The King Romance: 55

Start from the beginning
                                    

Raja Bariyah pula dibawa pulang ke hospital memandangkan dia masih perlu dirawat. Ahli keluarga yang lain rancak bersembang sehinggalah majlis tamat dengan jayanya.

Alara yang kini diangkat sebagai puteri mahkota mempunyai kuasa untuk mentadbir negara juga. Cumanya, setiap pentadbiran di bawahnya memerlukan kelulusan dari Ayahanda dan Bonda. Tapi, kedua-dua mertuanya sudah memberi mandat kepada Alara untuk mentadbir selagi ianya tidak menyalahi undang-undang istana dan negara.

Alara meminta diri dari kaum kerabat. Raja Adriel yang rancak berborak bersama Raja Haziq dan sepupu-sepupu yang lain memberikan Alara kebebasan untuk menerokai istana dengan lebih mendalam.

"Puteri Mahkota..." Pekerja-pekerja istana memberi laluan kepada Alara saat Alara melintasi salah satu bangunan istana. "Puteri Mahkota mencari seseorang ke?"

"Betul... beta mencari individu yang bertanggungjawab menjaga segala perjanjian istana ketika pemerintahan Raja Abbas. Boleh beta tahu siapakah mereka?" Tanya Alara yang belum tahu direktori dan organisasi lanjut istana.

"Oh... mereka adalah bendahara dan pembesar istana." Jawab salah seorang pekerja istana.

"Faham... tolong kumpulkan dan maklumkan bahawa beta ingin bertemu mereka semua." Titah Alara.

Pekerja-pekerja itu mengangguk.

Alara tersenyum puas. Dia tidak sabar untuk mengkaji segala surat-surat perjanjian yang direkodkan sewaktu Raja Abbas masih hidup. Dengan kelebihan yang dia ada sekarang, dia akan mencari kebenaran di atas berita perjanjian yang dibawa oleh Humaira.

Sementara itu, Raja Adriel mencari bayangan Alara yang hilang dari pandangan mata. Eh, hilang pula isterinya. Kemana pula Alara pergi?

"Mana Puteri Mahkota?" Tanya Raja Adriel pada salah seorang pengawal peribadi yang memantau Alara tadi.

"Puteri Mahkota ada di bilik kebal." Beritahu pengawal peribadi.

"Bilik kebal? Apa isteri beta buat di sana?" Raja Adriel berkerut. Bilik itu hanyalah untuk urusan dokumen istana sahaja.

"Patik kurang pasti. Tapi apa yang patik tahu, Puteri Mahkota sedang mengadap bendahara dan pembesar untuk semakan perjanjian dulu-dulu." Jelas pengawal peribadi.

Perjanjian? Raja Adriel diam sekejap. Jadi, isterinya telah tahu tentang perjanjian yang menjadi isu dalam keluarga mereka sekarang? Sebab itu Alara ingin menyemak tentang perjanjian yang telah dibuat. Fikirnya, Alara akan melatah atau melenting. Tapi, Alara memilih untuk bertindak dengan bijak sebelum dia yang bertindak. Cepat betul Alara berfikir. Memang layak Alara menjadi isterinya.

'That's my queen.' Desis Raja Adriel dalam hati dengan hati yang berbunga.



♛♛♛♛♛♛



Humaira membalingkan telefon ke lantai. Berdenting bunyi telefon jatuh sehingga retak skrin leper itu. Sakit sungguh hatinya menyaksikan Alara yang telah diangkat darjat dan martabatnya sebagai puteri mahkota.

Humaira tersenyum sinis. Dia tahu punca Alara bersetuju untuk pertabalan hari ini. Pasti kerana Alara tidak ingin dia merampas kedudukan sebagai isteri kepada Raja Adriel. Tapi, tidak mengapa. Dia akan bertindak dengan rancangannya juga untuk mendapatkan Raja Adriel walau nama dan maruah perlu dipertaruhkan.

Humaira menapak masuk ke bangunan hospital dengan hati yang membara. Langkah diatur untuk ke wad yang menempatkan Raja Bariyah. Peluangnya baik bila tiada sesiapa di ruangan itu. Dia juga telah meminta pengawal-pengawal untuk meninggalkan dia dan Raja Bariyah di wad.

Raja Bariyah yang khusyuk membaca buku agama mengangkat wajah apabila mendengar pintu bilik ditolak. Terkejut dia melihat kemunculan Humaira petang ini.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now