39

224 4 1
                                    

TERPISAT-PISAT Aidan menggosok matanya apabila sinaran matahari menjengah masuk ke dalam kamar beradu. Buka sahaja mata dia rasa ada sesuatu benda asing di atas muka. Macam bulu Kamelia je ni tekstur. Matanya dikelipkan beberapa kali cuba memproses apakah bendasing tersebut.

"Astagfirullah!!" jerit Aidan kuat apabila dia dapati ada bunyi dengkuran di tepi. Spontan tangan menolak tubuh yang berada seinci di kanannya. Pusing tubuh, barulah Aidan berasa sedikit lega. Lah cik isteri rupanya. Ganas betul tidur sampai kaki naik atas pinggang orang!

"Oi! Oi Ayra bangun dah lewat ni" Aidan menguis kaki wanita itu menggunakan ibu jari kakinya. Tak berkutik sedikit pun! Nampak sangat lena tu.

"Ayra bangun la subuh kita subuh gajah dah ni!" sekali lagi dia menguis kaki isterinya. Macam tak membuahkan hasil, Aidan ambil bantal lalu dia tekup di atas muka Ayra.

Bila tubuh kecil itu sedikit meronta, barulah dia lepas. Terbatuk-batuk Ayra bangun separa baring. Tangan mengurut dada. Sempat dia jeling Aidan yang sengih tak bersalah. Ada yang kena bunuh hari ini kang!

Ayra merapikan rambut panjangnya. Dia meregangkan tangannya ke atas sambil menguap dalam. Senonoh!

Dalam masih berdendam dengan jejaka di hadapannya, katuk masih menguasai diri. Masakan tidak, semalam dia terpaksa tidur lewat ulah aktiviti Aidan. Habis sakit segala sendi badan. Laki dia punya fasal la ni!

Ayra duduk termenung memikirkan aktiviti mereka laki bini semalam sambil mengosok mata.

"Arghhh!!!" Ayra menjerit kuat apabila cadar katil ditarik menyebabkan dia jatuh terbaring.

Tak sempat dia nak bangun membantah dengan tindakan Aidan, ada serangan bantal dilancarkan oleh Aidan tepat ke arah mukanya.

"Serangan bantal bertubi-tubi!!!" jerit Aidan ketika memukul si isteri dengan bantal.

Tidak tunggu lama, laju Ayra mencapai senjata miliknya iaitu bantal golek untuk membalas serangan si suami.

"Ahh Kau melampau! Rasakan!!" sekelip mata situasi berubah. Ayra pula mendominasi gelanggang perlawanan bantal mereka.

"Wah dia mari dengan bantal panjang! Tak adil ni"

"Welp tak kisah!!" Ayra menjelir lidah lalu kembali menyerang Aidan dengan bantal panjang hingga terbaring lelaki itu dia kerjakan.

"Tak boleh jadi ni" gumam Aidan sambil memikirkan strategi setrusnya untuk menyerang.

"Kuasa halimunan!!" Aidan membalas dengan membungkus tubuh Ayra dengan comforter.

"Aidan!!!"

"Lemas la saya macam ni" bentak Ayra sambil meronta nak keluar dari 'kurungan' yang dicipta oleh suaminya. Aidan hanya ketawa melihat comforter itu bergerak-gerak sambil dia memegang empat penghujung comforter tersebut.

Peperangan berterusan tiada tanda mana-mana pihak nak mengalah terlebih dahulu. Riuh bilik pengantin itu dengan jeritan dan gelak ketawa mereka.

"Betul la kau cakap" kata Aidan menarik Ayra ke alam realiti. Dia memandang wajah Aidan tanpa riaksi.

Melihat muka Ayra yang jelas masih 'blur' dengan keadaan, dia sambung bicara "Bukan puji semalam, kena puji harini"

Ayra tergelak kecil mendengar komen Aidan. "Kenapa? Terkejut?"

Aidan mengemam bibir rapat sebelum dia angguk kepala. "Aku cakap macam iklan shampoo kan semalam?"

Ayra hanya mengangguk kosong. Dia turun dari katil nak bersihkan hasil peninggalan perang bantal mereka semalam. Habis debu lantai! Bantal pun sampai bocor mereka kerjakan.

EquestrianWhere stories live. Discover now