35

226 3 3
                                    

BAIT bicara professor di hadapan bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Kaki kanannya digoyang ke atas dan kebawah sesekali jam di pergelangan tangan kirinya dikerling. Masa terasa lama bagi seorang Hasya Ayrana.

Hari ini kelas terakhir bagi semester akhir sebelum dia perlu menjalani latihan industri dalam bidang perakaunan. Sedar tak sedar kurang daripada tujuh bulan, dia akan bercerai dengan gelaran pelajar ijazah sarjana muda.

Sedih? Tak dia lagi gembira. Kalau diikutkan sekarang juga dia nak berambus dari bangunan Azman Hashim dimana terletaknya fakulti perniagaan dan ekonomi Universiti Malaya.

"Beb lepasni takde kelas dah kan?" Ayra berbisik kepada rakan di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan Diana.

"Haah takde dah, aku ingat nak goyang dumang dekat KLCC la lepasni. Nak join tak?"

"Banyak la kau goyang dumang. Kerja nak habiskan duit je. Malas lah aku. Baik pergi jumpa Dr. Azman consult fasal internship lagi berfaedah alang-alang tu boleh aku hantar benda tak guna ni sekali" Ayra menunjal buku keras yang tertera namanya serta tajuk buku tersebut. Apa lagi kalau bukan final year project.

"Alah jom la, aku belanja kau starbies. Ada promosi beli 1 percuma 1 beb!"

"Aku malas nak jalan lah beb" Ayra melentokkan kepala berbaring atas lengannya berlapikkan meja dewan kuliah itu.

Diana terdiam sejenak sebelum kembali berfikir, cara-cara memujuk seorang Hasya Aryana. "Alah takpe, boleh sewa wheelchair untuk orang kurang upaya macam kau"

"Heish mulut! Aku malas je, bukan kurang upaya" bentak Ayra kembali menegakkan badan. Marah ni!

"Betul lah, kekurangan keupayaan nak bergerak. Kurang upaya lah tu kan? Kau pulak spesies mamalia yang dipanggil homosapien, bahasa baku dia manusia, bahasa famous orang. Jadi orang kurang upaya. Salah lagi ke falsafah aku Cik Hasya Aryana?"

Ayra hanya diam sambil mulutnya terkumat-kamit mengajuk 'falsafah' tak boleh pakai kawannya itu.

"Nyenyenyenye"

"Jomlah teman aku. Aku nak cuci mata aku ni dah lama tak cuci. Ni kau tengok dah berselaput mata aku tak cuci mata tahu tak?" Diana memandang Ayra dengan mata bulatnya nak buktikan bahawa matanya perlu dicuci.

"Banyak lah kau punya selaput mata. Sakit mata jumpa doktor bukan pergi tengok lelaki random" juih Ayra.

Diana hanya menayang riak tidak bersalah sambil tersengih lebar. "Hehe kau tak payah la tengok nanti boboiboy kau marah, bagi aku je clean mata"

Diana segera menjauhkan diri apabila menerima jelingan maut daripada Ayra. Sebelum terima serangan cubitan atau tamparan padu, baik amalkan jarak selamat.




"DAN!" laung Qabil sambil berjalan santai. Aidan mengangkat kepala menyahut sapaan Qabil. Tangannya masih sibuk mengemudi mesin besi berat di gimnasium Kem Majlis Sukan Negara.

Aidan panggung kepala memandang Qabil. Kening dijongketkan menyuruh Qabil meneruskan wacananya.

"Tak bosan ke kau? Training dan training je kau duduk sini." Soal Qabil bersahaja. Seluar pendek paras betis ditarik keatas. Peluh.

"Dah memang kita datang nak training kan? Kau ingat sukan Asia macam sukan lawan antara rumah sukan ke training harini esok menang?"

Qabil mencebik kemudian selamba dia meneguk air yang dibawa oleh Aidan. Tidak semena Daniel mengambil tempat menyebabkan aktivit Qabil tersekat di skala 5.

"Woi gay!" Jerkah Qabil kuat apabila air selamat keluar dari esofagus melalui mulut. Erti kata lain, tersedak apabila Daniel dengan selamba mengambil tempat di atas ribanya.

EquestrianWhere stories live. Discover now