42

191 8 3
                                    

"YA ALLAH TOLONG!!!" suara jeritan seorang jejaka lantang hingga terdengar dari luar rumah.

"Tolong pakcik taknak la kuat-kuat. Slow sikit pakcik" pesan jejaka itu dengan muka berkerut seribu menahan kesakitan.

"Pakcik!!" jeritnya lagi apabila rayuannya tadi hanya dibiarkan tak bersambut oleh lelaki berbaju pagoda puttih. Tetap ditekan dengan kuat di tempat yang sepatutnya.

"Tahan sikit Aidan, badan kamu ni banyak sangat angin ni" pujuk Haji Man perlahan. Tangannya masih berada di atas pangkal peha Aidan. Memicit, menggosok, menekan yang mana harus ditekan. Habis meraung-raung anak muda itu dek kerana menerima urutan padu daripada Haji Man.

Manakala di dalam bilik beradu berdindingkan kayu balau, ada seorang gadis yang hampir terlena melayan urutan daripada bahagian pinggang hingga ke ari-ari. Tersenyum simpul Hajah Salmah, isteri kepada Haji Man apabila melihat reaksi Ayra yang hanya pejam mata menikmati sensasi urutannya. Berbeza  sungguh dengan yang sedang terpekik terlolong di luar bilik tu.

"Macam sakit sungguh laki hang kat luaq tu Ayra" komen Hajah Salmah matanya tunak memandang wajah bersih sirih bujur Ayra. Untung Aidan. Ayra hanya tersenyum kecil sebagai balasan.

Sejujurnya, dia tak kisah akan kesakitan si suami. Janji dia layan urutan Hajah Salmah ni. Surr betul!

"Biaq pi kat dia Mah, dia tu memang over lagutu. Itu pasai bini dia tak risau pun mata ayaq dia menjerit. Biasa dah gamaknya dia pun" balas opah bagi pihak cucu menantunya, Ayra. Dia hanya duduk bersila di sebelah kiri Ayra yang baring menelentang manakala Hajah Salmah pula di sebelah kanan Ayra.

"Elok badan hang noh Ayra. Ni aku urut-urut ni tak sakit langsung ka?" puji Hajah Salmah.

"Tak ada pula sakit. Enjoy je Mak Mah urut ni. Kenapa? Kalau tak sakit tak normal ke?" tanya Ayra risau.

"Dak aih! Kalau normal tak sakit. Hat sakit tu tak normal macam laki hang la. Mesti angin banyak dia tu, itu menjerit jerit dari tadi" 

"Ni aku nak tanya hang sikit ni Ayra" Hajah Salmah perlahankan suara. Level bisikkan saja volume digunakan seolah ada perkara penting yang mahu disampaikan. 

"Tapi hang jangan segan pula dengan aku. Aku tanya ja kot ada masalah aku boleh tolong" ujar Hajah Salmah. Dia dan suami memang terkenal dengan urutan batin di kampung mereka. Boleh dikatakan hampir semua pengantin baru datang mengurut. Pengantin lama pun ada. Lebih-lebih lagi yang mahukan zuriat dalam perkahwinan mereka.

Ayra bangun duduk melunjuk sambil betulkan kain batik di pinggangnya. "Kenapa Mak Mah?" Mata melirik kearah opah yang meloloskan diri dari pintu bilik. Keluar tengok cucu dia la tu, tiba-tiba diam.

"Hang dah bersama dengan laki hang ka belum?" tanya Hajah Salmah.

Terkebil-kebil Ayra menghadam soalan daripda Hajah Salmah. Soalan apa macam tu?

Ayra tergelak kecil sebelum menjawab. "Eh mestilah dah. Hari-hari saya bersama dengan si Aidan tu" jawab Ayra tanpa ragu-ragu.

"Sungguh ka?" berkerut seribu Hajah Salmah mencerna jawapan si Ayra. Kepala dilangut keatas, jari telunjuk mengetuk dagu memikir membuat kira-kira setelah dia mengurut bahagian pangkal rahim cucu menantu rakannya ini. Takkanlah...

Tergeleng kepala Hajah Salmah membuat spekulasi sendiri. "Kenapa Mak Mah?" suara lunak Ayra menyetakkan Hajah Salmah daripada terus meneroka ke dalam fikiran sendiri.

"Ish takkan la hari-hari? Hang dah dekat sebulan menikah, ketat sangat. Macam anak dara ja aku rasa. Hang pakai jamu apa?"

Ayra diam berfikir. Salah ke dia jawab tadi? Macam dah betul.

EquestrianWhere stories live. Discover now