“Okay then. You nak kirim apa-apa? Nanti sebelum balik, mesti budak-budak tu ajak I singgah minum.” Selain Paan, ada juga Aidil dan Ikhwan. Teman sefakulti dulu.

“Takde apa-apa.” Fatima mengekori langkah Firhan yang menghala ke pintu.

Firhan tunduk menyarung selipar. Kasut di dalam bonet kereta. Raket juga di dalam kereta. Memang dia tidak keluarkan. Malas.

“Hati-hati,” ujar Fatima seraya berdiri di birai pintu.

“Tak nak salam?”

“Huh?”

“Salam?” Firhan menghulur tangan.

“Oh...” Bibir bawah digigit perlahan. “Sorry.” Selama ini dia tidak pernah bersalaman dengan Firhan. Memang dia ada menyimpan impian, tapi menyedari kondisi hubungan mereka, dipendamkan sahaja hasratnya.

Tangan Firhan dicapai. Penuh cermat, dia tunduk mencium kekura tangan Firhan. Terasa berbunga-bunga hatinya. Apabila dia mengangkat muka, tingkah Firhan yang seterusnya membuatkan Fatima terkaku.

Firhan mencium tangannya juga! Oh my Allah!

Firhan mengukir senyuman. Diusap lembut ubun Fatima. “Assalamualaikum.”

“Wa-waalaikumusalam...” Sehingga bayang Firhan sudah menghilang, Fatima masih tercegat di situ. Belum pulih daripada rasa terkejut.

Gila. Firhan gila. Eh, bukan. Bukan Firhan yang gila, tapi dirinya. 

 




ASSALAMUALAIKUM...”

Kasut yang sudah dicabut diletakkan di atas rak sebelum dia masuk ke dalam rumah. Suasana di dalam rumah malap. Hanya lampu di ruang dapur yang menyala.

Firhan melangkah ke ruang tamu. Niatnya mahu meletakkan beg berisi raketnya di tepi dinding di sebelah rak televisyen, namun niat itu terbantut apabila pandangannya tertancap pada sekujur tubuh yang terbaring di atas sofa.

Tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman. Ada Fatima yang sedang lena di situ.

Firhan melangkah menghampiri sofa. Berhati-hati langkahnya, berusaha untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Beg raketnya sudah terlebih dahulu disandarkan pada belakang sofa. Tiba di sebelah sofa, lututnya dijatuhkan ke lantai. Melutut di sebelah Fatima.

Biasan cahaya lampu dari ruang dapur membolehkan dia melihat wajah Fatima. Riak wanita itu tenang. Begitu lena sehinggakan Firhan boleh mendengar dengkuran halus yang terbit dari celah bibir Fatima.

Semalam ketika pertama kali tidur betul-betul di sebelah Fatima, risau juga dia. Risau jika terpeluk wanita itu. Dia sudahlah tidur agak buas. Namun, ketika terjaga pagi tadi, bukan dia yang memeluk Fatima, tetapi lengan wanita itu yang melingkari pinggangnya.

Terkejut beruk Firhan dibuatnya. Lebih-lebih lagi apabila terasa hangat nafas Fatima pada dadanya. Tuhan saja tahu keadaan jantungnya ketika itu.

Dia tahu Fatima langsung tidak tahu akan peristiwa pagi tadi memandangkan Firhan tersedar lebih awal. 10 minit juga Firhan sekadar berbaring tanpa melakukan apa-apa. Apabila Fatima bergerak sedikit menjauh, barulah dia bangkit dari katil. Membersihkan diri untuk ke masjid. Fatima tidak dikejutnya memandangkan dia tahu wanita itu sedang haid.

“Hm...”

Bunyi yang keluar dari mulut Fatima mengembalikan Firhan ke alam realiti. Melihat wanita itu yang lena tidur, dia tidak sampai hati mahu mengejut. Risau jika dia mengejutkan Fatima, wanita itu sudah tidak boleh tidur sehingga pagi.

“I angkat you, ya?”

Dengan cermat, Firhan menyauk lengannya ke bawak lutut Fatima. Mujurlah Fatima tidur terlentang, jadi mudah bagi Firhan. Sebelah lagi lengannya digunakan untuk mengampung bahagian atas tubuh Fatima. Apabila sudah yakin, dia mula berdiri.

“Hm, hm...”

Fatima sedikit bergerak-gerak di dalam dukungannya. Namun, tidak lama apabila wanita itu kembali lena. Firhan tidak tahu Fatima seorang heavy-sleeper. Hari ini baru dia sedar hakikat itu.

Ketika hampir tiba di kamar tidur mereka, pucuk hidung Fatima menyentuh tengkuknya. Tingkah tiba-tiba itu membuatkan Firhan terkedu. Langkahnya dipercepatkan. Risau jika Fatima berlama-lama di dalam dukungannya, tingkah Fatima bakal mengundang masalah buat jantungnya. Fatima tidak sedar, tapi Firhan cukup sedar.

Firhan lelaki normal. Tipulah jika hatinya tidak pernah terusik sepanjang beberapa bulan ini. Apabila Fatima bertindak di luar sedar seperti pagi tadi dan juga ketika ini, lagilah membuatkan Firhan terasa sesuatu.

--



Macam mana? Okey? Hihi. Jangan lupa vote! Doakan saya diberikan kerajinan untuk update!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

OG | Cerita Ini Cerita KitaWhere stories live. Discover now