9

273 8 7
                                    

"Apa special budak Ayra tu?"

"Kau taktahu ke? Ayra tu......"

Daniel menggelengkan kepalanya berkali-kali. Uish takkan lah. Mata Daniel tertumpu ke arah Aidan yang sedang mengasingkan makanan untuk diberikan kepada penerima kelak. Bangkit, lalu Daniel bergerak ke arah sahabatnya itu.

"Dan, aku nak cakap sikit ah" panggil Daniel apabila melihat sahabatnya itu tidak menghiraukan kehadirannya. "Dan! Dengar tak ni?" Daniel tepuk bahu Aidan bagi mendapatkan perhatian jejaka itu.

"Apa Daniel? Aku busy ni, baik tolong aku sort makanan ni dalam kotak" Aidan mencampakkan setin sardin kepada Daniel. "Tch kau ni, aku nak tolong kau mengenai hidup dan mati tau. Kau suruh aku susun makanan pula."

"Apasal? benda apa penting sangat tu sampai tak boleh tolong aku buat kerja sambil bercakap?"

"Ke nak aku bukak meja bulat dulu baru boleh bercakap soal hidup dan mati?" bebel Aidan. Tangannya laju sahaja menyusun kotak-kotak makanan yang bakal diagihkan esok.

"Pasal crush kau tula. Apa nama dia? Airan? Airen?"

Terhenti segala pergerakkan Aidan apabila mendengar perkataan 'crush kau' dari Daniel. "Ayra. Kenapa dengan dia? Kau pun terpesona dengan dia juga ke?" soal Aidan pandangan maut dilemparkan kepada Daniel.

"Uishh sampai ke situ kau. Aku bukan keturunan kajaq nak rampas crush member sendiri lah" jeling Daniel. Ada dikatanya aku perampas? Ish taknak la kena pijak dengan Kamelia Aidan sia-sia hidup.

"Pastu? Apa yang hidup dan mati aku kalau pasal crush aku?" tanya Aidan mendatar. Jangan nak burukkan cinter kita eh! Kita happy gelak dengan dia tadi tau.

"Dan.. Ayra tu dia......" 

"Aidan! Aunty Aisyah panggil kau!" Laung Hidayah dari dalam homestay sebelah rumah mereka berada ketika ini. Alah homestay sebelah-sebelah. Laki satu gegerls satu. 

"Nantilah Niel. Umi aku panggil pula" menderu dia berlari. Sebelah rumah je kot. Lari mak panggil... Aidan anak soleh.






Hasya Aryana serta beberapa orang sukarelawan yang lain sedang bertungkus-lumus menyusun kotak bantuan seperti pakaian baru dan tuala wanita. Diana pula sedang membantu Daniel mengangkat kotak-kotak tersebut ke atas bonet belakang kenderaan pacuan 4roda yang tersusun elok di hadapan homestay mereka.

Di sisi lain, Aidan pula hanya berdiri di sisi kereta sambil bermain telefon bimbitnya. Serius sahaja mukanya. Dasar anak boss!

"Okay semua! Harini kita dah nak masuk ke kawasan banjir! Semua boleh sarapan dulu, lepastu kita gerak pukul 11!" laung Hazim, selaku marshal untuk misi kalini.

Orang ramai mula bergerak menuju ke dalam rumah untuk menjamu sarapan pagi. Tetapi tidak bagi Aidan, dia masih sibuk dengan telefon bimbitnya.

Ayra yang baru sahaja selesai meletakkan barangan peribadinya di kerusi penumpang, mendapatkan Aidan.
"Hey bangla hutang. Tak makan ke?" tegur Ayra.

"Ish awak rupanya Ayra. Tak habis lagi bangla dia ingatkan semalam habis dah suka yang berbulu ke?" jeling Aidan namun tumpuannya beralih kepada Ayra sekejap sahaja.

"Kenapa? Girlfriend merajuk tak call semalam ke?" kening Ayra diangkat lalu mencuba untuk mengintai telefon bimbit Aidan.

"AIP! Apa girlfriend? Mak kita tak kasi tau main anak dara orang" seloroh Aidan menyimpan telefon bimbitnya ke dalam kocek seluar cargo yang dipakainya.

"Dah tu? Jomlah makan, nanti gorgon awak tu bangun" balas Ayra bersahaja seraya meninggalkan Aidan.

Tergelak kecil Aidan mendengar penyataan Ayra tadi. Gorgon... semalam ayat dia tu

EquestrianWhere stories live. Discover now