23

183 3 3
                                    

Hasya Aryana hanya memandang sepi makanan tengah hari di atas meja makan yang terhidang elok itu. Entah, dia tidak ada selera nak menjamah makanan ketika ini. Semalam selepas pulang dari tanah perkuburan yang menempatkan arwah ibunya, dia terus tertidur pulas di dalam bilik sebaik sahaja selepas menunaikan ibadah solat Isya. 

"Kau tak nak makan ke setan?" sergah Nash dari belakang. Bukan dia tak nampak dari tadi sepupunya itu hanya merenung pinggan di hadapannya. Nasi tak dicedok juga.

"Tak ada feel la nak makan, aura belum sampai"

"Kalau tunggu feel kau sampai, aku habiskan dulu kambing ni" juah Nash sambil tangannya mengambil sepotong daging kambing bakar dari dalam mangkuk. Tingkahnya mendapat jelingan daripada Maksu Huda.

"Makan la setan, kesian anak-anak cacing kau tu tak makan dari semalam" Nash menarik pinggan Ayra lalu mencedok sesenduk nasi ke dalam pinggan.

"Siapa cakap aku tak makan semalam? Aku makan okay! Mak aku suap" 

"Eleh, mak yang kau claim tu mak aku tau! Baik sikit mulut eh" tangan Nash sibuk meletakkan beberapa keping kambing bakar ke dalam pinggan untuk Ayra.

"At least mak kau suap aku, bukan suap kau" kata Ayra menyambut pinggan yang dihulurkan oleh Nash. Diva betul gayanya ketika ini, sinis mukanya memandang Nash. Aku ada, kau ada?

"Cis, mak aku suap sebab kesian je... kalau tak dia suap aku aje tak hamak mak aku nak suap kau! Kan mak kan?" muka penuh harapan Nash menyoal Maksu Huda.

Maksu Huda hanya mencebik bibir menyebabkan tawa Ayra tercetus. Kesian, mak sendiri palau!

"Maksu, suapkan Ayra lagi boleh? Macam extra sedap kalau maksu suap" senyuman manis ditayangkan, matanya terkelip-kelip berharap.

"Sudah la malas aku layan korang berdua. Makan sendiri semua, ada tangan kan? Ke tangan semua hilang dah sampai tak boleh makan sendiri?" terlopong mulut Ayra mendengar bebelan Maksu Huda sekaligus tolakan tak mahu suap sesiapa.

"Ha diam dah? Kenapa tangan betul-betul hilang ke dua-dua? Makan pakai kaki kalau tak ada tangan!" penuh sarkastik Maksu Huda membuatkan kedua-dua mereka tengadah. Diam terus kena counter. Minta sangat kena suap.

"Sedap air asam ni kan Ayra"

"Haah pandai maksu aku masak" Ayra angguk setuju dengan kata-kata Nash, Maksu yang masih beletr tidak dihiraukan. Makin didengar makin berasap mereka berdua nanti.

"Kan, kambing ni lembut do tak sempat kunyah dah lerai" serentak itu Ayra ketawa terbahak-bahak. Kepala otak dia la daging tak payah kunyah!

"Flavour melting in your mouth?" katanya masih tersisa tawa di hujung.

"Weh aku lupa, semalam parcel kau sampai. Kau beli apa nyah nipis semacam je" 

"Parcel? Aku mana ada beli apa-apa" bertaut kening Ayra mendengar berita yang disampaikan Nash. Kunyahannya menjadi perlahan. Ligat otaknya cuba mengingat kembali mungkin dia ada terbeli barangan dalam talian.

"Mana aku tahu, aku letak dekat meja depan tu. Semalam kau balik dari kubur kau masuk bilik terus, aku malas bengkakkan tangan aku pergi ketuk"

"INI ke parcel aku Nash?" laung Ayra dari ruang tamu rumah dua tingkat itu.

"Haah yang tu la ada nama kau. Sejak bila order barang pakai first name?" soal Nash sedikit hairan. Masakan tidak, nak memanggil sepupunya menggunakan nama petama pun ditegah. Inikan tiada angin tiada ribut Ayra sudah membahasakan diri menggunakan nama pertamanya 'Hasya'.

"Tapi aku tak ada order apa-apa pun... kejap aku ambil gunting" dengan muka kebingungan Ayra berlalu ke dapur untuk mengambil gunting.

"Kau ada menang lucy draw ke do? Tah tah tiket pergi haji balik hari" seloroh Nash sambil membelek bungusan berplastik hitam nipis itu. Nipis betul masalahnya!

EquestrianWhere stories live. Discover now