7

337 6 5
                                    

Aidan Fathi hanya merenung halaman rumahnya dari tingkat atas. Cerita yang dipasang langsung tidak menarik perhatiannya ketika ini. Fikirannya melayang teringatkan perbualannya dengan Daniel dan Qabil.

"Aku rasa kan bil, aku dah jumpa jodoh aku la" tutur Aidan tiba-tiba sambil menghirup milo ais yang dipesannya.

"Wo wo apa ni Abe Dan? No wind no thunder, tiba-tiba kau cakap kau jumpa jodoh?" sahut Daniel lantang. Tangannya menepuk-nepuk meja besi mamak itu perlahan. Terkejut dengan pengakuan Aidan yang tiba-tiba itu.

"Ha perempuan mana yang kau tangkap cintun ni?" soal Qabil senada. Daniel mengangguk laju kepalanya. Nak mencelah tapi dalam mulutnya dah penuh dengan roti canai "Kau betul suka dia ke Dan?" soal Qabil lagi.

"Aku bukan apa, tapi sepanjang aku kenal kau Dan, kau nak bercakap dengan perempuan pun muka macam kena soal malaikat. Ini tiba-tiba kau cakap jatuh cinta, wow!" tambah Qabil dengan tangannya diletakkan di atas penyandar kerusi Daniel di sebelahnya.

"Betul aku setuju dengan Bil. Mana gambar perempuan tu nak tengok." pinta Daniel kepada Aidan. Tapak tangannya disuakan ke hadapan. Nak minta telefon bimbit Aidan.

"Gambar.... Ada, kejap" serius sahaja muka Aidan membelek galeri telefonnya. Tiba-tiba dia tersenyum lalu disuakan skrin telefon kehadapan. Ha tu gadis pujaan hatiku.

Dengan perasaan teruja, Daniel membuka matanya dengan lebih luas. Nak tahu siapa yang dapat hati abe Dan dia.

Lain reaksi yang Aidan harapkan, lain riak wajah dua sahabatnya. Kedua-dua mereka seolah terlopong dan terkelip-kelip. Daniel siap dah garu kepala. "Bro..kau..serious la? Ni je ke?"

Soal Qabil, matanya terpasak tepat pada skrin telefon milik Aidan. "Tah kau, agak-agak la aduh" tambah Daniel menggeleng-geleng kepalanya. Muka jijik dipamerkan kepada Aidan.

"Asal korang ni? Ini gambar dia yang aku sempat snap haritu lah" Aidan membela diri sambil meletakkan telefonnya ke atas meja.

"Yela tapi agak-agak la pinggang sampai kaki tu kau nak buat apa? Anak dara orang tu Aidan." Qabil memberitahu. Sempat dia selitkan pesanan di hujung ujarannya. Aidan Aidan... memang nub bab perempuan.

"Tah kau! Kalau aku bapak dia, aku rimbuk kau pakai kerusi besi aney ni tau." Sahut Daniel berura-ura nak angkat kerusi. "Delete ah! Dasar mesum kamu ni mas." tambahnya. Potongan roti canai banjir dimasukkan kedalam mulut sejurus memberi arahan.

"Sayang la nak delete. Aku dah la tak dapat nama dia haih" keluh Aidan. Air milo aisnya kembali dihirup dengan mimik muka yang sedih.

"Serius la bro?! Nama pun tak dapat?!!" soal Daniel dengan mulut penuh. Terkejut, tadi cakap jodoh?

Aidan hanya memandang sepi wajah sahabat-sahabatnya. Geleng.

"Insta dapat tak? Mesti pakai nama teka jela" Qabil cuba memberi semangat kepada Aidan. Kasihan...

"Tak dapat jugak" luah Aidan perlahan. "Dia marah aku je semalam sebab tunggu dia" tambahnya. Sedih betul intonasi. Melankolik!

"Hmm.. kau sebenarnya kena reject ni Dan" beritahu Daniel tanpa membaca air muka Aidan dengan teliti. Lepas je. Serentak itu pinggangnya dicuit Qabil. Isyarat mata diberikan.

Cepat tangkap, Daniel segera mengalihkan kerusinya kesebelah Aidan. "Tapi mesti kau dapat nombor ke? Kan?" soal Daniel lembut sambil menepuk bahu sahabatnya.

"Dia cakap kalau ada jodoh dia kasi" tutur Aidan. Bibirnya kembali menguntumkan senyuman nipis.

Terkebil-kebil dua jejaka itu "Agak-agak la jodoh! KL ni saja beratus ribu orang macam mana nak jumpa! Aduh perempuan ni. Nak reject cakap terus ini mainkan Abe Dan aku. ISH!" rungut Daniel.

EquestrianWhere stories live. Discover now