15

206 6 5
                                    

Suasana di dalam kereta sedikit canggung menyebabkan Diana memandang kedua kerusi di hadapanya berselang seli. Memang diorang tak bercakap ke selalu? 

Terus saja Diana bergerak mengambil walkie-talkie nak main. 

"Test test. Mana Daniel?" 

Tak sampai sesaat walkie-talkie itu berbunyi menandakan ada pesanan diterima "Daniel here over" 

Terus sahaja mulut Diana menguntum senyuman. Ahh rindu mulut murai Daniel!!

"Roger roger taknak out" balas Diana

"Buat apatu buat apatu, roger" soal Daniel kembali dengan lagak seperti tentera bunyinya.

"Tengah tengok orang borak pakai telepathy, over" balas Diana menyebabkan kening Ayra berkerut. Siapa borak pakai telepathy?

"Ada yang takut kena marah la tu, over" balas Daniel. Aidan berkerut, dia kata aku ke? Tak guna!

Memang betul dia tengah takut pun. Dari tadi Ayra hanya menjeling maut saja mana tak takut. Nak tolong angkat beg pun tak kasi. Tanjat boboi tau kena jeling

"Biasalah siapa suruh main cop orang buaya, over" usik Diana tak hirau dua manusia di hadapannya yang dah berasap. 

"Lepastu sendiri takut tengok buaya mengamuk, over" Daniel menambah minyak ke bara api!

"Itu yang tengah main mata tu, over"

"Main mata jelah nak cakap takut buaya jadian dia ngap, over" mengekek ketawa Diana mendengar balasan Daniel. Suka boleh membahan.

Belum sempat Diana membalas, Aidan terlebih dahulu merampas walkie-talkie daripada tangan Diana lalu dicampaknya peranti itu di atas pehanya.

"Diana? Diana are u there, over?" peranti itu terus berbunyi. Jantan ni ada juga aku lesing karang, bising betul!

"Dianakuuuu~~~ balas la kau selamat tak tu kat sana?" suara Daniel bergema lagi apabila tiada respon yang diterima.

"Tak ada, Diana kau selamat jadi makanan buaya" senada sahaja Aidan membalas. Ayra yang menjeling tajam disebelah dihirau.

"Woi mana Diana? Aku taknak cakap dengan kau!" bentak Daniel separa menjerit. Diana di kerusi belakang dipandang. Menunduk kepala, tahu takut! Tadi bahan kita tak takut.

"Diam bingai! Tak malu ke orang lain dengar?" 

"Alah yang malu tu kau, aku tak. Ni lepas cakap kau kena cakap over tau. Over" tanpa bersalah Daniel mengajar Aidan bermain walkie-talkie. Aidan menghembuskan nafas berat. Kawan siapa ni? Datang kutip.

"Sini" sepatah Ayra tuturkan terus sahaja Aidan memberi alat itu kepada Ayra. Dengar suara pun takut wo. Tegas kalah komando!

"Nak apa Daniel?" soal Ayra garang. Aidan disebelah menelan air liur payah mendengar intonasi suara Ayra. Takut macam dia yang kena marah.

Sunyi, sepi tiada lagi respon diterima membuatkan Diana mencebik bibir. Alaaa nak main dengan Daniel.









"Assalammualaikum! Huda! Huda!" laung seorang lelaki kira-kira dalam lingkungan 50an memberi salam di hadapan pagar.

"Waalaikummusalam, ye sekejap datang ni" berubah raut wajah Maksu Huda melihat gerangan abang iparnya di hadapan rumah.

"Kau buat apa kat sini?" berubah intonasi suara Maksu Huda

"Anak aku mana? Aku tahu anak aku duduk dengan kau Huda" 

"Anak? Kau ada anak ke Hamdi? Kau tu layak jadi bapak ke Hamdi?" mencerlung mata Maksu Huda memandang jejaka di hadapanya kini. Macam mana dia jumpa rumah ini pun dia taktahu.

EquestrianWhere stories live. Discover now