11

236 6 4
                                    

"Harini kita ke Setiu kan?" tanya Aidan sambil melihat telefon bimbitnya.

"Haah, stay sana kot tak ada homestay kalini sebab kita ke kampung diorang tolong cuci rumah" balas Idham. Pengerusi misi bantuan kali ini.

"Lama ke stay sana?" soalnya lagi kepada Idham. "Tak pasti, mungkin dalam 2 ke 3 hari. Tengok keadaan kampung tu juga la. Kenapa?"

"Tak ada apa la. Saja tanya" senyum nipis Aidan berikan lalu dia berlalu sambil menekapkan telefonnya di telinga.

"Dan, kau ok tak ni? Dari tadi muka ketat je" Soal Daniel dengan riak risau. Mana tak risaunya, dari sarapan tadi muka macam mati bini.

"Kamelia aku..."

"Dia tak sihat, dah berapa hari dah taknak makan. Aku risau la Niel" luah Aidan matanya masih lagi menatap gambar yang dikirimkan oleh Fakhri. Horse keeper mereka.

"Ok je kot, dia rindu kau la tu. Tak ada apa nak risau la kan Fakhri cakap suhu dia semua ok" pujuk Daniel menepuk bahu sahabatnya yang masih merenung gambar kuda kesayangannya itu.

Haih kuda sakit risau macam tu. Kalau bini sakit? Erm

"Aidan! Wasup bro, alright tak ni?" sapa Diana yang berjalan dengan Puan Aisyah. Sapaan Diana dibalas dengan senyuman sahaja oleh Aidan. Masih tiada mood nak bersosial.

"Ha kamu kenapa? Dari semalam lagi umi nampak call sana call sini. Kenapa? Kak long tak ada cakap apa apa pun dengan umi" tanya Puan Aisyah lembut. Tahu saja anaknya ini sedang susah hati.

"Tak ada apa la, angah call Qabil suruh dia tolong tengokkan kuda angah sekali. Makin kurus dah menantu tak jadi umi tu" sebik bibirnya bercerita. Tak boleh dia bab kesayangan ni. Sensitif!

"Dah la tak lama dah nanti balik kamu pergi la tengok dia. Tak payah risau la. Qabil ada, orang kerja sana pun ada" pujuk Puan Aisyah tangannya membelai lembut bahu anak terunanya itu.

Haih sayang sungguh dia kat makhluk berkaki 4 tu.

"Yela risau la umi, Aidan nak bawak dia masuk tournament tak lama dah tau"

Belum sempat Puan Aisyah membalas satu suara menegur mereka berempat yang berdiri di antara dua buah kenderaan.

"Ada meeting yang saya terlepas ke?" soal Ayra. Ditangannya terdapat plastik bungkusan makanan untuk bekal semasa perjalanan ke daerah Setiu.

Ayra beli semalam, nak buat bekal gorgon Aidan katanya.

"Tak ada apa lah Ayra. Ada matahari tengah gerhana. Biasalah tu" kias Puan Aisyah lalu dia berjalan menuju ke kenderaannya.

Sengaja tak mahu dekat dengan Aidan, nanti Ayra tak selesa pula kalau tahu Aidan itu anaknya.

"Hah? Siapa yang tengah gerhana tu nak tengok juga!" Tanya Ayra kepada Diana penuh teruja.

"Tah aku pun kurang faham sebenarnya, aku join bagi ramai je tadi. Niel jom naik, aku tak sabar nak sambung tea dengan maam Aisyah kita" balas Diana bersahaja. Sempat dia menggosok kepala Ayra sesaat sebelum masuk.

"Bye Rara! Jangan lupa on walkie-talkie tau masuk channel 3 aku nak menyanyi!" pesan Daniel laju dia berlari meloloskan diri ke dalam kereta.

Tergeleng kecil Ayra melihat Diana dan kawan barunya itu. Tawa kecil dilepaskan. Bukan main! Kamching semacam siap panggil Puan Aisyah maam dah tu. Entah apa la yang dibualkan mereka bertiga.

"Ayra apasal tak masuk lagi? Tak panas ke berdiri kat luar" Tanya Hidayah prihatin.

"Taklah tengah tunggu korang la ni. Mana Adila?"

EquestrianWhere stories live. Discover now