19

204 4 7
                                    

Dari tadi Daniel bermundar-mandir di hadapan Qabil, seharian dia tak boleh tidur memikirkan pekara yang menyinggah gawang fikirannya. Serabut kepala sehingga dia terpaksa ke rumah Qabil untuk bermalam di situ.

"Dah la tu Niel, tah betul ke tak apa yang uncle Tarmizi cakap tu" Qabil hanya memerhati Daniel yang dari tadi bergerak ke sana ke mari dari tadi.

"Aku kesian la dekat Dan, dia tu sebaik baik manusia tau. Takkan aku nak biar je dia dengan perempuan macam tu"

"Perempuan macam mana? Kau percaya bulat-bulat ke Niel? Bukan ke kau pun kenal Ayra? Siap ada nama panggilan lagi takkanlah kau nak cakap dia macam tu"

"Lagipun kau juga cerita dekat aku kejadian tu, kau cakap yang dia sebenarnya tak salah sebab dia kecil lagi. Tak payah la hukum dia pula" Qabil menepuk bahu Daniel perlahan. Berusaha dia memujuk Daniel supaya tidak terlalu memikirkan hal ini, namun Daniel tetap sahaja gelisah apabila teringatkan Aidan.

Tak hiraukan nasihat Qabil, Daniel laju mencapai telefon bimbitnya. Nak call Aidan kali ke berapa dia taktahu. Dari semalam Aidan tidak menjawab panggilan telefon, pesanan ringkas juga tidak dibalas. Sibuk betul dengan Ayra gayanya.

"Niel, dah la tu kejap lagi kita nak pergi buat horse gym juga kan?" tegur Qabil apabila melihat Daniel yang sudah melekapkan telefonnya ketelinga kanannya. Kepalanya digelenggkan apabila panggilan itu masih belum bersambung.

"Apahal dia ni angau sangat dengan budak tu eh? Apa perempuan tu dah guna-guna dia ke apa" marah Daniel apabila panggilan terputus sebelum sempat disambung kepada Aidan.

"Uish Astagfirullah Niel, mengucap"

"Tak baik kau tuduh orang macam tu, mana tahu Dan tengah drive ke apa. Kau pun tahu kan dia selalu tak angkat kalau drive. Nanti dia call la balik"

"Yela tu tah tah tengah dating dengan perempuan tu. Eh kau rela ke kalau Aidan kawin dengan dia?" soal Daniel tiba-tiba.

Berkerut dahi Qabil melihat perubahan Daniel selepas perjumpaan mereka dengan Encik Tarmizi kelmarin. Bagi Qabil selagi tidak mendengar daripada pihak yang terlibat, dia lebih memilih untuk tidak melenting dahulu.

"Kau ni, selama ni kau juga sokong Aidan nak berkenalan dengan Ayra tu. Ini sebab kes tu je kau nak tuduh Ayra tu perempuan tak baik terus ke?"

"Lagipun bukan kau berkawan dengan kawan Ayra tu? Cuba la tanya dia, selidik dulu baru marah macam ni. Tak baik tau tuduh-tuduh, ini dah la maruah dia" tenang sahaja Qabil bertutur. Masih memegang perspektif yang baik terhadap Ayra walaupun telah mendengar ulah Encik Tarmizi.

Baginya mungkin juga Encik Tarmizi tidak menyukai Ayra, kerana itulah dia bertindak untuk memburukkan Ayra di hadapan mereka. Mungkin?

"Tch kau ni Bil, kalau orang tanya kau benda buruk pasal aku, mesti kau backup aku kan? Same goes to her, kalau aku tanya dia sah sah dia kata Ayra tak salah. Kan?" semedan senyum sinis Daniel tayangkan selepas berkata-kata.

"Yakin la kau. Kalau kau tebuk anak dara orang kau ingat aku nak backup kau ke? Tak ada maknanya la! Kawan memang kawan tapi hukum tetap hukum!" bebel Qabil ingin berlalu pergi. Tidak betah lagi dia untuk mendengar kejian Daniel terhadap seorang perempuan.

Maruah seorang perempuan terlalu tinggi bagi Qabil. Tidak semudah itu untuk dia jatuhkan hukum walaupun mungkin benar apa yang dikata oleh bapa Aidan kelmarin.








"Ahhhh letihnya!" keluh Ariana panjang sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi yang disediakan di taman rekreasi itu. Diana punya fasal la ni, nak kurus tapi ajak kita yang berbadan dua ni. Ada patut?

EquestrianWhere stories live. Discover now