13

220 5 4
                                    

"Macam mana boleh jadi sampai macam ni?" tanya Diana sebaik sahaja keluar daripada bilik tidur rumah ketua kampung disitu. Tumpang.

"Aidan? Kau ada buat apa apa yang melampau ke?" soal Diana penuh keraguan. Masakan tidak, keluar berdua tadi cakap nak pergi beli jajan untuk budak-budak ni. Balik sahaja dia nampak Aidan mendukung Ayra yang sudah tidak sedarkan diri.

"Sumpah aku tak buat apa pun. Kami makan jajan sambil jalan je, lepastu aku masuk kereta dia tak masuk lagi" jelas Aidan. Wajahnya sudah dibasahi dengan keringat.

Diana hanya diam, mencari kejujuran dalam bicara lelaki ini.

"Aku panggil dia, lepastu tiba-tiba dia rebah. Aku angkat la dia aku takut juga" tambah Aidan. Kemudian suasana bertukar sepi. Baik Diana atau Aidan, kedua mereka masih lagi risau memikirkan keadaan Ayra yang masih belum sedar.

"Flyers! Tadi Ayra cakap ada flyers dekat kereta aku" kata Aidan kuat dengan tiba-tiba menarik perhatian beberapa orang di sekitar termasuklah Daniel dan Idham.

"Flyers? Kat kereta? Bak kunci kereta" arah Idham pantas menghulurkan tapak tangannya kepada Aidan.

Bingkas bangun Aidan dari duduknya bergerak ke arah kereta yang digunakan tadi. Mesti ada! Tadi Ayra genggam kertas tu.

Daniel, Idham dan Diana hanya membuntuti langkah Aidan turut membantu geledah kereta tadi.

"Dan! Kertas ni ke?" soal Idham yang memegang sehelai kertas bersaiz A5. Sedikit ronyok namun masih jelas apa yang terpampang di atas kertas itu.

"Allahuakbar! Apa benda ni do?" soal Daniel sebaik sahaja melihat gambar di atas 'flyers' tersebut.

"Mana? Aku pun tak sempat tengok tadi, aku gelabah" Aidan menghulurkan tangan meminta helaian kertas itu.

Terdiam Aidan sebaik sahaja menerima huluran Idham. Ini bukan flyers! Ini dah kira ugutan.

"Astagfirullah.. Siapa punya kerja ni?" spontan Aidan beristighfar. 

Riaksi ketiga-tiga jejaka itu menarik perhatian Diana, "Aidan, sini kertas tu apa dia tulis?" senada sahaja Diana berbicara. 

Keselamatan sahabatnya terjejas kot!

"Kau tak payah tengok la, bahaya" balas Aidan langsung menggumpal kertas tersebut.

"Bagi Aidan! Baru aku boleh tahu kenapa Ayra sampai pengsan macam ni!" tegas Diana berkata menyebabkan Aidan tiada pilihan selain menunjukkannya kepada Diana.

"Allah... Apa benda ni?!" terjerit Diana apabila melihat ilustrasi tubuh seorang wanita berbogel di atas sofa manakala terdapat gambaran seorang lelaki tua di sebelah sofa tersebut. Turut tidak berpaian.

Di atas ilustrasi tersebut terdapat tulisan 'Ayrana sayang tunggu saya' sepertinya ditulis menggunakan darah pekat. Tidak terlalu kisah dengan ilustrasi tersebut, tetapi wajah Ayra dilekat tepat diatas tubuh wanita tidak berpakaian itu. 

"Ayra... Ayra..... Ya Allah" hanya itu sahaja yang mampu Diana tuturkan ketika ini. Ayra.. ya Ayra mesti teringat mengenai peristiwa hitamnya. 

Laju Diana berlari masuk semula ke dalam rumah. Nak pastikan dia ada di sisi apabila Ayra bangun. Mesti Ayra takut sekarang.

Setibanya Diana di dalam bilik tempat Ayra berehat, kelihatan Hidayah sudah pun berada di situ. Membelai rambut hitam pekat Ayra. 

Nafas lega dilepaskan, syukurlah. Ayra tidak keseorangan. 

"Kau nak keluar pergilah, biar aku jaga dia" perlahan Diana menapak ke sebelah Ayra. 

"Tak apalah. Aku nak jaga dia, kesian dia sampai pucat" balas Hidayah masih lagi membelai rambut Ayra penuh kasih.

EquestrianWhere stories live. Discover now