36

195 4 4
                                    

KERUSI makan milik Maksu Huda semua penuh dihuni oleh lima wanita dan seorang lelaki. Mereka diam tanpa bicara namun mata masing-masing merenung kotak yang berada di tengah meja.

Nash mengalihkan mata memandang sepupunya, Ayra yang diam tidak berkutik memandang kotak biru di atas meja makan itu. Matanya pandang pula kepada wanita-wanita yang ada bersama, semua masih tenung kotak itu.

Sentak keluhan dilepaskan. Menarik perhatian 10 biji mata memandang Nash. Menanti mungkin ada yang nak diperkatakan oleh lelaki itu. 

"Errr kita nak stay diam macam ni sampai bila?" Nash menggaru belakang leher. Kekok pula kena tenung macam ni oleh gadis gadis. Rasa terancam!

"Sampai budak ni bagi kata putus" balas Diana. Matanya tajam menikam Ayra yang diam mengemam bibir.

"Haah, cuba cakap kau setuju ke tak setuju?" Kalini Ariana pula menyampuk.

Adila dan Hidayah hanya mengangguk kepala. Tadi dalam group dapat info kecemasan daripada Diana suruh mereka datang. Hal mustahak katanya.

"Aku taktahu!" Ayra merebah kepala di atas meja. Seinci sahaja lagi sebelum bibirnya mencium lantai meja makan itu.

"Yelah cuba bagitahu apa yang buatkan kau taktahu? Pakej kot Aidan tu. Kalau aku, tak fikir panjang, time dia bagi tu aku sauk pakai dah senang. Ini tak dia dah nak balik Malaysia esok, harini baru kau panggil kitaorang ajak fikir!" bebel Diana tak puas hati. Dari hari pertama Ayra dapat lamaran Aidan dia dengar masalah kawannya yang satu ini. Tak tahu!

"Tapikan, bercakap dari sisi kawan kau la kan. Bukan ke adik aku tu ideal type kau?" tambah Ariana.

"Ha tinggi, baik, cakap pun lembut tak macam kawan dia Daniel tu cakap macam nak marah orang je kerja" Diana mencelah masih dikawal oleh emosi sendiri.

"Kau dah buat istikharah ke tak ni?" Adila menyoal. Bahu Ayra dipegang lembut. Cuba untuk tidak menambah tekanan kepada Ayra setelah didesak.

Ayra angguk. Bibirnya dimuncungkan. Sebaik sahaja matanya melihat kotak biru di tengah meja dia kembali jatuhkan kepala.

"Dah tu?! Dah buat kau tak rasa apa apa ke dekat mamat tu?!"

"Rasa..." kesemua kepala automatik kehadapan. Perhatian penuh diberikan kepada Ayra menanti bait bicara gadis itu.

"RASA APA?!" Diana menjerit. Taktahan apabila terlalu lama Ayra mendiamkan diri.

"Rasa rindu" kedua tangan naik menyentuh pipi yang dia rasa makin panas. Kepala masih setia melekat dengan meja makan. Tak mahu angkat, malu!

"Ha tu jodoh la tu kan?!" Adila bersorak riang sambil menepuk bahu Hidayah di sebelahnya. Hidayah hanya menguntum senyum nipis sebelum dia anggukkan kepala. Nash dengan Diana tak payah cakap, dua-dua mereka dah gedik kaki macam sotong keluar laut.

"Ok macam ni, kau sebenarnya suka ke tak dekat adik aku tu?" Suasana kembali serius dek kerana soalan maut dari Ariana.

"Aku bukan apa, kau kawan aku. Tapi dia adik aku. Kalau boleh aku nak tengok dua-dua korang bahagia, bukan saling menyakiti"

"Aku taktahu tapi aku... aku suka cara dia tenangkan aku. Aku suka cara dia hormat aku. Aku suka cara dia buat aku happy. Tapi..."

"Tapi?" Hidayah pula bersuara buat pertama kalinya untuk mesyuarat meja makan Maksu Huda ini.

"Tapi aku rasa dia terlalu sempurna. Terlalu baik untuk aku" berkerut kening para wanita dalam mesyuarat kali ini. Pulak dah!

"Ahh perempuan! Baik salah jahat salah dah la malas aku. Takkan kau nak suruh Aidan tu jadi fuckboy baru kena dengan taste kau?" Nash menyandarkan badan frust ada sepupu complicated 

EquestrianWhere stories live. Discover now