CHAPTER 6

3.7K 339 2
                                    

HYOJIN POV

Aku baring di atas katil sambil memandang ke arah syiling. Seperti ada tayangan untuk masa depan aku. Aku dah buat keputusan, aku kena dengar cakap eomma dengan appa. Ini semua pun untuk kebaikan keluarga aku jugak kan.

Sedang aku mengelamun, pintu bilikku dibuka.

Eomma. Sebaik sahaja eomma masuk, aku terus menitiskan air mata. Kenapa? Aku pun tak tahu.

Eomma mengusap kepalaku dengan perlahan.

"Hyojin-ah. Eomma tahu kamu sedih. Tapi, eomma percaya. Kamu akan hidup bahagia dengan bakal suami kamu tu. Lagipun dia handsome, baik, semuanya sempurna." Tutur eomma dengan perlahan.

"Baik? Betul ke dia baik? Mana eomma tahu?" Tanya aku sambil tersedu sedu.

"Eomma tahu lah, eomma kenal dia! Dia tu memang namja yang baik tau, entah entah one day nanti hati Hyojin melekat kat dia. Ha kalau dah lekat nanti, tak boleh cabut dah tau!" Balas eomma dengan loyar buruk dia tu.

Aku hanya ketawa kecil mendengar kata kata eomma. Aku patut.. Terima kan semua ni? Mungkin ada hikmah kan. Dan aku patut menggunakan peluang ini sebaik mungkin, aku nak eomma dan appa berubah.

Memberikan kasih sayang kepdaku, secukup cukupnya.

"Eomma. Hyojin terima syarat tu." Jawab aku perlahan dengan hati yang terbuka.

Eomma tersenyum lega sebaik sahaja mendengar perkataanku. Melihat sahaja senyuman eomma, aku rasa lebih emosi. Air mata cuba ditahan.

"Macam ni lah anak eomma. Dah, jangan nangis. Nanti future husband awak nak datang malam ni, takkan nak tunjuk mata bengkak ni" balas eomma dengan mesra. Aku tersenyum manis ke arah eomma.

END HYOJIN POV.

---

SEHUN POV

"Hun. Malam ni kita kena pergi ke rumah keluarga bakal isteri kamu. Makan malam sama sama dan bincang tentang tarikh perkahwinan kamu." Kata appa dengan tegas.

Aku tak boleh melawan cakap mereka. As long as syarat 6 bulan aku tu eomma dengan appa setuju, aku dah okay.

"Arraso." Jawabku pendek.

"Pakai kemas kemas untuk malam ni. Maklumlah, kita akan jumpa mereka yang bakal menjadi sebahagian daripada keluarga kita." Kata eomma pula.

Aku hanya mengangguk lemah. Pakai kemas ke tak, aku tetap handsome. So kesah apa.

Selesai sahaja mandi, aku membuka almari pakaian. Nak pakai baju apa ni? Hampir kesemua pakaian aku cuba, tapi tak ada yang menarik.

Kejap, kenapa aku teruja pulak ni? Eh tak, eomma yang suruh pakai kemas kemas.

Aku dah mati akal, jadi aku memanggil eomma untuk menentukan pakaian aku.

Eomma kemudiannya memberi aku kemeja putih dan coat yang berwarna biru tua. Tak lupa juga, aku kena pakai tie yang berwarna biru cair.

Aku memandang ke arah diriku yang berada di dalam cermin.

"Hi, future wife." Kataku keseorangan. Keluhan berat dilepaskan.

END SEHUN POV

---

Sementara itu, Hyojin masih berfikir.

"Patut ke aku ubah imej aku ni? Atau patut jadi nerdy je?" Tanyanya sendirian. Dia menggaru-garu kepalanya dan membuat satu keputusan yang pasti.

Hyojin mandi dan terus menuju ke bilik persalinan untuk menukar pakaian.

30 minit telah berlalu, kini Hyojin hanya mengekalkan imejnya seperti di sekolah.

Dia menuruni tangga seperti cinderella. Tapi tak ada mak tiri. Hiks.

"Omo, cantiknya anak eomma ni." Puji Mrs. Park sambil tersenyum manis.

Hyojin tersengih malu. "Cantik macam eomma lah kan."

"Eh kamu ni ada ada je, tapi kenapa masih pakai kaca mata tu?" Tanya Mrs. Park pelik.

Hyojin memandang ke arah eommanya dengan pandangan Hyojin-belum-bersedia-lagi.

Mrs. Park mengangguk faham. "Take your time dear." Kata Mrs. Park seakan akan faham anak perempuannya itu.

Selang beberapa minit, keluarga Oh telah pun sampai di rumah keluarga Park.

"Reaksi apa yg aku nak buad kejap lagi eh? Tersenyum? Masamkan muka? Aigoo. Lagi satu, siapa pulak bakal suami aku tu eh?" Tanya hati Hyojin gelisah.

"Hyojin-ah. Tetamu dah sampai. Kesian tetamu ni dah tunggu, kenapa kamu termenung pulak tu?" Lamunannya tersentak apabila mendengar Mrs. Park memanggil namanya.

"Naeee." Sahut hyojin. Pertanyaan tadi diabaikannya. Berdebar debar dia untuk berjumpa dengan bakal suaminya.

"Wah jadi inilah anak perempuan kamu ye? Pretty." kata Mrs. Oh Semi sambil memberi senyuman yg ikhlas kepada Hyojin.

"Nae. Annyeonghaseyo. Park Hyojin imnida." Hyojin memperkenalkan dirinya sambil tersenyum kekok.

Aku still tak nampak lagi muka bakal suami aku tu. Kenapa dia asyik sibuk dengan phone je? Bukan ke malam ni malam yang penting?

"Arraso. Ni bakal suami kamu. Oh Sehun." Sehun hanya menunjukkan muka yang tak berperasaan walaupun dia sangat terkejut.

"Wait. Aku kena kahwin dengan budak nerd yang annoying ni ke? Ergh eomma ni takde taste lah. Cari yang lawa sikit." Bebel Sehun di dalam hati sendirian.

Manakala Hyojin pula, "Oh Sehun? Kingka sekolah? That jerk? Takkanlah. Eomma, save meee" jerit hati Hyojin dengan terkejut.

Selepas sesi berkenalan, mereka pun menikmati makan malam bersama. Ruang makan dipenuhi dengan suara keluarga Oh dan keluarga Park yang sedang berborak.

Tetapi, tiada satu suara pun yang dikeluarkan oleh Sehun dan Hyojin. Sehun masih dengan phonenya, manakala Hyojin bermain dengan makanannya.

Tiba tiba, Sehun bangun dari tempat duduknya.

"Aunty. Boleh saya pinjam anak aunty sekejap?" kata Sehun kepada Mrs. Park. Dia memegang erat pergelangan tangan Hyojin. Hyojin terkejut dengan perbuatan Sehun yang tiba tiba itu.

"Eh apa salahnya.. Tak lama lagi nanti dia akan jadi isteri kamu jugak" kata Mrs. Park sambil tersenyum lebar.

"Naeee." jawab Sehun dengan nada yang teruja.

"Ni ke perangai sebenar Sehun? Seram semacam je." Luah hati Hyojin.

---

Aiyok kenapa sehun tetiba nak 'pinjam' hyojin? Sehun dah berubah ke? Pelik kannn! So kalau nak tahu, wait for the next chapter ~

Hurts   OshWo Geschichten leben. Entdecke jetzt