CHAPTER 22

3.1K 306 6
                                    

Sehun menggenggam baju dibahagian dadanya. Menahan diri daripada menangis. Ini membuatkan dirinya teringat kepada kenangan yang tidak mahu diingatinya itu.

Dalam keadaannya seperti itu, Sehun teringat kata kata suho.

"Kau tak patut berfikiran negatif pasal hyojin. Ingat weh, tak semua perempuan macam tu."

Dengan itu, Sehun ingin mencuba untuk menunggu kepulangan Hyojin.

Sudah setengah jam, hyojin masih tidak pulang ke rumah. Hujan pula semakin lebat membasahi bumi. Sehun bangun dari sofa, mencapai jaketnya dan terus keluar rumah, ingin mencari isterinya. Dia inginkan penjelasan daripada Hyojin mengapa meninggalkan dirinya keseorangan di rumah. Tanpa memandu kereta, dia meninggalkan rumahnya terus mencari Hyojin.

××××××××××××××××××××××××××××

Hyojin berada di pondok yang berdekatan dengan sekolah. Hujan turun dengan lebat ketika dia dalam perjalanan pulang. Memandangkan jungkook sudah balik terlebih dahulu, dia cuba untuk berteduh di pondok yang berada di taman. Tidak sangka pula, semakin lama dia berada di pondok tersebut, hujan turun semakin lebat.

Hyojin cuba untuk bawa bersabar sehingga hujan reda, barulah pulang ke rumah namun, kini sudah jam 9 malam, hujan semakin lebat. Dia ingin menelefon sehun tetapi, malangnya telefonnya telah kehabisan bateri. Tanpa pilihan, hyojin terpaksa menunggu hujan untuk reda.

Tiba-tiba, hyojin terdengar yang namanya dipanggil dengan suara yang lemah. hyojin mencari arah namanya dipanggil dan nampak satu tubuh yang sedang menuju ke arahnya. Pada mulanya, hyojin tidak mahu menghiraukannya tetapi, suara tersebut amat dia kenali.

"Tu suara.. Oh Sehun" bisik hyojin perlahan.

Dia melihat dengan jelas namja tersebut dan mendapati, suaminya yang memanggilnya.
"Omo!! Sehun-shi!" hyojin berlari dari pondok untuk mendapatkan sehun yang sedang penat. Mungkin mencarinya didalam hujan.

"Awak ke mana? awak tahu tak saya risau?" sehun bersuara lemah. Ya, dia risau. Risau sangat akan keadaan hyojin.

"Err tadi saya nak balik rumah, lepastu jungkook kata nak hantarkan. Saya cuba mengelak dengan alasan yang saya tertinggal barang dekat locker dan suruh jungkook balik dulu. Tiba tiba, hujan lebat pulak. Saya takde payung jadi macam mana saya nak balik?"

"Lain kali jangan buat macam tu. Kenapa tak suruh jungkook je yang hantar? Sebab takut dia tahu pasal perkahwinan kita ni?" tanya sehun dengan lembut. Badannya menggigil akibat kesejukan meredah hujan.

Hyojin tidak membalas kata kata sehun. 'Bukan ke dia yang suruh rahsiakan perkahwinan ni? Kenapa dia nak suruh jungkook hantarkan pulak? Tak ke pecah rahsia nanti?' pelbagai soalan yang berada di dalam kepalanya.

×××××××××××××××××××××××××××

Sampai sahaja dirumah, sehun cepat cepat mengambil tuala dan menghulurkan kepada hyojin.

"Nah. Ambik ni. Cepat lap lepastu mandi. Nanti demam menyusahkan aku pulak." kata sehun dingin. As always, dia ni memang dingin terlebih. Tapi kali ni.. Dingin dia lain macam. Dia macam risau dekat aku (?)

"Ha termenung termenung. Pergi mandi lah aku cakap." Err kenapa aku macam ni? Betul ke aku ni Oh Sehun?

"T-tapi awak? Awak kan basah. Biar saya lapkan." Hyojin mengelap sehun lembut tanpa berkata apa apa. Sehun yang melihat hyojin berada dalam jarak yang dekat, terkaku.

"Aku dah buat kat kau macam macam pun, kau still layan aku baik macam ni?" Tanya sehun kepada hyojin. Sungguh dia tak faham. Kalau dia jadi hyojin, mungkin dia dah minta cerai. Yelah, siapa je yang sanggup berkahwin dengan orang yang langsung tiada hati kepada kita?

"Err mungkin sebab awak suami saya? Dah jadi tanggungjawab saya. Nak buat macam mana." Hyojin menjawab dengan muka yang kosong. Tangannya masih mengelap rambut sehun.

Setelah selesai, hyojin pergi ke bilik tanpa berkata apa apa. Sehun hanya memandang tubuh hyojin yang makin lama makin hilang dari pandangannya.

Hurts   OshWhere stories live. Discover now