The King Romance: 36

13.8K 750 132
                                    

Raja Adriel tersedar apabila merasakan ada sesuatu yang memberat di tangan kanannya. Raja Adriel mencelikkan sedikit mata dan melihat Alara sedang lena tidur beralaskan lengannya. Dan, Raja Adriel mengangkat pula kepala. Pandangan dikalihkan pada tubuhnya yang terdedah. Ada kain kecil yang diletakkan di atas dadanya.

Raja Adriel mengerutkan dahi. Cuba mengingati apa yang berlaku pada dirinya semalam. Setahunya, sampai sahaja di rumah, dia merasakan kepalanya berpusing dan dia merebahkan badan ke katil. Selepas itu, dia tidak sedarkan diri sehinggalah sekarang, hari bertukar pagi. Lama betul dia tidur rupanya.

Raja Adriel mengambil kain di dadanya dan meletakkan ke dalam besen di meja sisi. Dia bangkit dari baring dan perlahan-lahan meraih tubuh Alara untuk dibaringkan ke atas katil. Kasihan pula Alara tidur sambil duduk dengan kepala dilentokkan pada tilam.

Alara menggeliat sedikit. Lega terasa tubuhnya apabila dapat melunjurkan kaki setelah lama berjaga malam tadi. Alara yang masih dikuasai mengantuk itu memeluk tubuh Raja Adriel.

Raja Adriel yang sedikit terkejut itu hanya membiarkan sahaja Alara menjatuhkan tangan pada dadanya. Malah, dia turut meletakkan tangan di belakang kepala Alara. Rambut Alara yang kusut dibetulkan dengan membelai rambut lurus itu berkali-kali.

Raja Adriel menatap wajah polos Alara. Lama dia memandang Alara yang tidur di pelukannya. Alara kelihatan sungguh mengantuk sekali. Alara kurang tidur ke?

Kejap... adakah Alara menjaga dia sepanjang malam?

Confirm! Memang Alara, siapa lagi yang tinggal serumah bersamanya kalau bukan Alara.

Raja Adriel mengeluh. Pipi Alara dibelai. Dia tiba-tiba jatuh kasih pada Alara. Bagaikan tidak percaya, Alara sanggup bersekang mata untuk menjaga dia yang demam. Fikirnya, Alara ini hanya tahu marah aje. Tapi rupanya, Alara bersifat penyayang juga padanya.

Haiii, bertuah pula rasanya dijaga oleh Alara. Selama ini, dia selalu menanggung sakit seorang diri sahaja. Nampaknya, bolehlah dia selalu sakit. Atau buat-buat sakit? He he he.

Raja Adriel mengukir senyuman apabila melihat muka Alara tiba-tiba berkerut. Lantas tangannya dialihkan dari wajah Alara. Raja Adriel buat-buat tidur kembali.

Alara pula menenyeh matanya yang rasa memberat. Dia tersedar bila dirasakan ada sesuatu yang bermain di wajahnya tadi. Alara terpisat-pisat melihat dirinya tidur memeluk Raja Adriel.

'Eh, dah kenapa aku boleh ada atas katil pulak?'

Alara sedikit kehairanan. Rasanya dia tidak merangkak naik ke atas katil pun. Takkan lah Raja Adriel yang mengangkatnya?

Alara memandang Raja Adriel yang masih tenang tidur. Tidak mungkin, pasti dia sendiri yang mengada naik ke katil dan memeluk Raja Adriel. Ish, nasib baik dia cepat tersedar. Kalau tidak, mahunya dia menanggung malu kerana terlepas laku. Entah apa punya perangai lah, asyik nak peluk Raja Adriel aje.

Alara bangun dari baring. Tangannya menekap dahi Raja Adriel. Dan kemudian jatuh pada leher dan dada Raja Adriel pula.

"Alhamdulillah... kebah pun..."

Alara menarik nafas lega. Tidak sia-sia dia menjaga dan menjelung kepala Raja Adriel malam tadi. Nampaknya, suhu badan Raja Adriel telah kembali normal.

Alara ingin turun dari katil. Tapi lengannya tiba-tiba dipagut kuat dari belakang.

"Alara..." Panggil Raja Adriel dengan wajah mengerut.

Alara menoleh ke belakang.

"Ariel... you dah bangun ke?" Alara mendekati Raja Adriel.

"Dah... dah..." Raja Adriel sedikit sukar untuk bercakap.

The King Romance (HIATUS)Where stories live. Discover now