22

198 7 0
                                    

Rumah bungalow setingkat itu dipandang lama. Rumput-rumput meninggi menjadi lalang, bumbung rumah terdapat sedikit pecah di beberapa bahagian. Lumut menghiasi dinding-dinding luar rumah. 

"Not bad. Masih kukuh"

"Seriously kau nak duduk sini? Dah tak ubah macam rumah penagih dadah saja aku tengok rumah ni" kata seorang wanita yang masih muda belia.

"Well, aku memang penagih pun kan? Lagipun senang la kat sini, nak attract dia datang sini  pun mudah la lepasni"

"Kau ni tak serik eh baru keluar penjara dah nak buat kacau"

"Kacau siapa? Aku cuma nak hak aku, dia anak aku. Aku wali dia yang sah. Dia tak akan boleh terlepas la dari aku Hakim" Encik Hamdi ketawa sinis di hujung ayatnya. 

"Nak masuk cuci ke apa ni?" soal Hidayah dari dalam kereta, terjengul sedikit kepalanya menyoal Hamdi yang masih setia merenung rumah lamanya.

"No need... Hakim, kau dah hantar pesanan kasih sayang aku dekat anak aku?"

"Dah... Lagi beberapa hari sampai la tu" pemetik api dibuka menyalakan seputung rokok yang dikemam di bibir. Berkepul-kepul asap keluar daripada mulutnya.

"Kenapa makan berhari? Aku suruh hantar terus kan?" bengang Hamdi. Terkalih kepalanya memarahi Hakim, sahabatnya semasa di dalam tahanan.

"Kau ni takkan la aku nak pergi hantar sendiri? Aku pakai servis JnT la, nanti sampai la tu. Aku letak alamat kau bagi haritu" balas Hakim tak puas hati apabila dimarahi Hamdi. Bruh dah tua-tua nak marah orang, debik sekali ke alam kubur kau!

"Janji sampai. Tak sampai siap kau! Aku tak bagi stock minggu ni" ugut Hamdi seraya menapak mendekati pagar rumah usang itu.

Mangga besi itu dipegang lama. Ditenung sahaja halaman rumah usang itu. Memori lama seakan berputar dengan sendirinya di dalam kotak fikiran Hamdi. Bibirnya mengoyakkan senyum sebelah. 

Hasya yang ketawa riang bermain di halaman rumah, isterinya Shida yang menawan sebelum melahirkan. Kini anaknya yang satu itu tidak saling tumpah cantiknya seperti ibunya. Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Hasya...

Hasya... Hasya... Dulu kau comel, sekarang membesar cantik. Sebiji macam mak kau. Itu yang aku makin geram dengan kau.

Saat dia sedang berkira-kira untuk memanjat masuk ke dalam pekarangan rumah usang itu, tiba-tiba dia ditegur oleh seorang lelaki "HOI!"

Dalam kekalutan, segera Hamdi melarikan diri masuk ke dalam Toyota Unser yang dipandu Hakim. "Gerak gerak! Cepat Hakim!" Hamdi menepuk kerusi pemandu memberi isyarat untuk Hakim.

"Apasal kau gelabah sangat? Chill la bukan rumah orang lain, rumah kau juga kan?" kata Hidayah bersahaja.

"Tahnya cuba tegur, buat macam ala ala undercover polis tu mana tahu dapat info lagi pasal anak kesayangan kau tu" cadang Hakim tidak begitu bernas. Namun tangannya tetap menurunkan brek tangan bersedia untuk bergerak meninggalkan kawasan ini sebelum dioal orang sekeliling.

"Bodoh! Itu family yang sorok anak aku dulu!" mendengar sahaja sebaris ayat dari Hamdi, Hakim terus sahaja memecut laju meninggalkan kawasan itu.

"Kaya juga kau kan? Rumah atas tanah sendiri, bungalow lagi. Patutla tak kisah masuk dalam" gumam Hidayah seorang diri.

"Aku pun tak tahu itu rumah aku atau rumah budak tu..." keluh Hamdi. Nafas dihela berat mengenangkan harta-hartanya yang sudah jatuh ke tangan anaknya Hasya Ayrana.

"Hmmm sebab itu ke kau nak sangat budak tu?" soal Hakim

"Salah satu... Aku nak dia..."

"Lunak suara dia, lenggok tubuh dia... mesti sedap kalau dia sebut nama aku" bibir Hamdi membentuk senyuman yang agak menyeramkan. Tahulah apa yang berada dalam fikirannya ketika ini.

EquestrianWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu