32

171 5 2
                                    

BUNYI sudu berdeting berlaga pinggan memenuhi ruang makan rumah agam milik Encik Tarmizi. Kadang kala bunyi suara mereka sekeluarga berborak kosong. Hanya suara Puan Aisyah, Ariana dan Noah sahaja sering kedengaran manakala Encik Tarmizi lebih selesa mendiamkan diri. 

Aidan? Selalunya mulut dia paling bising komen itu dan ini, namun selepas dia melancarkan perang dingin antara dia dan abahnya, dia lebih selesa menjadi pemerhati. 

Kini, dia tenggelam memikirkan syarat Ayra dan keputusannya, hendak memberi tahu keluarganya atau tidak. Tapi bagaimana penerimaan mereka? Lagi-lagi ibu bapanya. Lebih kepada bapa sebenarnya.

"Angah nak kawin" sebaris ayat Aidan keluarkan setelah berkira-kira logik akal dan kebarangkalian berjaya melaksanakan syarat si puteri gunung ledang.

Suasana di meja makan itu terus bertukar sunyi sepi mendengar penyataan Aidan sebentar tadi. Hilang habis bunyi sudu besi berlaga bersama pinggan kaca. Suara usik mengusik keluarga itu juga hilang selepas mendengar pengumuman mengejut daripada Aidan.

"Dengan siapa?" Encik Tarmizi menyoal tanpa memandang anak terunanya. Suapan masih diteruskan.

"Perempuan obviously" balas Aidan dengan suara celah gigi.

Atmosfera di ruang makan rumah agam itu berasa sedikit tegang apabila dua beranak itu bercakap. Tadi macam nyaman, ini nak bernafas pun macam kena himpit.

Ariana melepaskan keluhan perlahan, dia tak suka situasi sebegini.

"Angah..." Ariana menegur sikap adiknya yang dia rasakan agak kurang ajar. Tangan kirinya digenggam oleh sang suami, memberi kesabaran mungkin.

"What? Salah ke apa angah cakap?"

"Kalau dengan perempuan tu abah tak izinkan" cantas Encik Tarmizi sebelum meneguk air minuman yang tersedia di atas meja.

Aidan berdecit perlahan. "Do I even need your approval sir?" Aidan meletakkan sudu di sisi pinggan. Memincing matanya memandang Encik Tarmizi.

"Jangan kurang ajar dengan abah sebab orang luar Aidan" Encik Tarmizi memberi amaran.

"I'm not being rude, I'm just standing with my own decision. Lagipun, she's more than enough to be mine, cuma yelah, ada sesetengah orang pemikiran dia kolot sikit. Kena rogol pun, salah mangsa bukan si pelaku. Macam abah"

Senyum sinis ditarik. Aidan memandang ayahnya dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Melihat rahang Encik Tarmizi bergerak-gerak, tahulah dia bahawa lelaki itu sedang marah.

"Abah tetap tak izinkan! Kawin saja dengan sesiapa yang angah nak, tapi bukan dengan anak pembunuh tu"

"Sorry to disappoint you, but I've made up my mind abah. And I'm stand with it. Antara atok dengan bapak dia, tak ada kena mengena dengan bakal isteri Aidan. Please bear that in your mind" kata Aidan lalu bergerak keluar dari meja makan.

"Aidan!" Encik Tarmizi menepuk kuat meja makan berkayu jati itu. Kuat hingga tersentak Puan Aisyah. Segera dia mendapatkan si suami cuba untuk meredakan kemarahan.

"Kalau abah nak tengok Aidan bahagia, tolong terima pilihan Aidan dengan terbuka. Aidan sendiri tak suka bermasam muka dengan orang tua Aidan, tapi ini soal hidup Aidan, I have full authority to decide. Aidan keluar dulu" 

"Lagi satu, perempuan tu ada nama Hasya Aryana binti Mohd Hamdi. Assalammualaikum" serentak itu Aidan mengambil kunci keretanya lalu dihayun kaki menuju pintu utama. 

Sekarang ni dia kena fikir macam mana nak latih Kamelia berjalan dua kaki. Hal abahnya dan Ayra, kemudian dia fikirkan. Benda boleh berbaik, sekarang ni yang penting, kuda kena boleh jalan dua kaki.









EquestrianWhere stories live. Discover now