33

182 5 5
                                    

HASYA AYRANA bernyanyi kecil sambil menyuap aiskrim yang baru dibeli bersama Adila tadi. Menikmati kenikmatan aiskrim dibawah terik matahari sangat mengasyikkan sampai dia termenari kecil. 

Dia tengah tunggu Adila membuang sebenarnya, iyalah sebelum makan aiskrim mereka dah melantak nasi kandar di kampung baru. Sebelum nasi kandar, mereka makan shawarma viral bukit bintang. Mana tak penuh perut budak tu? Kalau Diana ni mesti tak berak lagi. Sibuk pula member tu sorang, haih.

TING! 

Bunyi notifikasi telefon menarik perhatian Ayra. Pantas telefonya dikeluarkan melihat nama pengirim. 'Boboiboy saya!' pantas jarinya membuka pesanan itu.

"What the..."

"Biar betul?!" gambar yang dikirimkan oleh Aidan dizoom tak percaya. Hampir saja terlepas sudu plastik di tangannya kini.

"Macam mana dia buat ni" Ayra bermonolog sendirian melihat gambar yang Aidan kirimkan. Masih tak percaya, dia angkat kepala memandang hadapan.

Baru nak masuk suapan yang ke 15, mata Ayra tertancap pada seorang lelaki berpakaian formal yang baru keluar dari sebuah restoran mewah memegang dadanya. 

Awalnya dia ingat mungkin lelaki tua itu terkejut dengan bahang panas selepas keluar dari kawasan berpenghawa dingin. Sangkaannya meleset apabila tubuh lelaki separuh abad itu semakin menunduk seakan nak menyembah bumi.

"Encik! Encik!" laung Ayra dari jauh. Cup aiskrim yang berharga itu dia tinggalkan, nyawa seseorang lebih penting dari makanan kegemaran! 

"Encik, encik okay ke?" soal Ayra panik sambil matanya meliar mencari sesiapa yang boleh menghulurkan bantuan. Hampa kerana sekarang waktu pejabat, semestinya kebanyakkan manusia dah masuk kerja!

"Encik kejap jangan tidur siang siang ni saya telefon ambulans" Ayra menjerit. Dalam keadaan panik dia mencapai telefon bimbitnya menghubungi talian kecemasan.

"Aduh top-up ada tak eh?" omel gadis itu sambil tangannya sibuk bergerak mengesek itu ini. Sempat memeriksa baki prepaid sebelum talian kecemasan dicapai.

Melihat lelaki separuh abad itu seperti cuba memberitahu sesuatu, pantas Ayra dekatkan telinga ke arah bibir lelaki itu. Berkerut keningnya apabila hanya deruan nafas berat yang dia dengar.

"Sorry saya bukan pencabul tau" kata Ayra pantas membuka tali leher yang menjerut leher lelaki tadi sebelum dua butang atas dibuka mengelakkan tekanan di atas dada lelaki itu.


"WEH kau kenal ke beb siapa uncle tadi tu?" Adila menyoal kepada Ayra yang elok duduk disebelahnya. Mereka kini berada di kerusi menunggu wad kecemasan.

"Entah, aku tunggu kau berak tadi aku nampak dia macam kena heart attack. Itu aku tolong tu, untung-untung dia ada anak hensem aku bagi kau kawin dengan anak dia. Mana tahu dia Datuk ke Tan Sri ke, kau suka kan anak orang kaya"

"Kau ni kan Ayra..." Adila menggeleng kepala. Kecewa mungkin dengan pemikiran Ayra, tolong tak ikhlas!

"Kau memang sahabat yang sejati! Tahu je aku suka kalau kaya-kaya ni."

"Tapi kalau dia offer anak dia dekat kau betul-betul macam mana?" tanya Adila.

"Aku bagi kau la ganti aku" balas Ayra mudah. Tak ambil kisah langsung kalau benar-benar terjadi.

"Janji eh? Tapi kan beb..." Ayra menjongket kening menunggu Adila habiskan ayatnya. 

"Tapi apa? Haikal nak letak mana?" soal Ayra apabila dirasakan terlalu lama sahabatnya nak menyambung predikat ayat.

"Tapi kalau dia bapak Aidan kau macam mana?" 

"Uish kau ni! KL ni punya besar takkan dalam ramai-ramai bapa dia juga yang kita terserempak" nafi Ayra laju.

EquestrianWhere stories live. Discover now