CHAPTER 10

3.4K 306 3
                                    

"Weh.. Kau jangan cakap yg kau nak batalkan wedding ni. Lagi berapa jam je ni. Tolong jangan buat kerja gila ok. Untuk hari ni je. Cukuplah. Takyah ingat masa silam kau tu. Bukan semua perempuan macam tu." Nasihat baekhyun.

Sehun mengeluh dan ketawa apabila mendengar kata kata Baekhyun. Baekhyun memang pandai menceriakan suasana.

"Takde maknanya aku nak buat macam tu. Aku waras lagi ok"

Mereka berempat ketawa bersama. Dalam situasi macam ini pun mereka sempat bergurau lagi.

---

Disebuah hotel mewah yang sudah ditempah khas dengan konsep yang menarik, kelihatan Hyojin berjalan ke hulur hilir.

Tangannya sudah berpeluh dgn banyak. Jantung ni berdegup sampai rasa macam nak tercabut pun ada juga. Semua tetamu sudah mengambil tempat duduk masing-masing.

"Macam mana ni?!" Dia menggigit jari apabila melihat tubuh Sehun sudah bersedia di depan.

Melihat ekspresi Sehun yang menakutkan, menambahkan lagi gementar hatinya. Kini, para tetamu sudah memenuhi ruang.

"Kaja." Hyojin menoleh sebaik sahaja appanya berdiri di sebelah sambil menghulurkan lengannya.

Dia menarik nafas dulu lalu dihembuskan perlahan. Dengan tenang, dia menyambut huluran appanya. Tangan appanya dipegang dengan erat sekali.

Mereka berdua berjalan di atas karpet merah yang dihiasi dengan bunga bunga yang bertaburan seraya diperhatikan oleh semua tetamu. Hyojin tersenyum kekok dengan situasi yang sangat asing baginya.

Sehun memandang wajah seorang gadis yang bakal menjadi isterinya sekejap lagi.

"Park Hyojin. Cantik bila kau tak pakai cermin mata kau tu. Tapi tu tak bermakna kau dah dapat curi hati aku." ujar Sehun dalam hati. Hatinya memanh sangat susah dibuka untuk menerima perempuan, setelah apa yang dilalui olehnya.

Sampai sahaja di tempat Sehun menunggu, Hyojin melepaskan tangan appanya dan menuju kearah Sehun yang memandangnya serius. Dia menundukkan wajahnya.

Dengan teragak-agak, lengannya telah pun berpaut di lengan Sehun. Hyojin tidak mampu memandang ahjussi yang berdiri di hadapan mereka sekaligus yang bertanggungjawab untuk menyatukan mereka dengan sah di hadapan para tetamu yg hadir.

Dia terlampau gemuruh dan fikirannya melayang entah kemana. Sampailah dia terasa yg sehun menggerakkan lengannya sedikit. Hyojin menoleh.

"Eoh?" Tanya Hyojin tidak faham.

Sehun memberi isyarat mata supaya dia memandang ke depan. Ahjussi itu juga memandangnya pelik. Dia menoleh ke arah Sehun semula.

"Jawablah ya" bisik sehun perlahan walaupun bibirnya tidak bergerak.

Hyojin yang terpinga-pinga memandang ahjussi itu lalu menjawab

"Nae."

"Dengan ini, tanpa melengahkan masa, kamu berdua telah pun sah menjadi pasangan suami isteri" ujar ahjussi itu tersenyum.

"Broom may kiss the bride now."

Seluruh tetamu bertepuk tangan dengan kuat. Hyojin dan Sehun berpusing untuk menghadap tetamu. Mereka sedaya upaya untuk menunjukkan senyuman yang manis walaupun mereka rasa senyuman itu lah yang paling pahit.

"Woi, kiss lah" Hyojin dan Sehun memandang baekhyun yg bersuara selamba. Suara dia cukup kuat untuk didengar satu dewan memandangkan tetamu hanya orang-orang terdekat.

Hyojin memandang kearah Sehun yang sedang merenung Baekhyun tajam.

Kiss? Perlu ke?

"Kiss! kiss! kiss!" Tiba-tiba semua tetamu bersorak. Hyojin semakin cuak dengan permintaan itu.

Matanya melirik kepada Sehun yg juga sedang memandangnya. Sehun seperti memberi isyarat yg mereka harus buat juga. Hyojin menelan air liur.

"Jinjja?! Tetamu-tetamu semua, aku bawah umur lagilah, tak patut buat semua ni." gumam Hyojin dalam hati.

Dengan relanya, Hyojin dan Sehun berhadapan dan menatap sesama sendiri. Air liur ditelan sekali lagi.

"Macam mana ni?! Aku tak sanggup." Gumam Hyojin lagi.

Dia menutup mata serapat-rapatnya apabila Sehun mula mendekatkan wajahnya perlahan.

Tiba-tiba, dia terasa yg bibir sehun menyinggahi dahinya. Eh? Hyojin membuka mata.

"Fuh. Nasib baik dia cium dahi aku je. Kalau tak habislah aku" Hyojin tersenyum lega.

---

Majlis perkahwinan pun tamat. Sekarang sesi berbual mesra dengan para tetamu yang datang. Hyojin dan Sehun, seorang duduk diutara, seorang duduk diselatan. Masing-masing menjauhkan diri.

"Ni majlis perkahwinan ke majlis pengebumian ni?". Soal Hyojin sambil meneguk jus dan termenung keseorangan.

Semua tetamu yang hadir adalah kawan-kawan ibu bapa mereka dan keluarga. Tak lupa juga, EXO pun ada.

"Sehun. Kenapa kamu biarkan isteri kamu keseorangan dekat sana?" soal Mrs. Oh pelik. Tak faham dengan anak lelakinya ini.

"Ala biarlah dia kat sana tu." Balas Sehun malas.

"Ish. Apa kamu mengarut ni? Pergi dekat isteri kamu tu. Ni majlis perkahwinan kamu. Nanti apa pula orang kata". Ujar Mrs. Oh.

Sehun hanya mencebik bibir dan medengar apa yang dikatakan eommanya. Dia terus bergerak dan pergi ke arah Hyojin.

"Eh Sehun ssi" Hyojin memberanikan dirinya untuk menegur sehun.

"Apa? Kau jangan ingat kita dah kahwin ni, kau boleh bermesra dengan aku eh. No way!" Bisik sehun perlahan.

Klik.

"Omo omo tengok niii, sweetnyaaa. Pengantin lelaki bisik kt pengantin perempuan wuu~" kata photographer itu. Sempat lagi dia berfanboying di hadapan pasangan bahagia itu.

"Eoh? Anniya" kata sehun tersengih palsu.

Hyojin hanya ketawa kecil mendengar kata kata photographer itu.

"Akhirnya, nama aku dah bertukar jadi Oh Hyojin. Hi, new life." Ujar Hyojin dalam hati.

---

Hurts   OshWhere stories live. Discover now