43

279 6 1
                                    

HIDAYAH merenung luar tingkap memerhati pergerakan beberapa manusia yang berada lebih kurang dua kilometer dari tempatnya. Seketika dia tergelak kecil melihat gelagat manusia di luar sebelum dia kembali masuk ke dalam.

"Hey, kau kenapa muka ketat? Chill lah, aku tak buat apa-apa pun lagi dekat diorang berdua" katanya sambil tersenyum sinis.

Rambut hitam pekat separas pinggang diraup ke belakang. Tubuhnya dibawa ke arah meja bersegi empat bewarna koko itu. Meja makan keluarga ini dulu mungkin.

"Duduklah, buat macam rumah sendiri. Kau mesti tak pernah tengok rumah ni kan?" pelawa Hidayah terhadap individu di hadapannya.

"Janganlah takut, aku takkan bagitahu sesiapa yang kita berjumpa. Tapi kalau kau nak bagitahu pun aku tak kisah. Itupun kalau kau tak kisah la aku bocorkan benda ni" sampul coklat bersaiz a4 dilayangkan dihadapan individu yang masih tegak berdiri di hadapannya.

Hidayah melorek senyum apabila kerusi itu ditarik lalu dihuni oleh seseorang. Terus meletus ketawanya apabila melihat wajah kelat wanita di hadapannya ini.

"Haih... senyumlah sikit, kitakan kawan" perkataan kawan itu ditekan. Terhibur Hidayah melihat reaksi yang dipamerkan oleh insan yang baru dia gelar 'kawan' tadi.

"Apa yang kau nak sebenarnya? Kenapa kau boleh tahu tempat ni? Asal kau nak jumpa aku sorang?" mendatar sahaja suaranya.

"Chill okay chill. Aku jumpa kau nak bincang je... fasal kawan kita?"

"Pengkhianat! Kau yang masukkan dadah dalam air Ayra haritu! Jangan ingat aku bodoh Dayah!" tempik suara itu menahan amarah.

Hidayah hanya ketawa besar mendengar tuduhan yang dilemparkan oleh individu di hadapannya. "Hmmm boleh jadi?" balasnya dengan senyuman misteri.

"Bodoh! Ayra tu kawan kita bodoh!!" meja petak itu disepak dek kerana kegeraman.

"Hey hey hey. Aku kata chill kan Mira? Kau baran kenapa?" balas Hidayah tenang.

"Pergi mampus dengan kau punya chill. Syaitan!" Mira mengambil begnya kasar lalu segera bangun nak meninggalkan rumah usang itu.

"Amira Dafiyah" tindakan wanita itu berhenti serta merta sebaik sahaja mendengar sebaris nama yang cukup dia kenal.

"Pesakit hepatitis b. Sebatang kara dengan anak perempuan. Kalau aku usik-"

"Jangan libatkan mak aku lah!" tengking Mira bengang sakit ibunya dimain-mainkan.

"Tapi Mira... kalau kau biar mak kau tak ada proper treatment tak ke lagi teruk nanti? Apa nama penyakit tu... Hepatoma? Hapatoma?"

"Kau nak apa syaitan?!" marah Mira. Serentak itu sekeping gambar dilemparkan ke atas meja menarik bebola mata Mira melihat objek yang dibaling itu tadi.

"Aku nak dia" sebaris ayat mengundang kerutan pada dari Mira.

"Kau gila? Dia dah kawin Dayah!"

"Jadi?" Hidayah mengangkat kedua-dua keningnya seakan bertanya dimana salahnya nak ganggu rumah tangga yang dibina.

"Jangan jadi penyondol la Dayah. Aidan tu takkan pandang kau pun, dia sayang bini dia"

"Sudahlah Dayah. Aku taknak terlibat dengan benda kotor yang kau buat. Kau anggap kita tak berjumpa hari ni. Jangan risau aku tak bagitahu Ayra, aku bagi kau peluang kalau kau nak berubah, sempat lagi" Mira berlalu pergi dari kawasan rumah itu. Segera dia masuk ke dalam pacuan empat roda yang dipandunya. Sempat dia meraup wajah sebelum pemanduannya dimulakan.

Tanpa sedar sepasang mata menangkap figura yang keluar daripada rumah usang itu. Berkerut dia melihat susuk tubuh itu. No pendaftaraan kereta Proton Saga maroon itu diamati sebelum dia berlalu.




EquestrianWhere stories live. Discover now