CHAPTER 5

3.9K 339 1
                                    

"Hah? Syarat apa pulak?" Tanya Hyojin pelik.

"Hmm appa kena kahwinkan kamu dengan anak kawan appa" kata Mr. Park gagap.

"Patutlah aku balik sekolah dah layan aku baik, rupanya ada hajat yang tersorok. Huh." Fikir Hyojin tidak puas hati.

"M-mwo?! Hyojin salah dengar kan?"

"Hyojin.. Listen. Appa memang tak nak tapi terpaksa, ini untuk kebaikan kita sekeluarga jugak." Terang appa Hyojin cuba untuk menenangkan Hyojin.

"Tak. Untuk kebaikan appa dan eomma je. Hyojin tak kesah kalau Hyojin hidup miskin pun, yang penting Hyojin nak kasih sayang je. Kasih sayang yang eomma dengan appa tak pernah bagi dari Hyojin kecil lagi!" Bentak Hyojin. Perlahan lahan, air matanya mengalir apabila meluahkan segalanya.

Mr. Choi yang menyaksikan pertengkaran itu, mengambil keputusan untuk hanya melihat. Dia tak nak membesarkan lagi masalah keluarga itu.

Semuanya diam, suasana menjadi sunyi seperti ada aura hitam di sebalik keluarga Park.

Hyojin mengeluh perlahan. "Biar Hyojin fikir dulu. Bagi Hyojin masa." Katanya lalu terus meninggalkan kedua eomma dan appanya. Dia masuk ke bilik dan berfikir.

Apa yang patut aku buat?

---

Pintu utama dibuka Sehun. Dia disambut dengan gembira oleh eommanya

"Hun dah balik? Mandi, makan dan turun. Ada hal penting yang eomma dengan appa nak bagitahu." Terang Mrs. Oh.

Tanpa menjawab apa apa, sehun terus pergi ke biliknya dan mengendahkan kata kata eommanya.

"Haih, dia masih tak berubah." Kata eommanya dengan kecewa.

Selang 15 minit, Sehun turun ke ruang tamu.

"So, apa hal yang penting sangat tu?" Tanya Sehun dingin. Perkataan penting ditekannya, sengaja ingin membuatkan eomma dan appanya terasa.

"Sebenarnya, appa akan gabungkan syarikat appa dengan satu syarikat ni." Kata Mr. Oh.

"Then? Apa kena mengena dengan Hun pulak?" Tanya Sehun pelik.

"Mereka ada anak yeoja. So..."

"So??" Tanya Sehun lagi semakin tertanya tanya.

"Kamu kena kahwin dgn yeoja tu." Kata appanya dengan tegas.

"Ah. Maaf, tapi Hun takkan tunaikan permintaan appa dan eomma." Jawabnya tenang. Walaupun dalam hatinya sudah panas membara, ada lagi ke zaman sekarang anak dipaksa kahwin dengan pilihan eomma dan appanya.

"Hun.. Boleh tak kamu dengar cakap appa dengan eomma? Kami berdua ni dah tua. Mana tahu esok lusa kami dah tak ada." kata Mrs. Oh dengan nada yang sedih.

"Aish. Fine. Hun buat pun sebab eomma je! Tapi, dengan satu syarat. Lepas 6 bulan, cerai. Okay?" Hun tersenyum sinis.

Mr. Oh & Mrs. Oh puas memikirkan syarat yg diberi oleh Sehun. Selang 5 minit, eomma dan appanya mengangguk setuju.

"Okay, appa dengan eomma ikut syarat kamu. deal kan?"

"Deal. Deal sangat." kata Sehun sambil tersenyum seperti ada makna di sebaliknya.

Aku takkan buat hidup kau bahagia, dear future wife.

---

Di kelas, Hyojin asyik memikirkan kata kata eomma dan appanya sahaja. Apa keputusan yang patut dia buat?

Papp. Meja Hyojin diketuk. Dia tersentak dengan ketukan kuat itu.

"Jungkook rupanya." Kata Hyojin sambil mengusap dadanya akibat terkejut.

Jungkook memandang Hyojin pelik.
"Kenapa awak asyik termenung je hari ini? Ada masalah ke?" Tanya Jungkook prihatin.

Hyojin berfikir seketika. Patut ke dia beritahu Jungkook perkara yang sebenar? Mungkin Jungkook boleh tolong dia. Atau.. Tidak.
Hyojin menggelengkan kepalanya.

"Anniya, takde apa apa. Cuma semalam saya tidur lewat, so mata saya asyik nak termenung je." Tipu Hyojin. Mianhae, Jungkook.

Jungkook mengangguk faham.

"Saya nak pergi bilik guru sekejap. Annyeong." Kata Jungkook dan meninggalkan Hyojin keseorangan.

---

Sama juga seperti Hyojin, Sehun juga termenung keseorangan.

Tiba tiba, datang pula Suho yang mengejutkan Sehun dari lamunannya.

"Yah Hun, kau kenapa asyik termenung je?" Tanya Suho pelik dengan kelakuan Sehun sepanjang hari ini.

"Takde apa apa lah hyung." Balas Sehun cuba untuk menyorokkan masalahnya daripada Suho.

---

Hurts   OshWhere stories live. Discover now