, segera menyimpan gambar tersebut ke dalam laci. Tombol pintu dipulasnya. Muncul wajah sehun. Entah kenapa. Rasa benci dan kecewa terhadap sehun semakin membuak buak.

"Chagi-ya.. oppa ada buat salah ke?" Tanya sehun. Dia tak suka hyojin mendiamkan diri begini.

"..." hyojin masih mendiamkan diri.

"Kalau pasal hyuna tu.. mianhae. Bukannya oppa nak jalan dengan dia pun, dia yang tarik oppa." Terang sehun dengan suara yang perlahan.

Dengar sahaja nama 'hyuna', terus hilang moodnya. Hyojin terus menyembunyikan dirinya di dalam selimut. Berpura pura mahu tidur.

Sehun yang melihat tindakan hyojin, mengeluh berat. "Hm takpelah. Mesti hyojin penat kan? Jaljayo chagi-ya" ucap sehun perlahan.

Hyojin tidak menunjukkan apa apa reaksi. 'Penat. Memang penat. Penat dengan semua drama dalam hidup aku ni.' Bisik hati hyojin sebak.

×××××××××××××××××××××××××××

Pada keesokan paginya, selepas hyojin bersiap untuk ke sekolah, dia terserempak dengan sehun diruang dapur. Hyojin hanya menganggap tiada apa yang berlaku dan jalani kehidupan seperti biasa.

Bagi sehun, hyojin menganggap dirinya tidak wujud di ruang dapur tersebut. Biasanya, setiap pagi hyojin akan ucap 'selamat pagi'. Dia semakin pelik dengan perangai hyojin.

Hyojin melangkah untuk mendapatkan dirinya jus oren di dalam peti sejuk. Dia hanya menganggap yang sehun tiada dalam pandangan matanya walaupun sehun sedang berdiri di sebelah peti sejuk. Melihat kelakuan hyojin sedikit sebanyak membuatkan sehun berasa tidak berpuas hati.

"Hyojin-ah.." panggil sehun lembut.

Hyojin hanya mengendahkan panggilan sehun dan melangkah ke ruang tamu kemudian terus ke pintu utama. Keluar dari rumah tanpa sebarang patah perkataan pun.

Sentap sehun melihat kelakuan hyojin. 'Kenapa dengan hyojin tu?!' Fikir sehun. Dia pun penat. Atleast bagitahu lah apa salah dia. Jangan berdiam diri macam ni. Ergh.

Langkahnya terhenti untuk keluar dari rumah.

"Jam lupa pakai!" Bebel sehun sendirian.

Dia segera ke biliknya dan membuka laci. Terkejut melihat gambarnya dan hyuna ada di dalam laci tersebut.

"Shit. Rupanya sebab ni lah hyojin marah sangat?!"

××××××××××××××××××××××××××××

Sepanjang perjalanan ke sekolah, hyojin hanya mengelamun sehingga tidak sedar ada orang yang menegurnya.

"Hi chingu-ah" Tegur hyuna dengan nada gembira. Namun hyojin hanya berdiam diri. Mengelamun? Mesti sebab gambar tu kan? Tch. Hyuna menepuk perlahan bahu hyojin.

"N-nae?" Hyojin yang terkejut terus memandang ke belakang untuk melihat siapa yang menepuk bahunya. Riak wajahnya menjadi kosong. Hyuna.

Hyojin hanya memberi senyuman palsu.

"Are u okay?" Tanya hyuna yang pura pura mengambil berat tentang hyojin.

"Okay je hehe" balas hyojin sambik menghadiahkan sebaris senyuman yang manis. Walaupun masih sakit hati dengan kejadian semalam, tetapi dia hanya memendam. Tak nak lah sebab sehun, persahabatan dia dan hyuna rosak. Dia sayang hyuna kerana hyuna lah orang yang pertama yang ikhlas berkawan dengannya.

Hyojin langsung tidak tahu yang hyuna itu adalah manusia yang bertopengkan syaitan. Dalam diam, ingin menghancurkan rumah tangga miliknya dan sehun.

Pembelajaran berjalan seperti biasa, tetapi tidak bagi sehun dan hyojin. Situasi di dalam kelas ini membuatkan mereka menjadi janggal. Jungkook, suho, baekhyun dan chanyeol semakin pelik dengan kedua dua mereka.

'Goodjob hyuna. Sekarang, mereka langsung tak bertegur dah. Yeay!' Jerit hati hyuna. Dia memandang sinis ke arah hyojin dan sehun. Kalau aku tak dapat sehun, kau pun takkan boleh dapat. Ingat tu!

××××××××××××××××××××××××××××


Hurts   OshWhere stories live. Discover now