45

173 4 0
                                    

"YOU buat apa kat hospital tadi?"

Diana hanya tersenyum nipis mendengar soalan itu.

"Awak? Awak buat apa kat hospital? Awak sakit ke?" tak menjawab malah Diana turut melontarkan soalan kepada Daniel.

"Aku demam, alang-alang tu aku cucuk sekali. Iyalah nanti bulan depan ada tour lagi dekat Itali"

"Oh.." tiada idea untuk Diana meneruskan perbualan. Fikirannya kini penuh dengan perihal ibunya yang terbaring lesu di wad.

"So, Yana I buat apa dekat hospital?" tanya Daniel sekali lagi. Betul mahu jawapan budak ni.

"Saya... saya melawat orang"

"Siapa? Kawan kau?" tebak Daniel.

Diana hanya angguk kepala tanpa suara.

"Kau okay?" soal Daniel. Entah mengapa dia rasa wanita di depannya kini sedang sembunyikan sesuatu.

"Biasa je. Dunia kan, kadang kadang kat atas kadang kadang kat bawah" keluh Diana. Memberi bayangan dirinya dilanda masalah namun masih ingin mahu disimpan rapi.

"Kau tahu, kau boleh je cerita dekat aku kalau kau nak" Daniel berhenti bercakap ketika pesanan makanan mereka tiba. Pergh roti naan, nampak mengancam seperti selalu!

"You know cikgu fizik aku dulu cakap. Beban, tak boleh letak dekat permukaan kecil nanti sakit. Jadi apa kata kita guna pakai hukum pascal untuk agihkan beban dekat bahu kecil kau, ke bahu aku"

"You see, bahu aku lagi lebar dari bahu kau. So aku boleh tanggungkan beban tu untuk kau" pujuk Daniel panjang lebar.

Sedikit tak masuk akal tapi tak apa, janji Diana okay.

"Merepek la awak ni. Hukum pascal apa benda pula"

"Kau nak aku explain ke? Macam ni, formula pascal kan P1=P2, kita dah tahu luas permukaan bahu saya lagi luas, jadi saya akan jadi A2 while awak A1. Lepastu daya... "

"Dah dah tak payah borak ilmiah dengan saya sekarang ni" Diana angkat lima jari. Automatik mulut becok Daniel itu seperti digam. Tutup rapat.

"Sekarang ni, kalau awak nak tolong saya boleh. Tapi tolong diam dulu sebab saya nak makan"






SEAWAL jam 8 pagi lagi Hasya Ayrana sibuk berkawad dari satu tempat ke satu tempat. Dari bilik dia ke kamar mandi, kemudian dia pergi ke dapur pula. Semuanya kerana encik suami bertuah dia.

Semalam cakap jadual penuh, tak boleh ikut ke rumah keluarganya. Tup tup pagi selepas dia bercakap telefon. Dia pula yang seronok nak pergi, siap request nak berkelah dulu sebelum sampai di rumah Puan Aisyah.

Itu yang kehulur kehilir cik isteri nak siapkan beg baju, nak masak bekalan makanan lagi. Walhal jarak rumah mereka dengan teratak keluarga Aidan itu tidaklah jauh mana. Hanya 2jam sahaja perjalanan. Nak berkelah punya pasal. Kena siapkan la.

"Awak, siap belum pakai baju tu?" laung Ayra dari dapur. Tak betah dia nak kalut ke sana kemari lagi. Dah letih dah. Ini kalau dah masuk kereta, sah sah dia tidur.

"Belum, aku cari jaket biru aku tak jumpa" adu Aidan sambil berjalan ke arah Ayra yang sibuk menyusun bekas makanan ke dalam beg.

"Sweater buat apa panas panas ni? Pakai tshirt aje la. Ini pun dah okay. Hensem dah suami saya ni" komen Ayra sambil menilik penampilan suaminya. Seluar khaki dipadankan dengan tshirt polo bewarna putih. Cukup sempurna dah dimata Ayra.

"Tapi kau pakai tudung biru, aku nak matchy matchy" memuncung bibir Aidan.

"Matchy matchy pula dah. Kan saya dah siap gosokkan baju awak, takkan nak suruh saya gosok lagi kot?"

EquestrianWhere stories live. Discover now