44

160 5 0
                                    

SUASANA makan malam pasangan suami isteri pada malam itu dirasakan dingin sedingin cuaca di kutub utara.

Ayra dari tadi diam membisu sahaja sejak kepulangan Aidan petang tadi. Aidan pula dari tadi ligat memerah otak berfikir apa yang tidak kena dengan si isteri.

Manakan tidak, sejak dia pulang tadi hanya sepatah sepatah sahaja perkataan yang keluar daripada mulut Ayra. Selalunya kepulangannya disambut mesra disulami gurauan mereka berdua. Namun petang tadi Aidan rasa gurauannya tidak disambut baik oleh isterinya.

Kini Aidan diam-diam mencuri pandang gerangan manusia di hadapannya. Masih mencari dan berfikir silap dan salahnya. Takkan pula Ayra nak merajuk dengannya jika tak ada salah.

Dia terlupa sesuatukah?
Harini hari penting?
Ayra ada kirimkan barang kah pagi tadi?
Keluar lupa salam?

Ah tanya saja lah!

"Umm"

"Awak"

Ayra memberi isyarat kepala memberikan Aidan ruang terlebih dahulu untuk bercakap.

"It's okay, mylady first" Aidan berkata. Ayra hanya menjuih bibir mendengar kata manis daripada si suami.

"Tadi pagi... awak pergi mana?" terus Ayra tembak dengan soalan yang bermain di fikiran.

"Pergi training macam biasa. Kenapa tanya?"

Tak membalas, Ayra hanya tayang senyum segaris. Kelihatan sirna senyuman itu.

Hati kecil berbisik, kenapa Aidan tidak jujur saja? Apa yang lelaki itu lakukan di luar pangkuan dirinya?

"Tadi awak nak cakap apa?" pantas Ayra mengalih topik perbualan mereka.





ARIANA FATMA melabuhkan duduk di atas sofa tiga. Pandangan dihalakan pada television yang terpasang menayangkan drama kesukaan Noah.

Lama dia merenung objek bersegi empat sama itu sebelum keluhan berat dilepaskan. Terangkat sebelah kening Noah mendengar keluhan itu.

"Kenapa ni? I ada buat salah ke?" bahu Ariana dirangkul lembut.

Soalan itu hanya dibalas dengan gelengan.

"Then? Apa yang mengganggu fikiran isteri I ni? Kuat betul mengeluh. Penat?" penuh prihatin Noah bertanya.

"Tak adalah. I rasa pelik"

Jeda seketika. Noah hanya menunggu Ariana sambung bercerita.

"I pelik, kenapa Aidan keluar dengan Iqa tapi tak bagitahu Ayra. Kesian I tengok reaction Ayra tadi bie"

"Dia memang tak cakap apa-apa, tapi body language dia I dah boleh hafal dah. Bila dia rasa tak senang, mesti dia genggam seluar lepastu bernafas pendek"

"Diorang keluar ada urusan la tu. Tak payah fikir sangat la" Noah beri pendapat. Tidak aneh baginya untuk keluar bersama dengan sepupu sendiri.

"Masalahnya, everyone in our family know Iqa tu suka dekat Aidan bie. In fact, Aidan pun tahu, but he plays fool fasal benda ni. Susah susah mengorat anak dara, nak juga dekat sepupu sendiri yang tiga suku" keluh Ariana.

Noah pula diam berfikir. Takkanlah adik iparnya curang pula. Baru saja nak merasa alam perkahwinan kot.

"Nanti bie tanya dia sendiri. You tak payah stress fikir la rumah tangga orang"

"Satu lagi!" baru Noah nak kembali bersandar, tegak kembali tubuh sasa itu nak mendengar rintihan si isteri.

"Fasal Diana. Something is off about her lately ni"

EquestrianWhere stories live. Discover now