24

177 6 2
                                    

"WOI BANGSAT! SINI KAU!" laung Diana serentak melajukan langkahnya menuju ke arah satu mahkluk homosapien berseluar putih itu.

Jeritan lantang Diana telah menarik beberapa pasang mata untuk memberi perhatian kepadanya. Termasuk homosapien yang ingin dia buat sedikit perhitungan.

"Diana... nak apa datang sini?"

"Siap jerit-jerit lagi, dah la jerit panggilan tak elok pula tu kau ni perempuan..." tak sempat dia habiskan ayatnya kulit kepalanya terasa cekang.

"Aduduududuh sakitla sakit lepas" Daniel cuba menarik tangan Diana dari mencengkam rambutnya kuat itu.

"Apa masalah kau ah jantan? Kau cakap apa dekat Ayra sampai nak demam menangis budak tu?!" marah Diana masih menarik rambut Daniel. Kali ini lebih kuat sebab dia tengah marah. Lebih kepada MARAH!

"HAA? Kau cakap dengan aku kau cakap apa dekat dia? Kau dengar mana? Dari siapa? Mana kau tahu dia trusted seller?" bertalu-talu Diana mengajukan soalan sampai tak sedar tersasul di hujung ayatnya.

"Trusted informat kot Yana" Daniel membetulkan. Kepala masih terteleng ketepi menahan tarikkan rambut yang kuat daripada Diana. Berkerunyut mukanya menahan kesakitan kulit kepala.

"Ahhh kisah pula aku?! Kau baik cakap sekarang, kalau tak hancur keturunan kau aku buat" ugut Diana seraya menguatkan cengkaman rambut Daniel. Lutut kirinya turut diangkat berura-ura nak tendang kawasan sensitif lelaki itu.

"Okay okay aku cerita tapi lepas la dulu" rayu Daniel mengepitkan kakinya. Sayang woo.

"Okay aku lepas. Tapi kau jangan ingat kau terlepas dari aku eh Daniel" Diana menjegil mata sambil melepaskan cengkaman di kepala Daniel perlahan-lahan.

Sejurus cengkaman rambut Daniel dilepaskan Diana bercekak pinggang menunggu penjelasan dari Daniel. Ha explain!

Daniel pula hanya menunduk bersalah sambil tangannya memegang antara satu sama lain. Bergerak-gerak anak matanya mencari kosa kata sesuai untuk digunakan ketika ini. Salah kata padah kena dekat dia. Pandangan maut Diana cuba diabaikan.

"Aku... aku... aku cakap-"

"Aku aku aku aku! Aku apa!" hambur Diana kuat menyebabkan Daniel kembali tunduk. Bibirnya dimuncungkan. Kena marah sobs sobs.

"Ayah Aidan yang cakap macam tu... aku percaya je la... bukan salah aku" cukup untuk didengar telinga dia dan Diana sahaja. Perlahan sungguh.

"Lepastu? Apa kena bapak jantan tu dengan hidup kawan aku? Dia ada sepanjang hidup Ayra? Dia pernah cakap dengan Ayra? Ada? Tak ada kan?" marah Diana bengang dengan sikap Daniel yang boleh dikategorikan semberono.

Bagi telinga Daniel, suara Diana ketika ini bagai petir menyambar betul-betul sebelah telinganya. Hakikatnya Diana hanya tinggi suara sikit sahaja memandangkan mereka di tempat yang agak terbuka. Kandang kuda..

Diana membuang keluhan apabila Daniel hanya menggeleng kepala. Posisi Daniel tak ubah seperti budak sekolah rendah dimarahi cikgu akibat tak bawa buku latihan. Tunduk memandang kaki.

"Daniel... kau ni nasib baik bukan laki aku je. Kalau tak dah lama aku piat telinga kau tahu?"

Diana panggung kepala memandang atas kepala Daniel yang menunduk itu. Pinggang masih dicekak masih tersisa marah. Penjelasan Daniel tak membantu langsung nak meredakan amarahnya terhadap Daniel.

"Macam ni la. Kalau kau nak pandang Ayra serong sekali pun, perlu ke kau hasut orang lain? Perlu ke kau cakap dia jijik macam tu sekali? Kau tak fikir maruah dia sebagai perempuan? Kau tak rasa dia sedih dengar benda macam tu?" bertalu-talu soalan dari mulut Diana tanpa sempat Daniel mencelah.

EquestrianWhere stories live. Discover now