14

210 5 14
                                    

"Aunty...." panggil Ayra perlahan apabila kornea matanya mendapati Puan Aisyah berada di sampingnya ketika ini.

"Eh Ayra dah bangun sayang... duduk dulu kejap Aunty ambikkan air ya" lembut sahaja Puan Aisyah bertutur.

Air kosong dihulurkan kepada Ayra yang masih pucat lesi itu. "Ayra okay?" tanya Puan Aisyah

Hanya anggukkan diberikan sebagai balasan. "Dah pukul berapa ni?" kata Ayra antara dengar tidak dengar sahaja lantunan suaranya.

"Dah pukul 8 malam dah. Lama juga kamu tertidur tadi" senyum Puan Aisyah sambil membelai rambut gadis itu.

"Ayra... aunty nak tanya boleh?" pinta Puan Aisyah seraya melabuhkan punggung di sisi katil. Tangannya memegang semangkuk bubur.

Ayra hanya melihat. Alo bubur. Sakit je bubur sakit je bubur. Malas betul!

"Apa yang nak ditanya tu?"

"Tadi, Aidan ada buat apa-apa ke dekat Ayra? Sebabtu Ayra pengsan macam ni?" tebak Puan Aisyah mengejutkan Ayra. Aidan?

"Aunty tahu Ayra tak suka dekat sangat dengan lelaki, tapi aunty tengok Ayra rapat dengan Aidan. Itu aunty tanya dia tak ada buat apa-apa yang tak elok dekat Ayra kan?" jelas Puan Aisyah memandang tepat ke dalam mata Ayra.

Berharap anaknya tidak mengecewakannya. Dari petang tadi dia berada di sini, memikirkan ulah Hidayah tadi. Nak bertanya kepada anaknya, semestinya dia tidak akan mengaku. Siapa saja akan mengaku kalau dah buat benda tak elok bukan?

"Kenapa aunty cakap macam tu? Bukan ke Aidan tadi..." berkerut dahi Ayra mahu memproses kejadian tadi dimana dia rebah dan samar-samar sebelum pandangannya kelam.

"Ayra? AYRA!"

"Ayra weh kau kenapa jangan jatuh kat sini!" gelabah Aidan berlari anak ke arah Ayra yang tiba-tiba rebah di sisi kereta itu.

"Weh tak kelakar Ayra bangun lah" Aidan bertinggung di sebelah Ayra yang sudah kelihatan seperti sukar untuk bernafas.

"UMI SORRY! YA ALLAHH" gumam Aidan sebelum bertindak menepuk pipi Ayra cuba menyedarkannya.

Nervous kena pegang perempuan secara langsung.

"Ayra Ayra breath... slowly breath" Aidan bertindak memegang kepala Ayra yang dibaluti tudung hitam itu lalu dipanggungnya.

Saat mata Ayra terpejam dan leher mula melembik, Aidan lebih kalut tak tahu apa harus dibuat. Panik!

"Ya Allah ampuni dosa-dosaku, aku nak selamatkan bakal isteriku. Eh selamatkan Ayra" katanya sendirian segera tapak tangannya di dada Ayra. Aip! Nak rasa ada heartbeat ke tak je bukan rasa benda lain.

Ya Allah lembutnya.. Eh Astagfirullahaladzim

"Alhamdullillah selamat. Ayra? Bangun la kita balik" Aidan mencucuk bahu Ayra berkali. Aduh pengsan betul ke ni?

"Umi, angah tak ambil kesempatan. Angah nak tolong je ni"

"Bismillahirrahmanirrahim" pantas Aidan mendukung tubuh kecil itu ke dalam kereta. Tangan Ayra masih mengenggam flyers yang diambilnya tadi.

Pendingin hawa Aidan hidupkan di tahap maksima supaya Ayra mendapat angin yang cukup. Kuat tanggannya menggengam stereng kereta hingga urat hijau kelihatan di pelipat lengannya. Nervous tambah takut!

"Tak apa lah kalau dia tak buat apa-apa dekat kamu. Aunty takut dia ambik kesempatan je" keluh Puan Aisyah seraya mengangkat mangkuk bubur untuk disuap kepada Ayra.

EquestrianWhere stories live. Discover now